​PRESS RELEASE

SIRIM, MTIB TO REVOLUTIONISE LOCAL TIMBER INDUSTRY, EXPLORE SOLAR ENERGY FOR KILN DRYING OF TIMBER

Mou inked today focuses on application of Industry 4.0 and Smart Manufacturing

SHAH ALAM, 18 Feb 2021: SIRIM Berhad and Malaysian Timber Industry Board (MTIB) today sign a Memorandum of Understanding (MoU) to support the local timber industry in achieving global competitiveness and production efficiency through Industry 4.0 technology, mechanisation and automation, technology transfer and adoption of green technology.

The MoU, among other things, emphasised on co-operation between both parties, where SIRIM as a technical and solution provider under the Ministry of International Trade and Industry (MITI), will collaborate with MTIB to explore technology areas which include Industry 4.0; fabrication of machinery and equipment; and renewable energy and environment.

Several projects have been identified to be implemented with the collaboration of Timber Industry Associations, namely: (i) Hybrid Green Energy Kiln Drying of Malaysian Timbers for Sustainable Future (Hybrid Tenaga Hijau Pengeringan Kayu-Kayan Tempatan ke Arah Industri Mapan); (ii) Automated Visual Inspection System for Inspection on Wood Colour, Size and Defect (Pemeriksaan Visual Secara Automasi Bagi Pemeriksaan Warna dan Kecacatan Kayu ke Arah Smart Manufacturing Untuk Industri Perkayuan di Malaysia); (iii) Carbon Footprint Calculation for Oil Palm Trunk Plywood.

The MoU was signed at a virtual ceremony today. SIRIM was represented by its President and Group Chief Executive Datuk Ir. Dr. Ahmad Fadzil Mohamad Hani and MTIB, by its Director General Encik Mohd Kheiruddin Mohd Rani. Also present were Senior Vice President, SIRIM Industrial Research Encik Mohd Azanuddin Salleh and Tuan Hj Mahpar Atan, Deputy Director General, Research and Commercialisation, MTIB.

SIRIM President and Group Chief Executive Datuk Ir Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani in his speech at the ceremony said the MoU will enable SIRIM, through MTIB to work with the associations in providing consultancy and technical assistance to assist local timber industry in technology areas; recommending proposals and intervention plans for nurturing the upstream, middle and downstream industry; and the application of SIRIM’s technology, innovative solutions or adoption of other technology to a specific target group.

In an initiative, ‘Hybrid Green Energy Kiln Drying of Malaysian Timbers for Sustainable Future’, undertaken by SIRIM and Persatuan Pengusaha Kayu-kayan dan Perabot Bumiputera Malaysia (PEKA), SIRIM will introduce three (3) technology intervention to improve energy efficiency, reduce electricity bill and boiler fuels at PEKA factory operation, he said.

"The outcome of the project would result in a net saving of up to 60% of the overall energy cost for drying operation, estimated at RM230,000 per annum. This translates into nearly 42% overall energy saving for the entire factory at PEKA Konsortium Sdn Bhd," he said.

Datuk Ir. Dr. Ahmad Fadzil said the success of the project will later set a benchmark for hybrid green energy kiln drying among 306 other Kiln Drying operators nationwide, to emulate.

MTIB Director General, Encik Mohd Kheiruddin Mohd Rani said the timber industry sector currently faces challenges which include the COVID-19 pandemic, inadequate supply of raw materials, uncertainty of global economic scenario, competitions, as well as heavy reliance on foreign workers and low productivity.

"Furthermore, lack of investment in innovation, automation, mechanisation, Research, Development and Commercialisation (R&D&C), has restricted the potential growth of timber industry," he added.

Mohd Kheiruddin said according to the 12th Malaysia Plan, the value of timber and timber products exports is expected to reach RM28 billion in 2025 while the value-added to primary product exports ratio is expected to be 65%:35%. The demand for timber and timber products in domestic market is expected to grow to RM20 billion by 2025.

 

The Malaysian wood-based industry or timber industry is one of the major revenue contributors to the country’s economy. In 2020, timber and timber products contributed export worth of RM22.02 billion and has provided employment to more than 140,000 workforces.

Malaysia is one of the world’s largest exporters of tropical timber products and has established itself as a major producer and exporter of sawn timber, panel products (such as plywood, medium density fibreboard and particleboard), flooring, doors and other joinery products. Malaysia is also considered as one of top producer or exporter of furniture products at international market.

###

             

 

   
SIARAN AKHBAR

SIRIM, MTIB REVOLUSIKAN INDUSTRI KAYU TEMPATAN, TEROKAI TENAGA SOLAR UNTUK PENGERINGAN KAYU

Tandatangan MoU untuk fokus aplikasi Industri 4.0 dan Pembuatan Pintar

SHAH ALAM, 18 Feb 2021: SIRIM Berhad dan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) untuk menyokong industri kayu tempatan dalam mencapai tahap daya saing global dan pengeluaran efisien melalui teknologi Industri 4.0, mekanisasi dan automasi, pemindahan teknologi dan penggunaan teknologi hijau.

