​ ​
PRESS RELEASE
                           

SIRIM DEVELOP DSR MUSANG KING DURIAN STANDARD AND THE MUSANG KING INTEGRATED TRACKING SYSTEM

                 

SHAH ALAM, 17 January 2023: The holistic collaboration between SIRIM Berhad through its wholly owned subsidiary, SIRIM Tech Venture Sdn Bhd (STV) and DSR Taiko Berhad in technology adoption for Musang King Durian was translated today through the delivery of the Market Feasibility Study Report, DSR01:2022 DSR Musang King Durian Standard and the Musang King Integrated Tracking System (MKITS) to the company.

 

STV conducted the market feasibility study to gauge the demand, opportunities and challenges of the durian industry globally. Through the study, a detailed analysis was performed to assist the company in its business planning process, diversification and market expansion.

 

Meanwhile, the DSR01:2022 DSR Musang King Durian Standard was developed by SIRIM STS, a wholly owned subsidiary of SIRIM Berhad, includes the requirements to ensure the quality and authenticity of Musang King Durian produced by DSR Taiko Berhad, in addition to the selection of planting material, orchard management, product requirements, characteristic of the produces and post-harvest activities which are traceable to its trees and farms.

 

MKITS is an integrated tracking system, using Internet of Things (IoT) technology was developed and customised by SIRIM Industrial Research to DSR Taiko Berhad’s Musang King Durian orchards, where the durian fruits and downstream products are traceable to their tree’s origin and location. The system will ensure highly effective monitoring along the production and transportation process. A system dashboard has been established for both operations and management reporting purposes, while all data are stored in cloud-based server which is accessible for Management Information System (MIS) from anywhere and at any time.

 

President and Group Chief Executive Officer of SIRIM Berhad, Dato' Indera Dr Ahmad Sabirin Arshad said the smart collaboration with DSR Taiko Berhad is an example of holistic business solution from orchards to consumer (O2C).

 

"This project demonstrates the success of the two-pronged strategy between the SIRIM Berhad Group and the industry. Through STV, SIRIM has provided DSR Taiko Berhad with its technologies and expertise in uplifting the Musang King Durian industry to the next growth level and value add processes along the durian value chain.

 

"SIRIM has various facilities and capabilities that we can offer, including Research and Development, Technology Commercialisation, Industry Standard Development, Training, Testing and Certification, Security Design and Entrepreneurship Development. We are confident that we can help more companies upgrade and digitalise their businesses," he said.

 

Chief Executive Officer of DSR Taiko Berhad, Dato Ng Lian Poh said the Holistic Business Solution from O2C Project has brought a positive impact to the company mainly in establishing the industry standards and opening international opportunities through traceability.

 

"The DSR01:2022 DSR Musang King Durian Standard complemented by the MKITS system has been a huge milestone achieved by DSR Taiko Berhad. This is the first of its kind for Durian Musang King industry in Malaysia to have industry standard and tracking system, hence this will place DSR Taiko Berhad as the go-to national brand on the international stage," he added.

 

DSR Taiko is the first Integrated Orchard-To-Consumer Durian Company in Malaysia equipped with the full value chain:

       

    • DSR Musang King Durian Standard
    • Traceability via RFID Technology (MKITS)
    • Smart Packaging with QR Code
    • Integration of IoT
    • Orchard-To-Consumer Digital Transformation
    • Certified Food Safety & Security and Orchard Management through MyGap
    •  

"On this memorable day, we are pleased to share that we are currently embarking on an exciting project with Petronas. Our durian downstream products via our brand, D.MasKing which stems from three key words; Durian, Malaysia and King is available at PETRONAS Kedai Mesra. DSR will also continue to innovate more products with Mesra via co-branding initiative for Ready-To-Eat (RTE) products.

 

"This journey that we are embarking on will be a long one - akin to the duration a durian tree takes to grow - but we are looking forward to making this particular king of fruits species the pride of Malaysia across the world. We are confident that this growth in the agriculture industry will continue to boost the nation’s economy," said Ng.

 

DSR is a fully integrated orchard-to-market durian player with deep knowledge in upstream orchard management, coupled with DSR Daily Fresh’s know-how in product development, state-of-the-art facilities including nitrogen preservation and wide distribution networks. DSR sources its durians from its plantations in Raub and Bentong, Pahang measuring approximately 100 acres. Under the D.MasKing brand, DSR distributes its in-house developed durian specialities in countries such as China, United Arab Emirates (UAE), Indonesia, Singapore and South Africa, through Daily Fresh’s outlets. Currently, DSR has branches of D-Masking is Bentong Pahang, Lot 10 Kuala Lumpur and Kulai Johor.

 

DSR is projecting to open five D-Masking outlets in China and one outlet in Taiwan by 2023 through franchising. An outlet in Cambodia is on its way and target to be launched in March 2023.

 

##​#

​ ​
SIARAN MEDIA
                           

SIRIM BANGUNKAN STANDARD DSR MUSANG KING DAN SISTEM PENGESANAN BERSEPADU MUSANG KING

                 

SHAH ALAM, 17 Januari 2023: Usahasama holistik antara SIRIM Berhad melalui anak syarikatnya, SIRIM Tech Venture (STV) dan DSR Taiko Berhad dalam pembangunan teknologi melibatkan Durian Musang King hari ini diterjemahkan melalui penyerahan Laporan Kajian Kebolehlaksanaan Pasaran; DSR01:2022 Standard DSR Durian Musang King dan Sistem Pengesanan Bersepadu Musang King (MKITS) kepada syarikat berkenaan.

