​ ​
PRESS RELEASE
                           

DATUK Ir (Dr) KHAIROL ANUAR MOHAMAD TAWI APPOINTS AS SIRIM NEW CHAIRMAN

                 

SHAH ALAM, 21 May 2023: Technopreneur, Datuk Ir (Dr) Khairol Anuar Mohamad Tawi has been appointed as the new Chairman of SIRIM Berhad for a period of two years, effective 20 May 2023.

 

This appointment was made to replace Tan Sri Ir Dr Ahmad Tajuddin Ali who has completed his term of service.

 

YBhg Datuk Ir. (Dr) Khairol Anuar bin Mohamad Tawi started his career in Jabatan Telekom Malaysia (JTM) in 1983, upon graduation.  Datuk Khairol founded KAT Technologies Sdn Bhd in 1994 and became its Executive Chairman, after 14 years of service in various capacity with SAPURA.

 

Datuk Khairol has an Executive Masters in Business Administration, from the University of Cranfield Institute of Management, United Kingdom. In 1994, he attended the 'Harvard Senior Management Development Programme', and subsequently became a member of the Harvard Business School Alumni Club of Malaysia. He has a degree in Electrical & Electronic Engineering from the University of Swansea, Wales, UK. In 2015,  Datuk Khairol was awarded an Honorary Doctorate and Fellowship by the university. He studied at the Malay College Kuala Kangsar for his secondary education.

 

YBhg Datuk Khairol has been accorded numerous personal awards and accolades among them the Anugerah Ikon Anak Melaka by Majlis Datuk-Datuk Negeri Melaka and Persatuan Anak-Anak Melaka Wilayah Persekutuan & Selangor, Anugerah Tokoh Usahawan Islam Negeri Melaka, Usahawan Unggul award by Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, Entrepreneur of The Year (Special Mention) award by The Star, and also Usahawan Teknologi by the Young Entrepreneur Organization Malaysia.

 

Datuk Khairol is also a Professional Engineer certified by Lembaga Jurutera Malaysia, He is currently in the Board of Advisors of Digital Perak Corporation Berhad. He has served in the Board of Directors for Tabung Amanah Melaka, and a Fellow of the Malaysian Institute of Management, Institut Sukan Negara Malaysia, and MAIM Holdings Berhad. He was also the Founding President of the Bumiputera Retailer's Organization.

 

Datuk Khairol brings a wealth of experience and knowledge to this important role. His appointment reflects the aspiration of SIRIM in delivering our roles and functions as mandated by the Government. Most importantly, to drive SIRIM to deliver concerted support to our partners and facilitate sustainable growth by strengthening our capability and relevance to industries through product innovations.

 

PRESIDENT AND GROUP CHIEF EXECUTIVE SIRIM BERHAD

DATO' INDERA DR AHMAD SABIRIN ARSHAD, FASc.

 

##​#

​ ​
SIARAN MEDIA
                           

DATUK IR (DR) KHAIROL ANUAR MOHAMAD TAWI PENGERUSI SIRIM YANG BAHARU

                 

SHAH ALAM, 21 Mei 2023: Technopreneur, Datuk Ir (Dr) Khairol Anuar Mohamad Tawi dilantik sebagai Pengerusi SIRIM Berhad yang baharu bagi tempoh dua tahun, berkuatkuasa 20 Mei 2023.

 

Pelantikan ini dibuat bagi menggantikan Tan Sri Ir Dr Ahmad Tajuddin Ali yang telah tamat tempoh perkhidmatannya.

 

YBhg Datuk Ir. (Dr) Khairol Anuar bin Mohamad Tawi memulakan kerjayanya di Jabatan Telekom Malaysia pada tahun 1983 setelah tamat pengajian tinggi.  Beliau kemudiannya menubuhkan KAT Technologies Sdn Bhd pada tahun 1994 dan menjadi Pengerusi Eksekutifnya, selepas 14 tahun berkhidmat di pelbagai kapasiti di SAPURA Group.

 

Datuk Khairol memiliki Ijazah Sarjana Eksekutif dalam Pentadbiran Perniagaan daripada Cranfield Institute of Management, United Kingdom. Pada tahun 1994, beliau menghadiri 'Harvard Senior Management Development Programme', dan seterusnya menjadi ahli Harvard Business School Alumni Club of Malaysia. Beliau juga mempunyai ijazah dalam Kejuruteraan Elektrik & Elektronik dari Universiti Swansea, Wales, United Kingdom dan pada 2015, beliau telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran dan Felo Kehormat oleh universiti yang sama. Datuk Khairol juga telah mendapat pendidikan menengah di Maktab Melayu Kuala Kangsar.

 

Beliau telah dikurniakan pelbagai anugerah peribadi seperti Anugerah Ikon Anak Melaka oleh Majlis Datuk-Datuk Negeri Melaka dan Persatuan Anak-Anak Melaka Wilayah Persekutuan & Selangor, Anugerah Tokoh Usahawan Islam Negeri Melaka, Usahawan Unggul oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, Usahawan Terbaik (Special Mention) oleh The Star, dan juga Usahawan Teknologi oleh Young Entrepreneur Organization Malaysia.

 

Datuk Khairol juga merupakan seorang Jurutera Profesional yang disahkan oleh Lembaga Jurutera Malaysia, dan Felo, Malaysian Institute of Management, MIM. Beliau kini turut memegang jawatan ahli Lembaga Penasihat Digital Perak Corporation Berhad.  Beliau telah  berkhidmat di Lembaga Pengarah Tabung Amanah Melaka, Institut Sukan Negara Malaysia dan MAIM Holdings Berhad. Datuk Khairol juga merupakan Presiden Pengasas Pertubuhan Peruncit Bumiputera.

 

Datuk Khairol mempunyai pengalaman dan kepakaran yang penting untuk jawatan utama ini. Pelantikan beliau mencerminkan aspirasi SIRIM dalam melaksanakan peranan dan fungsi organisasi ini sebagaimana yang telah dimandatkan oleh kerajaan. Selain mendorong SIRIM untuk terus memberi sokongan padu kepada rakan kongsi dan memastikan pertumbuhan yang mampan dengan memperkuatkan kemampuan dan terus relevan kepada industri melalui inovasi produk.

 

PRESIDEN DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN SIRIM BERHAD

​DATO' INDERA DR AHMAD SABIRIN ARSHAD, FASc.​

##​#
​​​​​​​