MALAYSIA - JAPAN COLLABORATE IN ASSISTING SMES TO ADOPT SMART MANUFACTURING

               

SHAH ALAM, 5 April 2021:  The Malaysia-Japan collaboration to assist Malaysian manufacturing Small and Medium Enterprises (SMEs) in adopting smart manufacturing technologies, enters its second phase which involves business matching and creation of show cases of Industry 4.0 technologies between Japanese solution providers and the SMEs.

​Malaysia through SIRIM Berhad, together with its Japan counterpart, Japan External Trade Organization (JETRO) Kuala Lumpur, have been collaborating to support the introduction of Japanese smart manufacturing and Industry 4.0-related technologies to local small and medium enterprises (SMEs) in the manufacturing sector since 2019. 

Kicking-off the second phase of the collaboration is a joint online business matching workshop conducted on 25 March 2021 to provide an online matching platform for both the participating Japanese solution providers and local SMEs.

Four Japanese solution providers had participated in the workshop namely Hitachi Asia (Malaysia) Sdn. Bhd., KDDI Malaysia Sdn. Bhd., NEC Corporation of Malaysia Sdn. Bhd. and Mitsubishi Electric Sales Malaysia Sdn. Bhd. 

Seventeen local SMEs from various manufacturing industries joined the one-day workshop where 28 one-to-one business matching sessions were concluded. The local SMEs, which had applied and received respective Industry4WRD Readiness Assessment (RA) reports, have indicated interests in adopting Japanese technologies from the Japanese solution providers. 

The government, through the Industry4WRD: National Policy on Industry 4.0 led by Ministry of International Trade and Industry (MITI) aim to drive digital transformation of the manufacturing and related services sectors in Malaysia.

For successfully matched showcases, the SMEs are eligible to apply for incentives granted by the Malaysian government under MIDA to adopt relevant Industry 4.0 technologies. ​

The third and final phase of the collaboration would involve business matching events in larger scales, and open to all Malaysian manufacturers and Japanese solution providers.


In the first phase of the collaboration, 10 business seminars were conducted from 2019 to 2020 on the introduction of Japanese Industry 4.0 smart manufacturing technologies featuring various Japanese solution providers, across the main states in

Peninsula Malaysia. The seminars were participated by 1,100 participants from Malaysian manufacturing and manufacturing-related services companies.

 

###

 

MALAYSIA – JEPUN KERJASAMA BANTU PKS DALAM PEMBUATAN PINTAR 
SIRIM dan JETRO mulakan fasa kedua kerjasama

SHAH ALAM, 5 Apr 2021Kerjasama antara Malaysia-Jepun dalam membantu industri pembuatan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan menerima pakai teknologi pembuatan pintar, telah memasuki fasa kedua melibatkan pemadanan perniagaan dan penciptaan pameran teknologi Industri 4.0 antara penyedia penyelesaian Jepun dan PKS.  

Malaysia melalui SIRIM Berhad, bersama-sama Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (JETRO) Kuala Lumpur, telah bekerjasama untuk menyokong pengenalan pembuatan pintar dan teknologi yang melibatkan Industri 4.0  Jepun kepada PKS tempatan dalam sektor pembuatan sejak tahun 2019.
  
Bagi memulakan fasa kedua kerjasama ini, bengkel pemadanan perniagaan dalam talian telah diadakan pada 25 Mac lalu bagi menyediakan platform dalam talian yang sesuai untuk penyedia penyelesaian Jepun dan PKS tempatan. 

Empat penyedia penyelesaian Jepun yang menyertai bengkel berkenaan adalah Hitachi Asia (Malaysia) Sdn. Bhd., KDDI Malaysia Sdn. Bhd., NEC Corporation of Malaysia Sdn. Bhd. dan Mitsubishi Electric Sales Malaysia Sdn. Bhd.

Sebanyak 17 PKS tempatan dari pelbagai industri pembuatan telah menyertai bengkel sehari itu, di mana 28 sesi pemadanan perniagaan telah diadakan. PKS tempatan yang telah mengaplikasi dan menerima laporan Penilaian Kesediaan Industry4WRD telah menunjukkan minat dalam mengguna pakai teknologi Jepun daripada penyedia penyelesaian berkenaan. 

Kerajaan melalui Industry4WRD: Dasar Kebangsaan mengenai Industri 4.0 diterajui oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bertujuan memacu transformasi digital ke arah pembuatan dan sektor perkhidmatan yang berkaitan di Malaysia. 

Untuk pameran yang berjaya dipadankan, PKS layak untuk memohon insentif yang diberikan oleh kerajaan di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) untuk mengguna pakai teknologi Industri 4.0 yang relevan.

Fasa ketiga dan fasa terakhir kerjasama ini akan melibatkan majlis pemadanan perniagaan dalam skala besar dan ia terbuka kepada semua sektor pembuatan Malaysia dan penyedia penyelesaian Jepun. 

​Pada fasa pertama kerjasama ini, 10 seminar perniagaan telah diadakan bermula tahun 2019 hingga 2020 berkaitan dengan pengenalan teknologi pembuatan pintar Industri 4.0 Jepun yang menampilkan pelbagai penyedia penyelesaian di Semenanjung Malaysia. Seminar itu telah disertai oleh 1,100 peserta dari sektor pembuatan Malaysia dan syarikat perkhidmatan berkaitan pembuatan.   


 

###