SIARAN MEDIA

                     

               MAJLIS SIRIM INDUSTRI: TIGA ORGANISASI TERIMA ANUGERAH KUALITI SIRIM 2019
Perkhidmatan Pengujian Konsainan Bergerak SIRIM QAS International turut dilancarkan

 

 

PETALING JAYA, 8 NOV 2019: Majlis SIRIM Industri 2019 hari ini meraikan tiga organisasi yang menerima anugerah berprestij iaitu Anugerah Kualiti SIRIM 2019 serta menyaksikan pelancaran Perkhidmatan Pengujian Konsainan Bergerak (Mobile Consignment Testing Services).

 

Anugerah Kualiti SIRIM adalah pengiktirafan kepada organisasi yang mencapai tahap pengurusan kualiti di dalam sektor awam dan swasta yang menepati tahap standard kebangsaan dan antarabangsa.

 

Anugerah yang terbahagi kepada tiga kategori itu dimenangi oleh:

 

  • Averex Technology Sdn Bhd (Kategori Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
  • Majlis Bandaraya Seberang Perai (Kategori Kerajaan)  
  • Teleplan Technology Services Sdn Bhd (Kategori Syarikat Besar)  

 

Anugerah Kualiti SIRIM 2019 disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dato' Lokman Hakim Ali, yang mewakili Menterinya, Datuk Darell Leiking. Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi SIRIM, Academician Tan Sri Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali, serta Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, Prof Ir Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani.

Anugerah Kualiti SIRIM adalah pengiktirafan kepada organisasi yang mencapai tahap pengurusan kualiti yang cemerlang dalam sistem pengurusan kualiti dalam sektor awam dan swasta, dan pada masa yang sama untuk meningkatkan kesedaran kepentingan kualiti dalam sebuah organisasi dan industri.

Pemenang anugerah membawa pulang trofi, insentif penggunaan logo anugerah bagi tujuan publisiti dan promosi selama tiga tahun, dan menerima rebat RM10,000 bagi mana-mana perkhidmatan yang ditawarkan oleh SIRIM QAS International Sdn Bhd dan SIRIM STS Sdn Bhd, iaitu anak syarikat milik penuh SIRIM Berhad.

Pemenang dinilai melalui tiga kriteria yang ditetapkan oleh SIRIM iaitu komitmen pengurusan atasan dalam Pengurusan Kualiti Menyeluruh di dalam organisasi; pelaksanaan aktiviti 5S yang memberi impak positif kepada organisasi; keberkesanan di dalam pelaksanaan sistem pengurusan berdasarkan standard; komitmen ke atas kualiti, produktiviti dan inovasi; dan prestasi organisasi secara menyeluruh termasuk prestasi kewangan dan pencapaian KPI organisasi.

Pada majlis yang sama, SIRIM QAS International melancarkan Perkhidmatan Pengujian Konsainan Bergerak (MCTS), menyasarkan pengimport barangan elektrikal dan elektronik ke pasaran Malaysia yang memerlukan kelulusan dan label SIRIM melalui SIRIM Batch Certification Scheme. 

MCTS mampu menjalankan perkhidmatan pemeriksaan dan pengujian di mana-mana lokasi di Lembah Klang termasuk di premis pelanggan. Perkhidmatan ujian bergerak ini dilengkapi dengan sistem maklumat dan teknologi yang dipertingkatkan bersama dengan peralatan pengujian termasuk penguji arus bocor, penguji kesinambungan bumi dan penguji voltan tinggi.

 

Pengerusi SIRIM, Academician Tan Sri Ir Dr Ahmad Tajuddin Ali, berkata SIRIM akan terus menyediakan perkhidmatan yang lebih inovatif bagi memenuhi keperluan industri untuk pengujian, pemeriksaan dan pensijilan yang sentiasa melibatkan teknologi, perdagangan global, dan dasar kerajaan.

 

“SIRIM menawarkan 75 jenis perkhidmatan pensijilan, kami mampu membantu organisasi anda untuk mencapai perkhidmatan cemerlang dan mampan," tambahnya lagi.


Ahmad Tajuddin berkata, SIRIM telah bertahun-tahun melabur dalam bakat, peralatan dan sistem baru untuk memastikan ia mempunyai keupayaan dan kecekapan untuk menyokong badan pengawal selia apabila peraturan teknikal baru diperkenalkan.


"Pelantikan kami sebagai satu-satunya agensi pensijilan dan pengujian untuk agensi-agensi kerajaan membawa kepada peningkatan permohonan dan membolehkan kami menjana dana untuk melabur dalam kemudahan pengujian yang kurang berdaya maju secara komersial untuk produk mandatori volum rendah," katanya.

