​SIARAN MEDIA
                           

WARGA KERJA SIRIM LENGKAP DUA DOS DI BAWAH PROGRAM VAKSINASI PANDU LALU SIRIM-SELVAX

 

SHAH ALAM, 21 OGOS 2021: Program Vaksinasi Pandu Lalu SIRIM-SelVAX hari ini selesai dengan pemberian dos kedua vaksin kepada anggota kerja SIRIM dan anggota keluarga mereka.

 

Seramai 100 orang anggota kerja dan ahli keluarga mereka menerima vaksin di bawah program anjuran SIRIM bagi mempercepatkan proses vaksinasi kepada anggota kerjanya dalam usaha agensi teknologi dan penyelidikan perindustrian tersebut menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk mencapai imuniti kelompok.

 

Program Vaksinasi Pandu Lalu SIRIM-SelVAX di bawah Program Vaksin Selangor (SelVAX), bermula 31 Julai 2021 di ibu pejabat SIRIM di Shah Alam.

 

Dalam pada itu, seramai sembilan orang anggota kerja di Pejabat SIRIM Johor termasuk ahli keluarga akan mendapatkan vaksinasi di klinik yang telah ditetapkan di negeri berkenaan.

 

Hampir semua anggota kerja SIRIM telah menerima vaksin, sekurang-kurangnya dos pertama manakala lebih 60 peratus anggota kerja daripada sejumlah 2,026 anggota kerja, sudah melengkapkan dua dos vaksin.

##