​​

                  


 

​PRESS RELEASE

NATIONAL RECOVERY PLAN: SIRIM AIDS SMEs, MANUFACTURERS OF FACE MASK

 

SHAH ALAM, 16 June 2021 - The National Recovery Plan announced by YAB Prime Minister yesterday provides clear strategy for the country to transition out of the COVID-19 crisis.

 

President and Group Chief Executive of SIRIM Dato’ Dr Ahmad Sabirin Arshad said the success of the plan however also depends on the cooperation from various parties including public and industries.

 

"Strict compliance to SOPs and achieving herd immunity through vaccinations have been proven to be successful in many countries and I believe that Malaysia is on its way to achieve normality," he said.

 

Moving forward, Ahmad Sabirin said, SIRIM will strive to build resilience business continuity especially among local SMEs whilst maintaining its role in serving the nation’s mandate.

 

In supporting the government’s effort to combat the pandemic and ensuring safety of Malaysians, SIRIM QAS International, SIRIM’s wholly owned subsidiary is giving 20% rebate to manufacturers of face mask under the package service for testing and certification, from 15 June until end of the year, subject to terms and conditions.

 

Through SIRIM Industrial Research, the organisation has been active in various Research & Development work on COVID-19 vaccine which includes manufacturing process validation and other related safety testing.

 

SIRIM also ensures that the essential sectors are served during the Full Movement Control Order period as such services are provided through remote means. This include carrying out vital testing, inspection, certification, measurement and calibration to guarantee the safety, reliability and quality of products manufactured and sold in the country during this period.

###

             

   
​SIARAN MEDIA

PELAN PEMULIHAN NEGARA: SIRIM BANTU PKS, PENGELUAR PELITUP MUKA

 

SHAH ALAM, 16 Jun 2021 - Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semalam memberikan strategi yang jelas bagi negara untuk keluar daripada kemelut krisis COVID-19.

 

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM Dato’ Dr Ahmad Sabirin Arshad berkata kejayaan pelan itu juga bergantung pada kerjasama pelbagai pihak termasuk masyarakat dan pihak industri.

 

"Pematuhan ketat pada SOP dan mencapai imuniti kelompok melalui vaksinasi telah terbukti berkesan di kebanyakan negara dan kami percaya Malaysia kini berada di landasan yang betul untuk mencapai semula kehidupan normal," katanya.

 

Melangkah kehadapan, Ahmad Sabirin berkata, SIRIM akan terus membina ketahanan perniagaan yang berterusan terutama dalam kalangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan selain melaksanakan peranan yang telah dimandatkan oleh kerajaan.

 

Dalam menyokong usaha kerajaan untuk memerangi pandemik dan memastikan keselamatan rakyat Malaysia, SIRIM QAS International, anak syarikat milik penuh SIRIM akan memberikan 20 peratus rebat kepada pengeluar pelitup muka di bawah pakej perkhidmatan pengujian dan pensilijan, bermula 15 Jun sehingga hujung tahun 2021, tertakluk kepada terma dan syarat.

Melalui Penyelidikan Perindustrian SIRIM, organisasi ini juga aktif dalam pelbagai kerja-kerja Penyelidikan dan Pembangunan berkaitan vaksin COVID-19 termasuklah pengesahan proses pembuatan serta pengujian keselamatan lain yang berkaitan.

 

SIRIM juga memastikan perkhidmatannya meliputi sektor penting ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dengan memberi perkhidmatan secara jauh. Ini termasuklah melakukan pengujian, pemeriksaan, penentusahan, pengukuran dan pennetukuran untuk menjamin keselamatan, kebolehpercayaan dan kualiti produk yang diperbuat dan dijual di negara ini dalam tempoh berkenaan.

 ###