​PRESS RELEASE
                           

SIRIM BERHAD AND TURKISH AEROSPACE TO COLLABORATE IN AEROSPACE INDUSTRY DEVELOPMENT


                             

KUALA LUMPUR, 25 NOV: SIRIM Berhad, leading technology and quality organisation today announced a partnership with Turkish Aerospace through a Memorandum of Understanding aimed at fostering collaboration in developing Aerospace Industry ecosystem.

 

With the MoU, both parties will co-operate in areas related to conformity assessment, quality and standards development, research development and new technology innovations for aerospace industry.

 

SIRIM was represented by its President and Group Chief Executive Dato’ Dr Ahmad Sabirin Arshad while Muhammad Najmi Ibrahim, Director of Turkish Aerospace Malaysia, signed the agreement on the side-lines of the Selangor Aviation Show 2021. Also present were Dr Zanariah Ujang, SIRIM’s Vice President for Group Strategic Planning and Turkish Aerospace President and Chief Executive Officer Prof. Temel Kotil.

 

Turkish Aerospace is the leading aerospace and defence company and the centre of technology in design, development, manufacturing, integration of aerospace systems, modernisation and after sales support in Turkey. 

 

SIRIM and the Turkey’s leading aerospace and defence company for national aerospace research, among other things have identified solutions for building capabilities and competencies for SIRIM and Malaysian Aerospace industries; identify and develop Aerospace Industrial Standards and Conformity Assessment, Calibration; Inspection; Certification and Testing Services to increase efficiency and quality improvement.

 

SIRIM Berhad’s President and Group Chief Executive Dato’ Dr Ahmad Sabirin Arshad said the MoU will also enable both parties to accelerate the deployment of any advanced technologies relating to Aerospace such as Drone or Unmanned Aerial Vehicle.

 

"SIRIM and Turkish Aerospace also hoped to develop International Strategic Technology Business Framework in relation to Aerospace Industries and identify total solution for implementation of Industrial 4.0 Smart Manufacturing project," he said.

 

"We are also looking into developing local maintenance, repair and overhaul expertise for Aerospace Industries. Apart from that, SIRIM through our research arm will facilitate Research & Development processes with strategic industrial partnering for any new applications such as Advanced Material which include Nano Coating, Carbon Fiber and Polymer," Ahmad Sabirin added.

 

Under the 12th Malaysia Plan, SIRIM will be leading the Aerospace Quality Management System Certification as part of the government’s efforts to develop the industry.

 

Turkish Aerospace President and Chief Executive Officer Prof. Temel Kotil said:

"We are glad to sign the first bilateral agreement between Turkish Aerospace and one of leading institution in Malaysia "SIRIM". With this development, we aim to contribute to the catalyst of Malaysia's aerospace industry with the several joint projects that would be also benefit of both parties. As an important factor in the world aviation ecosystem, Turkish Aerospace will continue to contribute to the capabilities of the two countries in this field aerospace and defence industry."

               

##

 

​SIARAN MEDIA
                           

SIRIM BERHAD DAN TURKISH AEROSPACE KERJASAMA DALAM PEMBANGUNAN INDUSTRI AEROANGKASA

                 

KUALA LUMPUR, 25 NOV:  SIRIM Berhad, organisasi peneraju teknologi dan kualiti hari ini mengumumkan kerjasama dengan Turkish Aerospace melalui suatu Memorandum Persefahaman (MoU) yang bertujuan mewujudkan kerjasama bagi membangunkan ekosistem industri aeroangkasa.

 

Melalui MoU ini, kedua-dua pihak bersetuju untuk bekerjasama dalam bidang bidang penilaian pematuhan, pembangunan kualiti dan standard, pembangunan penyelidikan dan inovasi teknologi baru bagi industri aeroangkasa.

 

SIRIM diwakili oleh Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Dato’ Dr Ahmad Sabirin Arshad manakala Muhammad Najmi Ibrahim, Pengarah Turkish Aerospace Malaysia, menandatangani memorandum ini sempena dengan Selangor Aviation Show 2021. Turut hadir adalah Dr Zanariah Ujang, Naib Presiden SIRIM bagi Perancangan Strategik Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Turkish Space Agency, Prof. Temel Kotil.

 

Turkish Aerospace adalah syarikat aeroangkasa dan pertahanan utama dan merupakan pusat bagi teknologi reka bentuk, pembangunan, pembuatan, integrasi sistem aeroangkasa, pemodenanan dan sokongan selepas jualan di Turki.

 

SIRIM dan agensi kerajaan Turki bagi penyelidikan aeroangkasa kebangsaan itu, antara lain, mengenalpasti penyelesaian bagi membangunkan keupayaan dan kecekapan bagi SIRIM dan industri aeroangkasa Malaysia, mengenalpasti dan membangunkan Standard Industri Aeroangkasa dan Penilaian Pematuhan, Tentukuran, Khidmat Pemeriksaan, Pensijilan dan Pengujian untuk meningkatkan kecekapan dan kualiti.

 

 

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM Berhad Dato’ Dr Ahmad Sabirin Arshad berkata, MoU ini akan membolehkan kedua-dua pihak mempercepatkan penggunaan teknologi termaju yang berkaitan dengan aeroangkasa seperti dron ataupun pesawat udara tanpa pemandu.

 

"SIRIM dan Turkish Aerospace juga berharap untuk membangunkan Rangkakerja Teknologi Strategik Perniagaan Antarabangsa yang berkaitan dengan Industri Aeroangkasa dan mengenalpasti penyelesaian penuh bagi pelaksanaan projek Pembuatan Pintar Industri 4.0," katanya.

 

"Kami juga akan menerokai pembangunan kepakaran penyelenggaraan, pembaikan dan baikpulih bagi Industri Aeroangkasa. Selain itu, SIRIM melalui bahagian penyelidikannya akan membantu proses Penyelidikan dan Pembangunan melalui rakan industri strategik untuk aplikasi baru seperti Bahan Termaju termasuklah Nano Coating, Carbon Fiber dan Polimer," kata Ahmad Sabirin.

 

Di bawah Rancangan Malaysia ke-12, SIRIM akan menerajui Pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti Aeroangkasa yang merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membangunkan industri berkenaan.

 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Turkish Aerospace Prof. Temel Kotil berkata:

"Kami gembira dapat menandatangani perjanjian pertama Turkish Aerospace dengan satu daripada institusi utama di Malaysia, SIRIM. Dengan perkembangan ini, kami berharap dapat menyumbang dan menjadi pemangkin kepada industri aeroangkasa Malaysia melalui beberapa projek bersama yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Sebagai penyumbang utama ekosistem penerbangan dunia, Turkish Aerospace akan terus menyumbang kepada keupayaan kedua-dua buah negara dalam bidang aeroangkasa dan industri pertahanan."

##