​PRESS RELEASE
                                                        

MALAYSIA – JAPAN COLLABORATE IN ASSISTING SMEs TO ADOPT SMART MANUFACTURING

                 

SHAH ALAM, 10 March 2022: The Malaysia-Japan collaboration to assist Malaysian manufacturing Small and Medium Enterprises (SMEs) in adopting smart manufacturing technologies, is in its second phase which involves business matching and creation of show cases of Industry 4.0 technologies between Japanese solution providers and the SMEs.

 

Malaysia through SIRIM Berhad, together with its Japan counterpart, Japan External Trade Organization (JETRO) Kuala Lumpur, have been collaborating to support the introduction of Japanese smart manufacturing and Industry 4.0-related technologies to local small and medium enterprises (SMEs) in the manufacturing sector since 2019.

Following the success of the first online business matching workshop conducted last year on 25 March 2021, a second workshop was conducted online on 9 March 2022. This second workshop was also recognized by the Embassy of Japan in Malaysia as one of the events that commemorate the 40th Anniversary of the Look East Policy.

Seven Japanese solution providers had participated in this second workshop, namely Fujitsu (Malaysia) Sdn. Bhd., Hitachi Asia (Malaysia) Sdn. Bhd., KDDI Malaysia Sdn. Bhd., NEC Corporation of Malaysia Sdn. Bhd., Mitsubishi Electric Sales Malaysia Sdn. Bhd., Murata Electronics (Malaysia) Sdn. Bhd., and Yokogawa Electric (Malaysia) Sdn. Bhd.

Eight local SMEs from various manufacturing industries joined the one-day workshop where 21 one-to-one business matching sessions were concluded. The local SMEs, some of which had applied and received their respective Industry4WRD Readiness Assessment (RA) reports, have indicated interests in adopting Japanese technologies from the Japanese solution providers.

The government, through the Industry4WRD: National Policy on Industry 4.0 led by Ministry of International Trade and Industry (MITI) aim to drive digital transformation of the manufacturing and related services sectors in Malaysia.

For successfully matched showcases, the SMEs are eligible to apply for incentives granted by the Malaysian government under MIDA to adopt relevant Industry 4.0 technologies.

The third and final phase of the collaboration would involve business matching events in larger scales, and open to all Malaysian manufacturers and Japanese solution providers.

In the first phase of the collaboration, 10 business seminars were conducted from 2019 to 2020 on the introduction of Japanese Industry 4.0 smart manufacturing technologies featuring various Japanese solution providers, across the main states in Peninsula Malaysia. The seminars were participated by 1,100 participants from Malaysian manufacturing and manufacturing-related services companies.

 

###

                  

 

            
​SIARAN MEDIA
                                

MALAYSIA – JEPUN KERJASAMA BANTU PKS DALAM PEMBUATAN PINTAR

                 

SHAH ALAM, 10 Mac 2022: Kerjasama antara Malaysia-Jepun dalam membantu industri pembuatan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan menerima pakai teknologi pembuatan pintar, kini berada di fasa kedua melibatkan pemadanan perniagaan dan penciptaan pameran teknologi Industri 4.0 antara penyedia penyelesaian Jepun dan PKS.                                            

 

Malaysia melalui SIRIM Berhad, bersama-sama Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (JETRO) Kuala Lumpur, telah bekerjasama untuk menyokong pengenalan pembuatan pintar dan teknologi yang melibatkan Industri 4.0 Jepun kepada PKS tempatan dalam sektor pembuatan sejak tahun 2019.

 

Berikutan kejayaan bengkel pertama pemadanan perniagaan yang dilakukan secara atas talian pada 25 Mac 2021, bengkel kedua telah diadakan secara maya pada 9 Mac 2022. Bengkel berkenaan telah diktiraf oleh Kedutaan Jepun di Malaysia sebagai salah satu program Sambutan Ulang Tahun ke 40 Dasar Pandang ke Timur.

 

Tujuh penyedia penyelesaian Jepun yang menyertai bengkel berkenaan adalah Fujitsu (Malaysia) Sdn. Bhd., Hitachi Asia (Malaysia) Sdn. Bhd., KDDI Malaysia Sdn. Bhd., NEC Corporation of Malaysia Sdn. Bhd., Mitsubishi Electric Sales Malaysia Sdn. Bhd., Murata Electronics (Malaysia) Sdn. Bhd., dan Yokogawa Electric (Malaysia) Sdn. Bhd.

 

Sebanyak lapan PKS tempatan dari pelbagai industri pembuatan telah menyertai bengkel sehari itu, di mana 21 sesi pemadanan perniagaan telah diadakan. PKS tempatan yang telah mengaplikasi dan menerima laporan Penilaian Kesediaan Industry4WRD telah menunjukkan minat dalam mengguna pakai teknologi Jepun daripada penyedia penyelesaian berkenaan.

 

Kerajaan melalui Industry4WRD: Dasar Kebangsaan mengenai Industri 4.0 diterajui oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bertujuan memacu transformasi digital ke arah pembuatan dan sektor perkhidmatan yang berkaitan di Malaysia.

 

Untuk pameran yang berjaya dipadankan, PKS layak untuk memohon insentif yang diberikan oleh kerajaan di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) untuk mengguna pakai teknologi Industri 4.0 yang relevan.

 

Fasa ketiga dan fasa terakhir kerjasama ini akan melibatkan majlis pemadanan perniagaan dalam skala besar dan ia terbuka kepada semua sektor pembuatan Malaysia dan penyedia penyelesaian Jepun.

 

Pada fasa pertama kerjasama ini, 10 seminar perniagaan telah diadakan bermula tahun 2019 hingga 2020 berkaitan dengan pengenalan teknologi pembuatan pintar Industri 4.0 Jepun yang menampilkan pelbagai penyedia penyelesaian di Semenanjung Malaysia. Seminar itu telah disertai oleh 1,100 peserta dari sektor pembuatan Malaysia dan syarikat perkhidmatan berkaitan pembuatan.

 

###