​PRESS RELEASE
                           

SIRIM GROUP INTRODUCES ORGANISATIONAL ANTI-CORRUPTION PLAN, PLEDGE TO FIGHT GRAFT

                 

SHAH ALAM, 20 July 2022: SIRIM Berhad and its group today launched Organisational Anti-Corruption Plan (OACP) SIRIM 2022-2026 which will be the reference and guideline in addressing issues related to governance, integrity and anti-corruption.

 

During the same event, SIRIM Berhad an agency under the purview of Ministry of Trade and International (MITI) also pledged to be corruption-free as an effort to prevent graft, abuse of power and misconduct in its business activities.

 

A total of 200 employees were physically present to recite the corruption-free pledge and the rest made their pledge virtually at the ceremony held at SIRIM Headquarters, here.

 

The program was graced by Chairman of SIRIM Berhad, Tan Sri Dr Ir. Ahmad Tajuddin Ali. Also present was President and Group Chief Executive of SIRIM Berhad, Dato' Dr Ahmad Sabirin Arshad, Director of Selangor Malaysian Anti-corruption (MACC), Dato' Alias Salim and Chief Executive Officer of Institute Integrity Malaysia (IIM), Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi.

 

President and Group Chief Executive of SIRIM Berhad, Dato' Dr Ahmad Sabirin Arshad said OACP SIRIM 2022 – 2026 is an anti-corruption policy document that reflects SIRIM Group's commitment in combating corruption in its business operations.

 

"The anti-corruption strategic management action plan was developed in line with the National Anti-Corruption Plan (NACP) to address issues and poor governance, integrity and anti-corruption with guidance from IIM.

 

“OACP SIRIM 2022 – 2026 will work as a guidance to all SIRIM employees in carrying out the planned efforts thus contributing to the achievement of the government's aspiration in ensuring that Malaysia is known for its integrity", he added.

 

Dato' Dr Ahmad Sabirin said SIRIM Group are committed to continuously strengthen human governance in a more assertive manner in enhancing integrity, transparency, and accountability.

 

"This can only be done with high commitment and cooperation from all employees of SIRIM Group at all levels and its customers. This plan will be the best guide for SIRIM Group to move towards a more robust and developed organisation", he added.

 

SIRIM Group has implemented various initiatives since 2017 in strengthening the organisational structure towards upholding the integrity of the management and administrative systems, improving best governance and reducing bureaucracy. Among the initiatives were the Pledge of Integrity Corruption-Free in 2017; introduction of No Gifts Policy in 2018; introduction of Whistleblowing Policy in 2019 and implementation of Corruption Risk Assessment in 2019.

             

##

​SIARAN MEDIA
                           

KUMPULAN SIRIM LANCAR PELAN ANTI RASUAH ORGANISASI, LAFAZ IKRAR BEBAS RASUAH

                 

SHAH ALAM, 20 Julai 2022: Kumpulan SIRIM hari ini melancarkan Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) SIRIM 2022-2026 yang akan menjadi rujukan dan panduan dalam menangani isu berkaitan tadbir urus, integriti dan anti rasuah.

 

Pada majlis yang sama, agensi di bawah Kementerian  Perdagangan dan Antarabangsa (MITI) itu turut melafazkan ikrar bebas rasuah sebagai usaha Kumpulan SIRIM untuk mencegah perlakuan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan dalam aktiviti perniagaannya.

 

Seramai 200 warga kerja SIRIM telah hadir secara fizikal bagi melafazkan ikrar bebas rasuah dan selebihnya melafazkan ikrar tersebut secara maya pada majlis berkenaan yang diadakan di Ibu Pejabat SIRIM, di sini.

 

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Pengerusi SIRIM Berhad, Tan Sri Dr Ir. Ahmad Tajuddin Ali. Hadir sama Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM Berhad, Dato' Dr Ahmad Sabirin Arshad, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Selangor, Dato' Alias Salim dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi.

 

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, Dato' Dr Ahmad Sabirin Arshad berkata, OACP SIRIM 2022 – 2026 merupakan dokumen dasar anti rasuah yang mencerminkan komitmen Kumpulan SIRIM dalam membanteras gejala rasuah dalam semua operasi perniagaan.

 

“Pelan tindakan pengurusan strategik anti rasuah ini dibangunkan selaras dengan Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) bagi menangani permasalahan dan kelemahan tadbir urus, integriti dan anti rasuah dengan bimbingan daripada Institut Integriti Malaysia (IIM).

 

“OACP SIRIM 2022 – 2026  akan menjadi panduan kepada semua warga kerja Kumpulan SIRIM dalam melaksanakan usaha yang dirancang dan seterusnya menyumbang kepada tercapainya aspirasi kerajaan dalam memastikan Malaysia dikenali dengan integritinya," katanya.

 

Dato' Dr Ahmad Sabirin berkata Kumpulan SIRIM komited untuk sentiasa mempertingkatkan tadbir urus insan secara lebih tegas dalam memperhebatkan integriti, ketelusan dan kebertanggungjawaban.

 

“Ini hanya boleh dilakukan dengan komitmen yang tinggi dan kerjasama daripada semua warga kerja Kumpulan SIRIM di setiap peringkat dan pelanggannya. Pelan ini akan menjadi panduan terbaik kepada Kumpulan SIRIM untuk bergerak ke arah organisasi yang lebih teguh dan maju", katanya lagi.

 

Kumpulan SIRIM telah melaksanakan pelbagai inisiatif sejak tahun 2017 dalam memperkukuhkan struktur pengurusan ke arah memantapkan keutuhan sistem pengurusan dan pentadbiran, meningkatkan tadbir urus terbaik dan mengurangkan karenah birokrasi. Antara inisiatif berkenaan ialah Ikrar Bebas Rasuah  yang dilaksanakan pada tahun 2017; memperkenalkan Polisi Tidak Menerima Hadiah pada tahun 2018; memperkenalkan Polisi Whistleblowing pada 2019 dan melaksanakan Penilaian Risiko Rasuah pada tahun 2019.​

 

## ​​​