MoU tersebut antara lain, menekankan kepada kerjasama antara kedua pihak, di mana SIRIM sebagai penyedia teknikal dan penyelesaian di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), akan bekerjasama dengan MTIB untuk meneroka bidang teknologi yang merangkumi Industri 4.0; pembuatan mesin dan peralatan; tenaga boleh diperbaharui dan alam sekitar.

Beberapa projek telah dikenalpasti untuk dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan Industri Kayu seperti Hybrid Tenaga Hijau Pengeringan Kayu-Kayan Tempatan ke Arah Industri Mapan; (ii) Pemeriksaan Visual Secara Automasi Bagi Pemeriksaan Warna dan Kecacatan Kayu ke Arah Smart Manufacturing Untuk Industri Perkayuan di Malaysia; (iii) Pengiraan Jejak Karbon untuk Papan Lapis daripada Batang Kelapa Sawit.

MoU tersebut telah ditandatangani pada satu majlis yang diadakan secara maya, hari ini. SIRIM diwakili oleh Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulannya, Datuk Ir. Dr. Ahmad Fadzil Mohamad Hani dan MTIB diwakili oleh Ketua Pengarahnya, Mohd Kheiruddin Mohd Rani. Hadir sama, Naib Presiden Kanan, Penyelidikan Perindustrian SIRIM, Mohd Azanuddin Salleh dan Timbalan Ketua Pengarah, Pembangunan dan Komersial MTIB, Mahpar Atan.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, Datuk Ir Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani di dalam ucapannya berkata, MoU berkenaan akan membolehkan SIRIM, melalui MTIB untuk bekerjasama dengan persatuan dalam penyediaan bantuan perundingan dan teknikal untuk membantu industri kayu di Malaysia dalam bidang teknologi, mengesyorkan cadangan dan rancangan intervensi untuk pemain industri kayu; dan promosi teknologi SIRIM dan penyelesaian inovatif atau penggunaan teknologi lain yang digunakan untuk kumpulan sasaran tertentu," katanya.

Dalam inisiaitif, 'Pengeringan Tanur Kayu Malaysia Hybrid Tenaga Hijau untuk Masa Depan yang Mampan' (Hybrid Green Energy Kiln Drying of Malaysian Timbers for Sustainable Future), yang dilakukan oleh SIRIM dan Persatuan Pengusaha Kayu-kayan dan Perabot Bumiputra Malaysia (PEKA), SIRIM akan memperkenalkan tiga intervensi teknologi untuk meningkatkan kecekapan tenaga, mengurangkan bil elektrik dan bahan bakar dandang di operasi kilang PEKA, katanya.

"Impak dari projek itu akan menghasilkan penjimatan bersih hingga 60 peratus dari keseluruhan kos tenaga untuk operasi pengeringan, yang dianggarkan bernilai RM230,000 setahun. Ini bermaksud penjimatan tenaga keseluruhan hampir 42 peratus untuk keseluruhan kilang di bawah PEKA Konsortium Sdn Bhd," katanya lagi.

Datuk Ir. Dr Ahmad Fadzil berkata, kejayaan projek itu akan menjadi penanda aras untuk pengeringan kayu secara hybrid tenaga hijau untuk dicontohi dalam kalangan 306 operator tanur pengering di seluruh negara.

Ketua Pengarah MTIB, Mohd Kheiruddin Mohd Rani, berkata sektor industri kayu kini sedang menghadapi cabaran yang merangkumi pandemik COVID-19, bekalan mentah tidak mencukupi, ketidakpastian senario ekonomi global, persaingan dan pergantungan yang tinggi terhadap pekerja asing dan produktiviti yang rendah.

"Tambahan pula, kekurangan pelaburan dalam inovasi, automasi, mekanisasi, penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan (R&D&C), telah membatasi potensi pertumbuhan industri kayu," katanya lagi.

Mohd Kheiruddin berkata berdasarkan Rancangan Malaysia ke-12, nilai eksport kayu dan produk kayu dijangka mencecah RM28 bilion pada tahun 2025 sementara nisbah nilai tambah kepada eksport produk utama dijangka 65 peratus: 35 peratus. Permintaan untuk kayu dan produk kayu di pasaran domestik dijangka meningkat kepada RM20 bilion pada tahun 2025.

Industri berasaskan kayu atau industri kayu Malaysia adalah satu daripada penyumbang pendapatan utama ekonomi negara. Pada tahun 2020, kayu dan produk kayu menyumbang eksport bernilai RM22.02 bilion dan telah memberi pekerjaan kepada lebih 140,000 orang tenaga kerja.

Malaysia adalah satu daripada pengeksport terbesar produk kayu tropika di dunia dan telah memantapkan dirinya sebagai pengeluar dan pengeksport utama kayu gergaji, produk panel (seperti papan lapis, papan gentian berketumpatan sederhana dan papan partikel), lantai, pintu dan produk kerja kayu lain. Malaysia juga dianggap sebagai pengeluar atau pengeksport produk perabot utama di pasaran antarabangsa.

 ###