 

Dalam tempoh ini, lebih daripada 700 organisasi telah diperakui di bawah pelbagai skim pensijilan sistem pengurusan dan 800 lesen Pensijilan Produk SIRIM telah dikeluarkan kepada syarikat.

 

Majlis SIRIM Industri adalah acara tahunan untuk mengukuhkan hubungan dan kerjasama di antara SIRIM, industri dan agensi kerajaan, serta mengiktiraf organisasi dan syarikat yang menerima pensijilan daripada SIRIM QAS International dari November 2018 hingga Oktober 2019. Turut diraikan adalah organisasi yang mendapat pengiktirafan Program Green 5S, Pengurusan Perkhidmatan Pelanggan (Customer Service Management) dan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (Total Quality Management) daripada SIRIM STS.

 

 

PRESS RELEASE
                     

 

               MAJLIS SIRIM INDUSTRI: THREE ORGANISATIONS HONOURED WITH SIRIM QUALITY AWARD 2019

New SIRIM QAS International Mobile Consignment Testing Services also launched

 

PETALING JAYA, 8 NOV 2019: The Majlis SIRIM Industri 2019 held here today honoured three outstanding organisations with the prestigious SIRIM Quality Award 2019, as well as saw the launching of the new Mobile Consignment Testing Services (MCTS).

 

The SIRIM Quality Award is a recognition to organisations that achieve quality management in public and private sectors that meet national and international standards.

 

The winners of SIRIM Quality Award 2019 were:

  • Averex Technology Sdn Bhd (Small & Medium Enterprises (SME) Category)
  • Majlis Bandaraya Seberang Perai (Government Category)
  • Teleplan Technology Services Sdn Bhd (Large Corporation Category)

 

The SIRIM Quality Award 2019 was presented by Secretary General Ministry of International Trade and Industry, Dato' Lokman Hakim Ali who represented the Minister, Datuk Darell Leiking. Also present at the event were Chairman of SIRIM, Academician Tan Sri Dr. Ir Ahmad Tajuddin Ali and President & Group Chief Executive of SIRIM, Prof Ir. Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani.

 

SIRIM Quality Award is aimed at giving formal recognition to SIRIM's clients who have achieved high level of excellence in quality management systems in public and private sectors, and at the same time raise awareness and trigger a wave of quality consciousness among organisations and industries.

 

Winners of the award received a trophy, incentives in the form of usage of the award logo for publicity and promotional purposes for a period of three years, and RM10,000 in the form of rebate for any services within SIRIM QAS International Sdn Bhd and SIRIM STS Sdn Bhd.

 

The winners were evaluated based on the five criteria established by SIRIM namely, top management commitment in Total Quality Management in the organisation, implementation of 5S activities that give positive impact to the organisation, effectiveness of implementation of standards-based management systems, commitment to quality, productivity and innovations and finally, overall organisational performance including financial performance and KPI achievements.

 

During the same event, SIRIM QAS International a wholly-owned subsidiary of SIRIM launched the Mobile Consignment Testing Services (MCTS) targeted to importers of electrical and electronic products into the Malaysian market who require SIRIM approval and labels through SIRIM Batch Certification Scheme. 

MCTS can carry out inspection and testing services at any locations within Klang Valley concurrently at client's premise. The mobile testing service is equipped with enhanced information and technology (IT) system together with testing equipment which include leakage current, earth continuity and high voltage tester.

SIRIM Chairman, Academician Tan Sri Ir Dr Ahmad Tajuddin Ali, said: “As the industry needs for testing, inspection and certification evolve with technology, global trade, and government policy, SIRIM will continue to roll out more innovative services to meet those needs." 

 

With 75 types of certification services currently on offer, we can certainly help your organisation achieve business excellence and sustainability," he added.

 

Ahmad Tajuddin said, SIRIM had over the years invested heavily in new talents, equipment and systems to ensure that it has the capability and competency to support the regulatory bodies whenever new technical regulations are introduced. 

 

“Our appointments as the sole certifying and testing agency for the government agencies provide the volume of applications which makes such investments viable and enable us to generate funding to invest in less commercially viable testing facilities for low volume mandatory products," he said. 

 

Majlis SIRIM Industri is an annual event to strengthen the relationship and collaboration between SIRIM, the industry and government agencies, as well as to acknowledge organisations and companies that received certifications from SIRIM QAS International from November 2018 to October 2019.

 

During this period, more than 700 organisations were certified under various management systems certification schemes and almost 800 SIRIM Product Certification licences were issued to companies.

 

Also celebrated during the event were organisations that received the Green 5S Program, Customer Service Management and Total Quality Management from SIRIM STS Sdn Bhd, another subsidiary of SIRIM Berhad,