​ ​
PRESS RELEASE

                           

SIRIM QAS INTERNATIONAL LAUNCHED FIRE PROTECTION LABORATORY WITH RECTANGULAR TYPE FIRE RESISTANCE FURNACE

  • The first fire protection laboratory with the Rectangular Type Fire Resistance Furnace in South East Asia
  • Benefit to fire safety agencies, fire door manufacturers, and construction industry.
  • Fire resistance testing for building materials such as ducts, ceilings, and steel structures.

  • HULU SELANGOR, 16 MARCH 2023: SIRIM QAS International unveils its new fire protection laboratory featuring the Rectangular Type Fire Resistance Furnace, the first of its kind in South East Asia. The launch event today marks the achievement of yet another milestone for SIRIM QAS International, a wholly-owned subsidiary of SIRIM Berhad, a pioneer organisation that has been recognised by the Fire and Rescue Department of Malaysia and other regional authorities.

    ​The laboratory here, in Rasa, was officially launched by Deputy Secretary General (Industry), Ministry of International Trade and Industry (MITI), Dato' Sri Norazman Ayob, and witnessed by President and Group Chief Executive Officer of SIRIM Berhad, Dato' Dr Ahmad Sabirin Arshad.  

    The new addition to the existing fire protection testing facilities enhances its comprehensive service offering to benefit, among others, fire safety agencies, fire door manufacturers, and other relevant parties within the construction industry. This new furnace will be able to take on fire resistance testing for building materials such as ducts, ceilings, and steel structures. SIRIM QAS International offers services that comply with local and international industry standards such as the Malaysia Standard, British Standard, ISO Standard, Indonesia National Standard, and ASTM Standard, among others.

    Dato' Indera Dr Ahmad Sabirin said the fire protection laboratory is expected to contribute to the local industry immensely. Meanwhile, its adoption and application by relevant industries across the region and beyond are anticipated to influence Malaysia's economy's growth positively.

    SIRIM QAS International is committed to enhancing property safety and the lives that thrive within it. This commitment is a driving factor that encourages and motivates the organisation to continue gaining knowledge, building expertise, and developing relevant equipment to understand better how fires occur.

    “As a pioneering organisation, we are recognised by the Malaysian Fire and Rescue Department and by other regional authorities such as the Singapore Civil Defence Force (SCDF). We continue to actively work to assist related agencies and the industry with the capabilities available, to reduce and mitigate possible risks," he added.

    “There is indeed a great opportunity for Malaysia to lead in laboratory testing and certification in this region, seeing that SIRIM has been a strong advocate of standard and quality since 1966. With a clear goal, I am confident we will be able to establish ourselves as the fire testing hub in this region in the nearest future," Dato' Indera Dr Ahmad Sabirinconcluded. 


     

    ##​#

    ​ ​
    SIARAN MEDIA
                               

    SIRIM QAS INTERNATIONAL LANCAR MAKMAL PERLINDUNGAN KEBAKARAN DENGAN RELAU TAHAN API JENIS SEGI EMPAT

  • Makmal perlindungan kebakaran pertama dengan Relau Tahan Api Jenis Segi Empat di Asia Tenggara
  • Manfaat kepada agensi keselamatan kebakaran, pengeluar pintu kebakaran, dan industri pembinaan.
  • Ujian rintangan api untuk bahan binaan seperti saluran, siling dan struktur keluli.

  • HULU SELANGOR, 16 MAC 2023: SIRIM QAS International memperkenalkan makmal perlindungan kebakaran baharunya yang menampilkan Relau Ketahanan Kebakaran Jenis Segi Empat, yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara. Majlis pelancaran hari ini meraikan satu lagi kejayaan SIRIM QAS International, anak syarikat milik penuh SIRIM Berhad, sebuah organisasi perintis yang telah diiktiraf oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan pihak berkuasa serantau yang lain.

    ​Makmal ini yang bertempat di Rasa, dilancarkan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Industri), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dato' Sri Norazman Ayob, dan disaksikan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan  SIRIM Berhad, Dato' Indera Dr Ahmad Sabirin Arshad.

    Penambahan baharu kepada kemudahan ujian perlindungan kebakaran ini meningkatkan penawaran perkhidmatan komprehensif sedia ada yang mampu memberi manfaat  kepada agensi keselamatan kebakaran, pengilang pintu kebakaran dan pihak lain yang berkaitan dalam industri pembinaan. Relau baharu ini akan dapat menjalankan ujian ketahanan api untuk bahan binaan seperti saluran, siling dan struktur keluli. SIRIM QAS International menawarkan perkhidmatan yang mematuhi standard  industri tempatan dan antarabangsa seperti Standard Malaysia, Standard British, Standard  ISO,Standard Kebangsaan Indonesia dan Standard ASTM.

    Dato' Indera Dr Ahmad Sabirin berkata makmal perlindungan kebakaran itu dijangka memberi sumbangan besar kepada industri tempatan. Sementara itu, penerimaan dan penggunaannya oleh industri berkaitan di seluruh rantau ini dan dunia amnya dijangka mempengaruhi pertumbuhan ekonomi Malaysia secara positifMenurut beliau, SIRIM QAS International berazam untuk meningkatkan keselamatan harta benda dan nyawa pengguna  melalui komitmen ini.Ini antara lain merupakan faktor pendorong bagi meningkatkan azam organisasi untuk terus menimba ilmu, membina kepakaran dan membangunkan peralatan yang berkaitan untuk memahami dengan lebih baik bagaimana kebakaran berlaku.

    “Sebagai sebuah organisasi perintis, kami diiktiraf oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan pihak berkuasa serantau lain seperti Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF). Kami terus berusaha secara aktif untuk membantu agensi berkaitan dan industri dengan keupayaan yang ada bagi meringankan atau mengurangkan risiko yang mungkin berlaku," kata beliau.

    “Malaysia mempunyai peluang untuk menerajui ujian makmal dan pensijilan di rantau ini, melalui sokongan SIRIM dalam pematuhan  standard dan kualiti sejak tahun 1966 lagi. Melalui matlamat yang jelas, saya yakin kami akan dikenali dan diiktiraf sebagai hab ujian kebakaran di rantau ini dalam masa terdekat," kata Dato' Indera Dr Ahmad Sabirin lagi. 


    ##​#

    ​​​​​​​​