SIRIM TO COLLABORATE WITH HITACHI ASIA (M) TO PROVIDE AFFORDABLE INDUSTRY 4.0 SOLUTIONS TO LOCAL SMEs IN BIO NATURAL GAS 
                                           MoU Identifies Solutions for SIRIM's Smart Manufacturing

Experience Centre                  

SHAH ALAM, 14 December 2020:  SIRIM Berhad and Hitachi Asia (M) Sdn Bhd today signed a Memorandum of Understanding (MoU) which will enable a collaboration to introduce and deploy Industry 4.0 cloud-based digital solutions to small and medium-sized enterprises (SMEs) in manufacturing industry.

The collaboration will also see SIRIM, a leading industrial technology, testing, inspection and certification services provider under the Ministry of International Trade  and Industry, and Hitachi Asia (M) Sdn Bhd to adopt its Industry 4.0 cloud-based digital solutions at SIRIM's Smart Manufacturing Experience Centre.

The MoU was signed in an online ceremony today. SIRIM was represented by its President and Group Chief Executive Datuk Ir Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani and Hitachi Asia (M) Sdn Bhd by its Managing Director Chew Huat Seng. The ceremony was witnessed by Japan Ambassador in Malaysia, Oka Hiroshi and SIRIM Chairman, Academician Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali.

As initial initiatives, SIRIM and Hitachi will collaborate on the following Industry 4.0 digital solutions at the experience centre, which include:

  • Computerised Maintenance Management System (CMMS) - A computerised maintenance management system will be introduce to the SME manufacturers.
  • Digital Supply Chain/Quality Control (DSC/QC) - A digital supply chain quality control solution to the SME manufacturers will be introduced based on Hitachi's global supply chain-related know-how and technologies. 
  • PSI Visualizer (PSIV) - An inventory analysis solution to the SME manufacturers

SIRIM Chairman, Academician Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali in his remarks at the signing ceremony said, under the Look East Policy 2.0, the Malaysia–Japan Collaboration on Smart Manufacturing was launched on 2 May 2019 by the Ministry of International Trade and Industry and Ministry of Economic Trade and Industry, Japan. SIRIM as the implementing agency for the programmes had organised several seminars related to smart manufacturing adoption in industry, he said.

“With such elaborate programmes outlined, it is hoped that there will be Technology transfer, improvement and Industry 4.0 technology/technical solution from Japanese companies," he added.

SIRIM President & Group Chief Executive Datuk Ir Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani in his remarks during the signing ceremony said SIRIM is committed in building capabilities and capacities in the industry towards achieving higher productivity by offering strategic solutions that are up to date with emerging trends, affordable and tailored to the needs of modern enterprises.

He said the SIRIM Smart Manufacturing Experience Centre, an initiative under the Centre of Excellence for Smart Manufacturing, will enable SMEs to assess, learn and understand relevant platform or technology and use cases to propel the SMEs into the I4.0 era.

The experience centre located in Bukit Jalil, Kuala Lumpur will enable local talents to develop solutions to address pain points in their production line or shop floor.

With close links to industry and understanding on Industry 4.0 technology, SIRIM is able to introduce new ideas and concepts, to be more efficient and productive through adoption of relevant platforms and technology such as Additive manufacturing/3D printing, Augmented Reality, Automated Optical Inspection and Collaborative Robot (COBOT) to the local players, especially SMEs, Datuk Ir Dr Ahmad Fadzil added.

In the MITI Industry 4WRD Readiness Assessment that was undertaken by SIRIM last year on 208 manufacturing SMEs, more than 75% were found to be at the level of Industry 2.0 followed by Industry 3.0 (15%). Only about 2% are at Industry 4.0 level namely from rubber and plastics, F&B, printing and reproduction of recorded media, and fabricated metal sectors. 

Hitachi Asia (M) Sdn Bhd Managing Director, Chew Huat Seng said in Malaysia, manufacturing is changing faster than ever before and the drivers for this include localization, individualization, time to market and sustainability. Embracing digital solutions provides a platform for companies in building business resilience and undoubted benefits in automation and optimization. To help companies become more responsive, productive and efficient, Hitachi provides smart manufacturing solutions that combine information technology (IT), operational technology (OT) and products

###

SIARAN MEDIA

 

                  SIRIM, HITACHI ASIA (M) BEKERJASAMA MENYEDIAKAN PENYELESAIAN INDUSTRI 4.0 KEPADA PKS TEMPATAN

                  MoU kenal pasti Penyelesaian bagi Pusat Pengalaman Pembuatan Pintar SIRIM

SHAH ALAM, 14 Dis: SIRIM Berhad dan Hitachi Asia (M) Sdn Bhd hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi membolehkan kerjasama memperkenalkan dan mengatur penyelesaian digital berasaskan awan kepada Peusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam industri pembuatan. 

