​PRESS RELEASE
                           

SIRIM TRUSTED MARK SCHEME (STMS) LAUNCHED TO ENHANCE N E-COMMERCE

              

SHAH ALAM, 25 Nov 2021: SIRIM QAS International Sdn Bhd – a wholly-owned subsidiary of SIRIM Berhad – launched the SIRIM Trusted Mark Scheme (STMS) for communications, electrical and hybrid products today at Shah Alam Convention Centre (SACC).

 

The SIRIM Trusted Mark Scheme, based on the ISO/IEC 17065 Product Certification Scheme, enables certified retailers to display the Trusted Partner mark on their online shops on ecommerce platforms.

 

SIRIM Berhad President and Group Chief Executive, Dato’ Dr. Ahmad Sabirin Arshad in his remarks during the launch of the scheme said that STMS aims to help online retailers enhance the marketability of their products and increase traffic to their store, as well as empower consumers to make informed purchasing decisions, expanding their options for quality and safe products from trustworthy sources.

 

The hybrid physical-online event was attended by SIRIM Berhad President and Group Chief Executive, Dato’ Dr. Ahmad Sabirin Arshad, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) Chief Executive Officer, Mahadhir Aziz, Lazada Malaysia Chief Financial Officer, Cheang Kiat Cheong and SIRIM QAS International Chief Executive Officer, Nur Fadhilah Muhammad.

 

Also present were representatives from Panasonic Malaysia, Brother International Malaysia, and Rainbow Distribution – the authorised Xiaomi distributor in Malaysia.

 

Ahmad Sabirin said the introduction of STMS is a timely measure to address concerns about the legitimacy of online retailers, arising from the growth of ecommerce in Malaysia which has grown for six consecutive quarters since March 2020.

 

"For instance, in 2020 there was a 112.5 percent rise in the number of complaints related to online shopping compared with 2019. Also, buying electronic, electrical and multimedia products online carry a higher risk of items being faulty or not meeting standards. This could lead to operability problems as well as fire and safety hazards," he added.

 

SIRIM QAS International also held a Memorandum of Understanding (MoU) exchange ceremony with Lazada Malaysia which enables Lazada Malaysia to be SIRIM QAS International’s official partner.

 

In return, Lazada Malaysia will carry out promotion activities for STMS. These include hosting an STMS flagship store on LazMall, placing the STMS logo on the product page of each STMS certified seller and having flash sales to encourage visitors to purchase from STMS certified sellers.

 

Ahmad Sabirin said, "This partnership will help promote Lazada Malaysia’s platform as a trustworthy place for online shoppers to purchase communications, electrical and hybrid products that meet stringent quality and safety standards."

 

Speaking on the MoU, Cheang said, "We are pleased to partner with SIRIM QAS International to launch the SIRIM Trusted Mark Scheme (STMS) on Lazada as part of our ongoing efforts to build a digital commerce ecosystem that safeguards the online shopping experience for consumers. It paves the way for a broader collaboration between SIRIM QAS International and Lazada, the first step towards our vision of building an ecommerce marketplace based on strong trust among sellers and consumers who value certified, reliable, safe and recognised electronics."

 

 

Dato’ Dr Ahmad Sabirin also revealed that STMS has been recognised to be part of the National E-Commerce Strategic Roadmap 2.0 managed by the Malaysia Digital Economy Corporation or MDEC aimed at strengthening the ecommerce ecosystem in Malaysia.

 

The event closed with the presentation of the Certificates of Appreciation to representatives from Rainbow Distribution, Panasonic and Brother International in recognition of their commitment to excellent standards and for supporting STMS during the scheme’s soft launch earlier this year.

                           

​ ​SAMPLE OF SIRIM TRUSTED MARK SCHEME LOGO

               

##

 

​SIARAN MEDIA
                           

PELANCARAN SIRIM TRUSTED MARK SCHEME (STMS) SEBAGAI LANGKAH PEMERKASAAN E-DAGANG DI MALAYSIA

                 

 

SHAH ALAM, 25 Nov 2021: SIRIM QAS International Sdn Bhd – anak syarikat milik penuh SIRIM Berhad – telah melancarkan SIRIM Trusted Mark Scheme (STMS) bagi produk peralatan komunikasi, elektrik dan hibrid, bertempat di Shah Alam Convention Centre (SACC).

