​​

                  


 

​PRESS RELEASE
​​

MALAYSIA CHOSEN TO LEAD ASIA PACIFIC LEGAL METROLOGY GROUPING

National Metrology Institute of Malaysia appointed as President & Secretariat of Asia-Pacific Legal Metrology Forum 


 

SHAH ALAM, 5 March 2021: The National Metrology Institute of Malaysia (NMIM), the national measurements laboratory operated by SIRIM Berhad, has been appointed as President and Secretariat of the Asia-Pacific Legal Metrology Forum (APLMF) for a period of two years.

The new appointment will make Malaysia the first developing country and from the ASEAN region mandated as the President and Secretariat of APLMF that requires the hosting economy, among other things, to manage the secretariat, organise annual meetings and support the execution of APLMF's work programme.

APLMF is a grouping of legal metrology authorities aimed to develop legal metrology and to promote free and open trade in the region through the harmonisation and removal of technical or administrative barriers to trade in the field of legal metrology.

 

Commenced in November 1994, APLMF was established with 14-member economies from the Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) region, namely Australia, Canada, People's Republic of China, Indonesia, Japan, Republic of Korea, Malaysia, New Zealand, Papua New Guinea, the Philippines, Singapore, Chinese Taipei, Thailand and USA. As of today, APLMF have 27 countries as its members.

 

National Measurement Council Chairman, Academician Tan Sri Ir. Dr. Ahmad Tajuddin Ali said Malaysia through NMIM has shown its commitment and expertise in legal metrology within the Asia Pacific in realising APLMF's objectives has been acknowledged with the appointment as APLMF Executive Committee since 2002.

 

“The committee has proposed that Malaysia is considered for the President post and Secretariat of APLMF to succeed Trading Standards (Ministry of Business, Innovation & Employment), New Zealand. New Zealand is the current President & Secretariat of APLMF since 2015. Other countries that have held the same post include China, Japan and Australia," he said.

 

Ahmad Tajuddin said the appointment was approved by the Cabinet recently and Senior Director of NMIM, Dr Osman Zakaria will assume the APLMF President post.

President & Group Chief Executive of SIRIM, Datuk Ir. Dr. Ahmad Fadzil Mohamad Hani commended NMIM on the appointment.

 

“SIRIM Berhad Management congratulates NMIM and Dr Osman on the appointment and wishes NMIM every success in positioning Malaysia as a leader in metrology and improving the sector both nationally and within the Asia Pacific region," he added.

 

NMIM is the National Standard Measurement Laboratory under the National Measurement System Act 2007 (Act 675); and plays a role as the custodian under the Weights and Measures Act 1972 (Act 71). NMIM disseminates the traceability of measurement to the whole country based on the International System of Units and has great responsibility in ensuring the national metrology infrastructures meet and comply with global measurement standards.

###

             

   
SIARAN AKHBAR



MALAYSIA DIPILIH KETUAI KUMPULAN METROLOGI PERUNDANGAN ASIA PASIFIK

 Institut Metrologi Kebangsaan Malaysia dilantik sebagai Presiden dan Skeretariat Forum Metrologi Perundangan Asia Pasifik


 

SHAH ALAM, 5 Mac 2021: Institut Metrologi Kebangsaan Malaysia (NMIM), sebuah makmal pengukuran kebangsaan di bawah SIRIM Berhad, dilantik sebagai Presiden dan Sekretariat Forum Metrologi Perundangan Asia Pasifik (APLMF) selama tempoh dua tahun.

 ​

Pelantikan itu menjadikan Malaysia sebagai negara membangun pertama dari rantau ASEAN yang diberi mandat sebagai Presiden dan Sekretariat APLMF yang antara lain berfungsi sebagai penyelaras program, secretariat serta menganjurkan mesyuarat tahunan dan menyokong pelaksanaan rangka kerja APLMF.

 

APLMF adalah kumpulan pihak berkuasa metrologi perundangan yang berperanan membangunkan metrologi perundangan dan mempromosi perdagangan bebas dan terbuka di rantau Asia Pasifik melalui penyelarasan dan penghapusan halangan teknikal atau pentadbiran terhadap perdagangan dalam bidang metrologi perundangan. 

 

Ditubuhkan pada November 1994, APLMF diwujudkan dangan 14 anggota ekonomi dari Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) seperti Australia, Kanada, Republik China, Indonesia, Jepun, Rebublik Korea, Malaysia, New Zealand, Papua New Guinea, Filipina, Singapura, China Taipei, Thailand dan Amerika Syarikat. APLMF kini dianggotai 27 buah negara.

 

Pengerusi Majlis Pengukuran Kebangsaan, Academician Tan Sri Ir. Dr. Ahmad Tajuddin Ali berkata Malaysia melalui NMIM telah menunjukkan komitmen dan kepakarannya dalam metrologi perundangan di rantau Asia Pasifik dengan merealisasikan objektif APLMF apabila dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Eksekutif APLMF sejak 2002.

 

“Jawatankuasa tersebut telah mencadangkan agar Malaysia dipertimbangkan untuk menyandang jawatan Presiden dan Sekretariat APLMF untuk menggantikan Presiden dan Sekretariat dari Piawaian Perdagangan (Kementerian Perniagaan, Inovasi & Pekerjaan), New Zealand. New Zealand adalah Presiden dan Sekretariat APLMF sejak 2015. Antara negara lain yang pernah menyandang jawatan berkenaan adalah China, Jepun dan Australia," katanya.

 

Ahmad Tajuddin berkata lagi pelantikan tersebut telah diluluskan oleh Kabinet baru-baru ini dan Pengarah Kanan NMIM, Dr Osman Zakaria adalah Presiden APLMF yang baru.

 

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, Datuk Ir. Dr. Ahmad Fadzil Mohamad Hani berbangga dengan lantikan NMIM sebagai Presiden dan Sekretariat APLMF.

 

“Ahli Pengurusan SIRIM Berhad mengucapkan tahniah kepada NMIM dan Dr Osman di atas pelantikan ini. Saya berharap NMIM akan berjaya meletakkan Malaysia sebagai peneraju metrologi dan meningkatkan sektor ini di peringkat nasional dan rantau Asia Pasifik," katanya.

 

NMIM adalah Makmal Pengukuran Standard Nasional di bawah Akta Sistem Pengukuran Nasional 2007 (Akta 675); dan berperanan sebagai penjaga di bawah Akta Timbang dan Ukuran 1972 (Akta 71). NMIM menyebarkan kebolehkesanan pengukuran ke seluruh negara berdasarkan Sistem Unit Antarabangsa dan mempunyai tanggungjawab besar dalam memastikan infrastruktur metrologi nasional memenuhi dan mematuhi standard pengukuran global.​

 ###​​
​​