PRESS RELEASE

KRIM ANTI KULAT DARI KULIT RAMBUTAN BAKAL BERADA DI PASARAN TEMPATAN

KUALA LUMPUR, 15 MAC: Krim anti-kulat terbaru hasil penyelidikan SIRIM, berasaskan ekstrak tumbuhan semula jadi dari kulit rambutan yang mampu mengubati jangkitan kulat pada kulit dan kuku, bakal berada di pasaran tempatan tidak lama lagi.

Krim berkenaan yang mempunyai ciri aktiviti anti-kulat dengan spektrum yang luas bagi mengubati jangkitan kulat seperti panau dan kurap diperkenalkan oleh SIRIM Tech Venture Sdn Bhd (STV), anak syarikat milik penuh SIRIM Berhad dengan kerjasama Procell PLT sebuah syarikat di bawah Program Simbiosis 3.0 kelolaan Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC).

Produk anti-kulat berkenaan tidak mempunyai bahan toksik dan tidak akan menyebabkan kerengsaan atau kegatalan pada mata dan kulit. Bahan aktif di dalam krim anti-kulat ini adalah alternatif kepada agen anti-kulat sintetik yang terdapat di dalam kebanyakan produk anti-kulat di pasaran yang boleh mendatangkan kesan alergi.

Krim anti-kulat yang diperkenalkan semasa pameran BioUsahawan 2019 di sini, telah melalui pelbagai ujian keselamatan dan keberkesanan di dalam pencegahan jangkitan kulat pada kulit dan kuku serta menunjukkan hasil penyembuhan yang amat memberangsangkan.

Ketua Pegawai Eksekutif STV, Ajmain Kasim berkata, STV berperanan mempercepatkan pengkomersialan hasil penyelidikan perindustrian seperti teknologi, produk dan proses agar pihak industri mendapat manfaat ekonomi daripada hasil penyelidikan tersebut.

SIRIM sentiasa komited dalam menyediakan hasil kajian yang berkualiti dan lestari serta memastikan produk yang dihasilkan adalah selamat, memenuhi keperluan pasaran dan memberi manfaat kepada syarikat, kerajaan dan masyarakat.

Pengarah Urusan Procell PLT, Mohd Irfan Mohd Sharif berkata, pihaknya berharap agar peluang kerjasama bersama SIRIM dapat diteruskan dalam memasarkan produk semula jadi tersebut ke seluruh Malaysia.

Procell PLT sebagai syarikat penerima teknologi anti-kulat hasil penyelidikan SIRIM ini mensasarkan pasaran produk akan bermula pada Jun depan, dan boleh didapati di seluruh Malaysia.

Syarikat berkenaan juga dalam usaha untuk menambah ejen bagi menembusi pasaran farmasi dan klinik terpilih. STV dan Procell PLT juga akan meneruskan hasrat pengkomersialan produk ini melalui perlesenan teknologi.

 

Toll Free: 1-300-88-7035
General Line: 603-5544 6000
Customer Service & Support : 603- 5544 6542 /6518 / 6692/ 6693 /6762
Email: web@sirim.my
Customer Service Operating Hours:
Monday – Thursday: 8:30 am to 5:00 pm
Friday : 8:30 am to 4:45 pm 
Lunch break:
Monday – Thursday : 1.00pm  -  2.00pm
Friday :12:30pm -  2:45pm

For more details, let us hear from you.


Talk To Us

Hello, I'm Nadia.
Got any questions?
Our team is ready to help you.