​PRESS RELEASE
                           

SIRIM QAS INTERNATIONAL OFFERS FULL RANGE OF IECEX CERTIFICATIONS

Becomes the world’s premier IECEx Certification Body (ExCB) to offer the wide range of Ex Certifications, vital for industries operating within explosive environment


KUALA LUMPUR, 30 Sept 2021: SIRIM QAS International, a wholly owned subsidiary of SIRIM Berhad, has become the world’s premier IECEx Certification Body to offer the wide range of Ex Certifications, reinforcing its commitment to ensure quality and safety in explosive (Ex) industries with the launch of IECEx Certified Equipment Scheme.

                          

The development of the IECEx System for Certification to Standards Relating to Equipment for use in Explosive Atmospheres by the International Electrotechnical Commission, or IEC, marks a progressive new chapter for the Ex community in establishing international standards of safety.
The scope of IECEx certification covers the manufacturing and design of equipment and systems, repair and maintenance alongside the competence of people and service providers.

President and Group Chief Executive of SIRIM Berhad Dato Dr Ahmad Sabirin Arshad said during the launch, “Ex – or explosive atmosphere – industries are defined as those where the working environment have the presence of explosive materials, such as flammable liquids, vapours, gasses and combustible dusts. They cover a vast spectrum of industries, many of which are significant contributors to Malaysia’s economic growth such as oil and gas, chemicals, aviation and printing.

“Given the risks of explosions occurring in such environments, there is a need for Ex industries to meet the most stringent quality of safety and competency. I believe that conformity assessment has a massive role to play in the future growth of these industries in Malaysia and globally,” he added.
The online launch event was also attended by Paul Meanwell – Chairman of IECEx and Ir. Salmey Halim - Chairman of The National IECEx Committee who gave a keynote address. Also in attendance were SIRIM QAS International Chief Executive Officer Nur Fadhilah Muhamad, representatives from industries and government agencies in Malaysia, including PETRONAS, Malaysian Oil & Gas Services Council and the Institute of Engineers Malaysia.
 
Being Malaysia’s leading testing, inspection, and certification provider, SIRIM QAS has the requisite expertise and facilities to carry out verification and certification of Ex equipment and systems, service facilities and personnel. As of September 2021, it has certified 20 IECEx Service Facility Scheme certifications and 450 IECEx Certification of Personnel Competence Scheme certifications. 

 

A global certification framework in highly regulated sectors such as Ex breaks down technical barriers to trade. For the Ex community, this means reduced costs and time-to-market associated with having to undergo multiple conformity assessment criteria of different countries.
At the same time, Common Rules of Procedures and operational documents are applied by all Ex certification bodies, ensuring acceptance in key markets. Certification demonstrates continuous compliance to international standards, enhancing confidence of stakeholders in products and services.
Chairman of IECEx, Paul Meanwell in welcoming SIRIM to IECEx said that it is an important milestone for SIRIM as it joins a network of 61 IECEx accredited Certification Bodies from all around the globe.

“Malaysia, a long-standing active Member Country of IECEx has been issued with almost 900 CoPC certificates in total,” he added.
Aside from the scheme launch, SIRIM QAS also unveiled its partnerships with two Ex Testing Laboratories – Technology Institution of Industrial Safety (TIIS), Japan and Karandikar Laboratories Pvt. Ltd., India.

 

The TIIS partnership was the result of a 2019 Memorandum of Agreement (MoA) with SIRIM QAS International which touched on collaborations for education and training, technical cooperation and exchange of information for IECEx certifications. The MoU with Karandikar Laboratories was signed last year for technical cooperation in IECEx related testing and certification services.


 

##

​SIARAN MEDIA
                           

SIRIM, CRADLE BANTU ‘START-UP’ DALAM TEKNOLOGI DAN PENGKOMERSIALAN

Jadi Badan Pensijilan IECEx pertama di dunia yang menawarkan rangkaian pensijilan Ex, yang penting untuk operasi di persekitaran melibatkan bahan letupan


KUALA LUMPUR, 30 Sept 2021:SIRIM QAS International, anak syarikat milik penuh SIRIM Berhad menjadi Badan Pensijilan IECEx pertama di dunia yang menawarkan Pensijilan Ex, yang mengukuhkan lagi komitmennya dalam memastikan kualiti dan keselamatan bagi industri berkaitan bahan letupan (Ex) dengan pelancaran Skim Pensijilan Peralatan IECEx.

