​PRESS RELEASE
                           

SIRIM Reiterates Commitment to Quality, Integrity and Public Interest

                 

SHAH ALAM, 18 April 2022: The MS SIRIM mark has undergone the most stringent tests and audits, SIRIM QAS International performs testing, inspection and certification (TIC) of products manufactured and/or sold in Malaysia to ascertain their safety and quality to safeguard the interests of consumers.

 

President and Group Chief Executive of SIRIM, Dato' Dr Ahmad Sabirin Arshad said, SIRIM QAS International's testing and certification of non-medical face masks are in line with the organisation's commitment to assure product quality and safety to the consumers.

 

“SIRIM QAS International conducts tests on non-medical face masks according to SIRIM 40, CWA 17553, AFNOR SPEC S76-001, MS 2323 or BS EN 149 standards, which measures their functionality, quality and safety. These include determining the product may protect users from infectious agents, are comfortable to wear and allow users to breathe easily.

 

“The standards specify that a non-medical face mask shall have a minimum of 70 percent filtration efficiency, the higher the filtration efficiency rate, thus the better the performance," he added.

 

Dato' Dr Ahmad Sabirin also highlighted that aside from performing their duties to the highest quality, SIRIM Berhad and its subsidiaries are focused on carrying out their responsibilities with the strongest commitment to integrity.

 

“We practice ISO 37001 Anti-Bribery Management Systems (ABMS), which means that our processes meet the highest standards of ethics and good governance. This is a guarantee to our reliability and trustworthiness and that we do not compromise on quality," he said.

 

The Ministry of Domestic Trade and Consumer Affairs (KPDNHEP) issued a directive on 7 April that, effective 1 January 2023, all non-medical face masks manufactured locally or imported into Malaysia require MS SIRIM certification and marking from SIRIM QAS International, a subsidiary of SIRIM Berhad, before being sold. This directive came about after the gazetting of the Trade Descriptions (Certification and Marking of Non-Medical Face Mask) Order 2022.

 

Non-medical face masks include reusable face masks, fabric face masks, single-use masks, three ply masks and industrial face masks, which are used by the general public.

 

Dato' Dr Ahmad Sabirin also addressed concerns that mandatory testing and certification may lead to a hike in the price of non-medical face masks.

 

“As a responsible organisation, SIRIM QAS International is offering reasonable prices for the testing, inspection and certification of non-medical face masks. This is in order to help manufacturers and importers keep their costs low and not pass it on to the rakyat," he said.

 

Dato' Dr Ahmad Sabirin further noted that while the use of face masks may have surged during the Covid-19 pandemic, their usage is not only confined to that.

 

“Even before Covid-19, many people used non-medical face masks for various reasons, such as to protect themselves against poor air quality, for industrial use or to prevent the spread of infections such as the flu. So even if we are entering the endemic phase, it is still important to ensure that non-medical face masks sold in Malaysia meet the right standards," he stated. 

 

SIRIM QAS International will also be having a series of engagements with the manufacturers and industry players on the testing and certification process of non-medical face masks.

 

“I encourage all manufacturers and importers of non-medical face masks in Malaysia to contact SIRIM QAS International to start their testing and certification journey. SIRIM is willing to help all industries to meet the standard requirements and get SIRIM certification.

 

“I also urge consumers to use only SIRIM certified non-medical face masks to protect ourselves and our loved ones. Remember, kita jaga kita and 'Ada SIRIM Baru Beli!" Dato' Dr Ahmad Sabirin concluded.

 

For further information, please contact SIRIM QAS Customer Service at +603-5544 6400 or WhatsApp: +6019-2332511 or email cserviceqas@sirim.my

             

##

​SIARAN MEDIA
                           

Komitmen Berterusan SIRIM terhadap Kualiti, Integriti dan Kepentingan Awam

                 

SHAH ALAM, 18 April 2022: Tanda MS SIRIM telah melalui ujian serta proses pengauditan teliti, SIRIM QAS International menjalankan ujian, pemeriksaan dan pensijilan (TIC) bagi produk yang dihasilkan dan/atau dijual di Malaysia bagi menjamin keselamatan dan kualitinya untuk memelihara kepentingan pengguna.

 

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, Dato' Dr Ahmad Sabirin Arshad berkata, ujian dan pensijilan SIRIM QAS Internatioanl bagi pelitup muka bukan perubatan adalah seiring dengan komitmen organisasi itu untuk memastikan produk berkualiti dan selamat kepada pengguna.