Kerjasama berkenaan turut melihat SIRIM, peneraju penyelidikan perindustrian dan penyedia perkhidmatan pengujian, pemeriksaan dan pensijilan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), serta Hitachi Asia (M) untuk mengguna pakai penyelesaian digital berasaskan awan dari Hitachi Asia di Pusat Pengalaman Pembuatan Pintar SIRIM.

MoU tersebut ditandatangani dalam majlis yang diadakan secara maya pada hari ini. SIRIM diwakili oleh Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan, Datuk Ir Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani dan Hitachi Asia (M) Sdn Bhd diwakili oleh Pengarah Urusan, Chew Huat Seng. Majlis tersebut turut disaksikan oleh Duta Jepun ke Malaysia, Oka Hiroshi dan Pengerusi SIRIM, Academician Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali.

Sebagai inisiatif awal, SIRIM dan Hitachi Asia akan bekerjasama dalam penyelesaian digital berasaskan awan di Pusat Pengalaman Pembuatan Pintar SIRIM yang meliputi:

  • Sistem Pengurusan Penyelenggaraan Berkomputer (CMMS) - Sistem pengurusan penyelenggaraan berkomputer akan diperkenalkan kepada PKS dalam industri pembuatan.
  • Rangkaian Bekalan Digital / Kawalan Kualiti (DSC / QC) - Penyelesaian kawalan kualiti rantaian bekalan digital kepada PKS dalam industri pembuatan akan diperkenalkan berdasarkan pengetahuan dan teknologi berkaitan rantaian bekalan global Hitachi
  • PSI Visualizer (PSIV) - Penyelesaian analisis inventori kepada PKS dalam bidang pembuatan

Pengerusi SIRIM, Academician Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali di dalam ucapannya di majlis tersebut berkata, di bawah Dasar Pandang Ke Timur 2.0, Kerjasama Malaysia-Jepun dalam Pembuatan Pintar yang dilancarkan pada 2 Mei 2019 oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Ekonomi, Jepun. SIRIM sebagai agensi pelaksana bagi program berkenaan telah mengadakan beberapa seminar berkaitan penggunaan pembuatan pintar dalam industri, katanya.

“Melalui program seperti ini, pemindahan teknologi, peningkatan dan penyelesaian teknologi/ teknikal Industri 4.0 diharap akan dilaksanakan dengan syarikat Jepun," katanya lagi.

 

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, Datuk Ir Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani di dalam ucapannya berkata, SIRIM komited dalam membangunkan keupayaan dan kapasiti dalam industri bagi mencapai produktiviti yang tinggi dengan menawarkan penyelesaian strategik yang mengikut trend terkini, mampu milik dan disesuaikan mengikut keperluan perusahaan moden.  

Beliau berkata Pusat Pengalaman Pembuatan Pintar SIRIM adalah inisiatif di bawah Pusat Kecemerlangan bagi Pembuatan Pintar, yang membolehkan PKS untuk akses, belajar dan memahami platform dan teknologi yang relevan dan menggunakan kes-kes sedia ada untuk melonjakkan PKS ke arah era Industri 4.0 (I4.0).

Pusat pengalaman ini terletak di Bukit Jalil, Kuala Lumpur akan membolehkan bakat tempatan mengembangkan penyelesaian untuk mengatasi masalah di peringkat pengeluaran atau kedai mereka.

Melalui hubungan erat dengan industri dan pemahaman dalam teknologi IndustrI 4.0, SIRIM mampu memperkenalkan idea dan konsep baharu, lebih efisien dan produktif melalui penggunaan platform dan teknologi yang relevan seperti Additive Manufacturing/ Percetakan 3D, Augmented Reality, Automated Optical Inspection and Collaborative Robot (COBOT) kepada pemain tempatan, terutama PKS, kata Ahmad Fadzil lagi.

Di dalam Penilaian Kesediaan Industry4WRD MITI yang dilaksanakan oleh SIRIM pada tahun lepas ke atas 208 PKS pembuatan, lebih 75 peratus didapati berada di peringkat Industi 2.0 diikuti dengan Industri 3.0 (15 peratus). Hanya dua peratus yang berada di peringkat Industri 4.0 antaranya sektor getah dan plastik, makanan dan minuman, percetakan dan pengeluaran semula media rakaman dan sektor logam fabrikasi.

Pengarah Urusan Hitachi Asia (M) Sdn Bhd, Chew Huat Seng berkata di Malaysia, sektor pembuatan berubah pantas daripada sebelum ini dan pemacu bagi ini termasuk penempatan (localisation), pengindividuan, masa ke pasaran dan kemampanan. Menggunakan penyelesaian digital menyediakan platform bagi syarikat dalam membina daya tahan perniagaan dan faedah dalam automasi dan pengoptimuman. Untuk membantu syarikat menjadi lebih responsif, produktif dan efisien, Hitachi menyediakan penyelesaian pembuatan pintar yang menggabungkan teknologi maklumat (IT), teknologi operasi (OT) dan produk.

###