Pembangunan IECEx System for Certification to Standards Relating to Equipment untuk kegunaan dalam persekitaran melibatkan bahan letupan oleh Electrotechnical Commission atau IEC ini, mencatat lembaran baru bagi komuniti Ex dalam membangunkan standard keselamatan peringkat antarabangsa.
Skop bagi pensijilan IECEx melibatkan pembuatan dan reka bentuk peralatan dan sistem, pembaikan dan penyelenggaraan di samping kecekapan pekerja dan penyedia perkhidmatan.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM Berhad Dato Dr Ahmad Sabirin Arshad berkata pada pelancaran itu, “Ex – atau industri persekitaran bahan letupan didefinisikan sebagai persekitaran kerja yang mempunyai bahan letupan seperti cecair mudah bakar, wap, gas dan debu mudah terbakar. Ia meliputi spektrum industri yang luas yang kebanyakannya adalah penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia seperti minyak dan gas, penerbangan dan percetakan.

“Mengambilkira risiko letupan berlaku di persekitaran sedemikian, terdapat keperluan untuk industri Ex untuk memenuhi syarat kualiti keselamatan dan kecekapan yang tinggi. Saya percaya bahawa penilaian pematuhan berperanan penting dalam pertumbuhan masa hadapan industri-industri ini di Malaysia dan juga di seluruh dunia,” katanya.
Pelancaran secara maya itu juga dihadiri oleh Paul Meanwell, Pengerusi IECEx dan Ir. Salmey Halim, Pengerusi Jawatankuasa IECEx Kebangsaan yang memberi ucap utama. Turut hadir adalah Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM QAS International Nur Fadhilah Muhamad, wakil industri dan agensi kerajaan di Malaysia termasuklah PETRONAS, Majlis Perkhidmatan Minyak dan Gas Malaysia dan Institut Kejuruteraan Malaysia.

Sebagai peneraju khidmat pengujian, pemeriksaan dan pensijilan, SIRIM QAS mempunyai kepakaran dan peralatan untuk melaksanakan penentusahan dan pensijilan peralatan dan sistem Ex, kemudahan perkhidmatan dan personel. Sehingga September 2021, ia telah mengeluarkan 20 pensijilan di bawah IECEx Service Facility Scheme dan 450 pensijilan bagi IECEx Certification of Personnel Competence Scheme (CoPC). 

 

Rangka kerja pensijilan global dalam sektor yang amat dipantau undang-undang seperti Ex ini dapat membantu mengatasi halangan teknikal kepada perdagangan. Bagi komuniti Ex, ini dapat mengurangkan kos dan tempoh ke pasaran yang disebabkan pelbagai kriteria penilaian pematuhan di negara yang berlainan.

Pada masa yang sama, Prosedur Peraturan Bersama dan dokumen operasi yang digunakan oleh semua badan pensijilan Ex, akan memastikan penerimaan di pasaran utama. Pensijilan membolehkan pematuhan berterusan kepada standard antarabangsa, meningkatkan keyakinan pemegang kepentingan kepada produk dan perkhidmatan.

Pengerusi IECEx, Paul Meanwell yang mengalu-alukan SIRIM ke IECEx berkata, ini merupakan peristiwa penting bagi SIRIM apabila ia menyertai rangkaian 61 Badan Pensijilan IECEx di seluruh dunia.

“Malaysia, sebuah negara anggota yang aktif sekian lama dalam IECEx telah menerima hampir 900 pensijilan CoPC secara keseluruhannya,” katanya.
Selain pelancaran skim berkenaan, SIRIM QAS turut mengumumkan kerjasama dengan dua makmal pengujian Ex - Technology Institution of Industrial Safety (TIIS), Jepun dan Karandikar Laboratories Pvt. Ltd., India.

Kerjasama dengan TIIS adalah hasil daripada Memorandum Perjanjian dengan SIRIM QAS International yang melibatkan kerjasama dalam Pendidikan dan latihan, kerjasama teknikal dan pertukaran maklumat bagi pensijilan IECEx. Memorandum Persefahaman dengan Karandikar Laboratories ditandatangani tahun lepas bagi kerjasama teknikal dalam pengujian dan perkhidmatan pensijilan Ex.


 

##