 

STV menjalankan kajian kebolehlaksanaan pasaran untuk mengukur permintaan, peluang dan cabaran industri durian di peringkat global. Melalui kajian itu, analisis terperinci dilakukan untuk membantu DSR Taiko Berhad dalam proses perancangan perniagaan, kepelbagaian dan pengembangan pasaran.

 

Sementara itu, DSR01:2022 Standard DSR Durian Musang King dibangunakn oleh SIRIM STS, anak syarikat milik penuh SIRIM Berhad merangkumi keperluan dalam memastikan kualiti dan keaslian Durian Musang King keluaran DSR Taiko Berhad, ia juga termasuk pemilihan bahan penanaman, pengurusan dusun, keperluan produk, ciri-ciri buah dan aktiviti selepas tuai yang boleh dikesan daripada pokok dan ladangnya.

 

MKITS menggunakan teknologi Internet Kebendaaan (IoT) turut dibangunkan oleh Penyelidikan Perindustrian SIRIM, ia disesuaikan dengan dusun Durian Musang King DSR Taiko Berhad, di mana buah durian dan produk hiliran boleh dikesan daripada punca dan lokasi pokok.

 

Sistem ini memastikan pemantauan berkesan sepanjang proses pengeluaran dan pengangkutan. Sistem turut dilengkapi dengan papan pemuka untuk tujuan pelaporan operasi dan pengurusan. Semua data disimpan dalam pelayan berasaskan awan yang boleh diakses sepanjang masa.

 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SIRIM Berhad, Dato’ Indera Dr Ahmad Sabirin Arshad berkata, kerjasama pintar yang terjalin bersama DSR Taiko Berhad adalah contoh Penyelesaian Perniagaan Holistik dari Dusun Durian Musang King kepada Pengguna.

 

"Projek ini adalah bukti kejayaan strategi serampang dua mata antara Kumpulan SIRIM Berhad dan industri, melalui STV, SIRIM telah menyumbangkan teknologi dan kepakarannya kepada DSR Taiko Berhad dalam memartabatkan industri Durian Musang King ke tahap pertumbuhan yang positif seterusnya memberi nilai tambah di sepanjang rantaian nilai durian.

 

"SIRIM mempuyai pelbagai kemudahan dan keupayaan yang kami tawarkan antaranya Penyelidikan dan Pembangunan, Pembangunan Standard Industri, Latihan, Pengujian dan Pensijilan, Reka bentuk Sekuriti dan Pembangunan Usahawan, kami yakin dapat membantu lebih banyak syarikat mengembangkan lagi perniagaan mereka," katanya.

 

Ketua Pegawai Eksekutif DSR Taiko Berhad, Dato Ng Lian Poh berkata Penyelesaian Perniagaan Holistik daripada Projek Dusun Durian Musang King kepada Pengguna telah membawa impak positif kepada syarikat terutamanya dalam mewujudkan standard industri dan membuka peluang antarabangsa melalui kebolehkesanan.

 

"DSR01:2022 DSR Standard Durian Musang King yang dilengkapi dengan sistem MKITS telah menjadi pencapaian terbesar DSR Taiko Berhad. Ini adalah yang pertama seumpamanya bagi industri Durian Musang King di Malaysia yang mempunyai standard industri dan sistem pengesanan, justeru meletakkan DSR Taiko Berhad sebagai jenama utama negara di persada antarabangsa," tambahnya.

 

DSR Taiko adalah Syarikat Dusun Durian Bersepadu-Kepada Pengguna pertama di Malaysia yang dilengkapi dengan rantaian nilai penuh:

     

  • DSR01:2022 DSR Standard Durian Musang King
  • Kebolehkesanan melalui Teknologi RFID (MKITS)
  • Pembungkusan Pintar dengan Kod QR
  • Integrasi IoT
  • Transformasi Digital Dusun-kepada Pengguna
  • Keselamatan Makanan & Keselamatan Diperakui dan Pengurusan Dusun melalui MyGap

 

"Pada hari yang bersejarah ini, kami berbesar hati untuk mengumumkan projek menarik bersama Petronas. Produk durian kami melalui jenama, D.MasKing yang berasal daripada tiga kata kunci; Durian, Malaysia and King kini boleh didapati di Kedai Mesra, PETRONAS. DSR akan terus mencipta produk berinovasi bersama Mesra melalui inisaitif penjenamaan bersama untuk produk sedia untuk dimakan.

 

"Perjalanan yang kami tempuhi ini akan menjadi perjalanan yang panjang, sama seperti tempoh yang diperlukan oleh pokok durian untuk tumbuh, tetapi kami tidak sabar untuk menjadikan spesies raja buah ini sebagai kebanggaan Malaysia di seluruh dunia. Kami yakin pertumbuhan industri pertanian ini akan terus meningkatkan ekonomi negara," kata Ng lagi.

 

DSR adalah syarikat bersepadu durian ke pasaran dengan pengetahuan mendalam dalam pengurusan dusun, ditambah dengan pengetahuan DSR Daily Fresh dalam pembangunan produk, kemudahan terkini termasuk pemeliharaan nitrogen dan rangkaian pengedaran yang luas. DSR memperoleh durian dari ladangnya di Raub dan Bentong, Pahang berkeluasan kira-kira 100 ekar.

 

Di bawah jenama D.MasKing, DSR mengedarkan kepakaran durian di negara seperti China, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Indonesia, Singapura dan Afrika Selatan, melalui cawangan Daily Fresh. Pada masa ini, DSR mempunyai cawangan D-Masking di Bentong, Pahang, Lot 10, Kuala Lumpur dan Kulai, Johor.

 

DSR mensasarkan untuk membuka lima cawangan D-Masking di China dan satu cawangan di Taiwan menjelang 2023 melalui francais. Pembukaan cawangan baharu D-Masking di Kemboja akan dibuka pada Mac 2023.

##​#