 

“SIRIM QAS Interntional menjalankan ujian berdasarkan standard SIRIM 40, CWA 17553, AFNOR SPEC S76-001, MS 2323 atau BS EN 149, untuk mengukur fungsi, kualiti dan keselamatan pelitup muka bukan perubatan. Ini termasuk menentukan ia mampu melindungi pemakai daripada sebarang jangkitan, selesa untuk dipakai dan membolehkan pemakai bernafas dengan mudah.

 

“Kesemua standard ini menetapkan bahawa pelitup muka bukan perubatan perlu mempunyai sekurang-kurangnya 70 peratus kadar kecekapan penapisan, lebih tinggi kadar kecekapan penapisannya maka lebih tinggi keberkesanan pelitup muka tersebut," katanya lagi.

 

Dato' Dr Ahmad Sabirin juga menekankan bahawa selain menjalankan tugas dengan sebaik mungkin, SIRIM Berhad serta anak-anak syarikatnya sentiasa komited dalam menjalankan tanggungjawab dengan komitmen yang tinggi terhadap integriti.

 

“SIRIM mengamalkan ISO 37001 Anti Bribery Management Systems (ABMS) bagi memastikan proses kami memenuhi standard etika dan tadbir urus yang tinggi. Ini sebagai jaminan kebolehpercayaan terhadap SIRIM dan bahawa SIRIM sama sekali tidak akan berkompromi berkenaan kualiti," kata beliau.  

 

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengeluarkan arahan bertarikh 7 April, bermula 1 Januari 2023, semua pelitup muka bukan perubatan sama ada produk tempatan atau yang diimport ke Malaysia memerlukan pensijilan MS SIRIM daripada SIRIM QAS International, anak syarikat SIRIM Berhad, sebelum ia dibenarkan untuk dijual. Arahan ini dikeluarkan susulan pewartaan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Pelitup Muka Bukan Perubatan) 2022.

 

Pelitup muka bukan perubatan adalah termasuk pelitup muka yang boleh diguna semula, pelitup muka fabrik, pelitup muka pakai buang, pelitup muka tiga lapis dan pelitup muka kegunaan industri yang digunakan oleh orang awam.

 

Dato' Dr Ahmad Sabirin turut memberi maklum balas berkaitan kerisauan mengenai kemungkinan kenaikan harga pelitup muka bukan perubatan berikutan ujian dan pensijilan mandatori terhadap produk tersebut.

 

“Sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab, SIRIM QAS International menawarkan harga yang berpatutan untuk ujian, pemeriksaan dan pensijilan pelitup muka. Ini bertujuan membantu pengilang dan pengimport untuk mengekalkan kos yang rendah dan tidak memindahkan kos tersebut kepada rakyat," katanya.

 

Beliau berkata,  walaupun penggunaan pelitup muka telah melonjak semasa pandemik Covid-19, namun penggunaannya tidak terhad bagi tujuan itu sahaja.

 

“Sebelum Covid-19 melanda, pelitup muka bukan perubatan digunakan untuk pelbagai tujuan, antaranya untuk melindungi diri daripada kualiti udara yang tidak baik, untuk kegunaan industri dan bagi mengelak penyebaran jangkitan seperti selesema. Oleh itu, walaupun kita sedang memasuki fasa endemik, usaha memastikan pelitup muka bukan perubatan yang dijual di Malaysia memenuhi standard yang ditetapkan tetap penting," katanya.

 

SIRIM QAS International akan mengadakan beberapa sesi libat urus bersama pengilang dan pemain industri berkaitan proses ujian dan pensijilan pelitup muka bukan perubatan.

 

“Saya menggalakkan pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan di Malaysia menghubungi SIRIM QAS International untuk memulakan proses ujian dan pensijilan mereka. SIRIM sedia membantu pemain industri untuk memenuhi keperluan standard bagi mendapatkan pensijilan SIRIM.

 

“Saya juga menyeru pengguna untuk menggunakan pelitup muka bukan perubatan yang telah disahkan oleh SIRIM untuk melindungi diri dan orang tersayang. Ingatlah, kita jaga kita dan 'Ada SIRIM, Baru Beli!" katanya lagi.

 

Bagi sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Khidmat Pelanggan SIRIM QAS melalui saluran berikut +603-5544 6400 atau WhatsApp: +6019-2332511 atau email cserviceqas@sirim.my

 

 

 

##