 

SIRIM Trusted Mark Schemeyang berasaskan kepada skim pensijilan produk ISO/IEC 17065 akan membolehkan peniaga yang diiktiraf untuk memaparkan simbol Trusted Partner di kedai atas talian mereka pada platform e-Dagang.

 

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, Dato’ Dr. Ahmad Sabirin Arshad dalam ucapannya berkata STMS bertujuan membantu peniaga dalam talian untuk meningkatkan lagi kebolehpasaran produk serta meningkatkan trafik ke kedai dalam talian mereka, selain memperkasakan pengguna untuk membuat keputusan pembelian yang lebih baik dengan meluaskan pilihan mereka bagi mendapatkan produk yang berkualiti dan selamat dari sumber yang diyakini.

 

Acara yang diadakan secara hibrid iaitu fizikal dan dalam talian ini dihadiri oleh Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, Dato’ Dr. Ahmad Sabirin Arshad, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Mahadhir Aziz, Ketua Pegawai Kewangan Lazada, Cheang Kiat Cheong dan Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM QAS International, Nur Fadhilah Muhammad.

 

Selain itu, turut hadir wakil daripada Panasonic Malaysia, Brother International Malaysia dan Rainbow Distribution, pengedar sah Xiaomi di Malaysia.

 

Ahmad Sabirin turut menyatakan bahawa pengenalan STMS adalah suatu usaha menangani kekhuatiran tentang kredibiliti penjual dalam talian terutamanya berikutan pertumbuhan e-Dagang di Malaysia yang telah berkembang bagi enam suku berturut-turut sejak Mac 2020.

 

"Sebagai contoh, pada tahun 2020 terdapat peningkatan 112.5 peratus bilangan aduan berkaitan pembelian atas talian berbanding tahun 2019. Tambahan pula, terdapat risiko yang lebih tinggi untuk sesuatu peralatan elektronik, elektrik dan multimedia itu rosak atau tidak memenuhi standard jika dibeli secara dalam talian. Ini boleh membawa kepada masalah pengoperasian dan juga kemalangan yang tidak diingini," katanya.

 

SIRIM QAS International juga telah mengadakan acara pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Lazada Malaysia yang membolehkan Lazada Malaysia menjadi rakan rasmi SIRIM QAS International.

 

Sehubungan dengan itu, Lazada Malaysia juga akan menjalankan aktiviti promosi untuk STMS termasuk mewujudkan kedai khas STMS (STMS Flagship Store) di platform LazMall, meletakkan logo STMS pada halaman produk penjual yang telah diperakui oleh STMS, serta mengadakan jualan kilat untuk menggalakkan para pembeli untuk membeli daripada penjual yang diiktiraf.

 

Ahmad Sabirin turut berkata, "Kerjasama ini akan membantu dalam usaha mempromosi Lazada Malaysia sebagai sebuah platform membeli-belah dalam talian yang dipercayai pengguna bagi mereka membuat pembelian barangan seperti peralatan komunikasi, perkakasan elektrik dan produk hibrid yang berkualiti dan mematuhi standard keselamatan."

 

Mengenai memorandum tersebut, Ketua Pegawai Kewangan Lazada, Cheang Kiat Cheong berkata, "Kami amat berbesar hati dapat membentuk kerjasama dengan SIRIM QAS International bagi melancarkan SIRIM Trusted Mark Scheme (STMS) menerusi Lazada sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk membina ekosistem perdagangan digital yang melindungi pengguna. Ini juga akan membuka ruang kerjasama yang lebih luas antara SIRIM QAS International dan Lazada, sebagai langkah pertama dalam merealisasikan visi kami untuk membina pasaran e-Dagang yang berasaskan kepercayaan tinggi antara penjual dan pembeli yang mementingkan peralatan elektronik yang diperakui, dipercayai, selamat dan diiktiraf."

 

Ahmad Sabirin juga memaklumkan bahawa STMS telah diiktiraf sebagai sebahagian daripada Pelan Halatuju Strategik e-Dagang 2.0 di bawah seliaan MDEC dengan sasaran untuk memperkukuhkan ekosistem e-Dagang di Malaysia.

 

Majlis berkenaan diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan kepada wakil daripada Rainbow Distribution, Panasonic dan Brother International sebagai pengiktirafan di atas komitmen mereka dalam menetapkan standard yang cemerlang dan sokongan yang diberikan kepada STMS semasa pelancaran awalnya pada awal tahun ini.

 

##