​PRESS RELEASE
                           

SIRIM BERHAD COMMITTED TO INTEGRITY AND ETHICS

                 

SHAH ALAM, 26 April 2022: Malaysia’s leading industrial research and technology organisation, SIRIM Berhad and its subsidiaries are committed to the highest levels of integrity and good governance as part of its responsibility in safeguarding consumer safety and quality assurance.

 

President and Group Chief Executive of SIRIM, Dato’ Dr Ahmad Sabirin Arshad, said that the agency plays an important role in the conformity assessment (CA) ecosystem. Through Testing, Inspection and Certification (TIC) and metrology services, they help affirm that products manufactured, imported and/or sold in Malaysia meet safety and performance standards and ensure that Malaysian-made products are accepted in international markets.

 

"We have implemented policies that safeguard ethical conduct in everything we do, such as our No Gifts Policy and Anti-Bribery Policy. The No Gifts Policy forbids any SIRIM personnel from giving personal gifts to or receiving special gifts from external parties. This is to guarantee that no potential conflicts of interest occur.

 

"At the same time, SIRIM’s Anti-Bribery Policy reflects zero-tolerance against all forms of bribery and corruption. The directors, management and staff of SIRIM and its subsidiaries are focused on preventing, monitoring and eliminating corruption in the organisation by complying with the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) Act 2009," he added.

 

SIRIM implemented ISO 37001 Anti-Bribery Management Systems (ABMS) scheme, which safeguards the organisation by equipping it with the necessary tools and knowledge to identify, prevent and respond to bribery risks. In addition, the SIRIM Integrity Section is responsible for monitoring compliance with ABMS and taking the necessary action should violations happen.

 

As part of its Whistleblowing Policy, channels are provided that enable individuals within and outside the organisation to report incidents of bribery and/or corruption within SIRIM without fear of exposure or reprisal.

 

Dato’ Dr Ahmad Sabirin also stated that not only are SIRIM staff expected to comply with the organisation’s anti-corruption policies, so too are third parties that perform tasks for or on-behalf of SIRIM to ensure that integrity is practised throughout the value chain.

 

"Consumers and regulators are assured that any product and service carrying the SIRIM mark has been tested, inspected and certified according to the highest international standards, thus guaranteeing safety and quality.

 

"The trust and confidence of stakeholders in SIRIM and its subsidiaries is of the utmost importance to us. Therefore, we will continue to ensure that our commitment to integrity and best practices remain unsullied," he affirmed.

             

##

​SIARAN MEDIA
                           

KOMITMEN SIRIM BERHAD PADA INTEGRITI, ETIKA TERBAIK

                 

SHAH ALAM, 26 April 2022: Agensi penyelidikan industri dan teknologi utama di Malaysia, SIRIM Berhad dan anak-anak syarikatnya sentiasa komited dalam menjalankan tanggungjawab berlandaskan prinsip integriti dan tadbir urus yang baik dalam memastikan keselamatan dan jaminan kualiti pengguna dilindungi.

 

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, Dato’ Dr Ahmad Sabirin Arshad, berkata, agensi itu memainkan peranan penting dalam ekosistem penilaian pematuhan. Perkhidmatan pengujian, pemeriksaan dan pensijilan serta metrologi yang dijalankan ke atas produk yang dikilangkan, diimport dan/atau dijual di Malaysia memenuhi standard keselamatan dan prestasi, selain memastikan produk buatan Malaysia diterima di peringkat antarabangsa.

 

"Kami melaksanakan polisi amalan etika terbaik dalam semua tugasan yang dilakukan, antaranya Polisi Tidak Menerima Hadiah dan Polisi Anti-Rasuah. Polisi Tidak Menerima Hadiah melarang anggota kerja SIRIM daripada memberi hadiah peribadi atau menerima hadiah peribadi daripada pihak luar. Ini bagi memastikan tiada kebarangkalian berlaku konflik kepentingan.

 

"Pada masa yang sama, Polisi Anti-Rasuah kami menunjukkan bahawa SIRIM tidak akan bertolak ansur dengan sebarang aktiviti rasuah dan penyelewengan. Ahli Lembaga Pengarah, Kumpulan Pengurusan dan anggota kerja SIRIM sentiasa komited untuk mencegah, memantau dan menghapuskan sebarang penyelewengan dalam organisasi dan mematuhi Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009," katanya lagi.

 

SIRIM melaksanakan ISO 37001 Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS) yang mempersiapkan agensi berkenaan dengan segala keperluan dan pengetahuan untuk mengenalpasti, mencegah dan bertindak terhadap risiko rasuah. Di samping itu, Seksyen Integriti di SIRIM juga bertanggungjawab untuk memantau pematuhan terhadap ABMS dan mengambil tindakan sewajarnya jika berlaku sebarang pelanggaran.

 

Sebagai sebahagian Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat, saluran tertentu disediakan yang membenarkan orang ramai, sama ada daripada SIRIM atau pihak luar melaporkan sebarang kejadian rasuah dan/atau penyelewengan yang berlaku di organisasi, mereka tidak perlu berasa takut kepada risiko pendedahan atau dijadikan sasaran tindak balas melalui aduan yang dibuat.

 

Dato’ Dr Ahmad Sabirin juga menyatakan selain anggota kerja SIRIM pihak ketiga yang menjalankan tugas bagi pihak SIRIM juga tidak terkecuali daripada Polisi Anti-Rasuah, ini bagi memastikan budaya integriti diamalkan secara menyeluruh.

 

"Pengguna dan pihak pengawal selia diberi keyakinan bahawa sebarang produk dan perkhidmatan yang mempunyai tanda SIRIM telah diuji, diperiksa dan diiktiraf dengan standard antarabangsa yang tertinggi, sekali gus menjamin keselamatan dan kualiti.

 

"Kami memandang penting reputasi SIRIM sebagai organisasi yang berintegriti. Oleh itu, kami tidak akan teragak–agak untuk bertindak bagi memastikan reputasi ini tidak tercemar," kata Dato’ Dr Ahmad Sabirin.

 

"Kepercayaan dan keyakinan pengguna dan pelanggan SIRIM dan anak syarikat adalah keutamaan kami. Justeru, kami akan terus memastikan komitmen terhadap integriti dan tadbir urus terbaik organisasi ini tidak tercemar,"katanya lagi. 

 

##