MAJLIS PERASMIAN DAN PENYERAHAN TELAGA TIUB BERINTEGRASI SISTEM AYAQ NANO JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA KEPADA SEKOLAH MENENGAH SAINS TELUK INTAN PADA 19 FEBRUARI 2020

 

 

 

LATAR BELAKANG

  • Projek antara Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Perak di Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI), Perak bermula pada 24 April 2019 dan siap sepenuhnya pada Ogos 2019.
  • Melalui laporan ujian air telaga tiub di Makmal JMG dan SIRIM, kandungan air mengandungi bahan terlarut yang tinggi dan tidak memenuhi piawaian air minuman seperti sodium, ferum, manganese, plumbum, arsenik dan mikroorganisma.
  • Sistem rawatan air berpayau yang dibangunkan oleh SIRIM ialah AYAQ- NANO ᵀᴹ bagi SEMESTI iaitu sistem penapisan rawatan air yang mempunyai 17 peringkat penapisan bermula dari penapisan makro hingga ke size nano.

AYAQ- NANO ᵀᴹ

  • Sistem rawatan penapisan air nano ini direka khas tanpa bahan kimia dan mesra alam.
  • Cahaya imbasan Ultraviolet (UV) dan penapisan mikro Polypropylene (PP) telah digunakan bagi meningkatkan lagi kualiti air yang dihasilkan sebagai air minuman.
  •  Susun atur yang komprehensif telah direka bentuk bagi memudahkan proses pemantauan kualiti air, proses penyelenggaraan dan proses pengambilan air minuman.
  •  Kualiti air dari penapisan rawatan air terakhir yang dihasilkan telah dihantar ke makmal pengujian luar dan mematuhi piawaian MS ISO/IEC 17025.

 

FAEDAH SISTEM RAWATAN AIR BAWAH TANAH BERPAYAU DI SEKOLAH MENENGAH SAINS TELUK INTAN, PERAK

  • Melalui kerjasama SIRIM-JMG-SEMESTI, projek ini telah berjaya disiapkan dengan kapasiti penghasilan air osmosis berbalik (Reverve  Osmosis, RO) sebanyak 5,000 liter sehari.
  • Penggunaan air osmosis berbalik telah dibekalkan pada dua tempat iaitu di kawasan sistem penapisan utama dan di Dewan Makan sekolah.
  • Penghasilan air guna semula dari sistem penapisan rawatan air nano ini juga digunakan untuk keperluan wuduk di surau SEMESTI.
  • Antara faedah lain projek ini adalah pendedahan pembelajaran mengenai teknologi sistem rawatan air kepada pelajar SEMESTI.

 

LOKASI LAIN PROJEK AYAQ-NANO ᵀᴹ

  1. Kilang First Grade Resources (Cosmetic)  - Kulim, Kedah
  2. Kilang Mohida Enterprise (F&B)  -  Kuala Ketil, Kedah
  3. Kilang Tamin Sdn. Bhd (F&B)  -  Kuala Kangsar
  4. Kilang Z&Z Sdn. Bhd (F&B)  - Machang, Kelantan
  5. Kilang Qurba Food Manufacturing Sdn. Bhd (F&B)  - Jitra, Kedah
  6. Projek Komuniti Masjid Sg. Sok, Kuala Krai, Kelantan (Sistem Penapisan Air Berkuasa Solar)