SIRIM ADOPTS ZERO-TOLERANCE APPROACH AGAINST ALL FORMS

OF BRIBERY, CORRUPTION
Prepares for Group-wide Anti-Bribery Management System Certification                

SHAH ALAM, 13 November 2020:  SIRIM, leading industrial technology and quality organisation, adopts a zero-tolerance approach against all forms of bribery and corruption, in all its business dealings and relationships.

The group is embarking on an exercise of verification audit in preparation to be certified under the Anti-Bribery Management System (ABMS) based on the MS ISO 37001: 2016 standard.

SIRIM President and Group Chief Executive Datuk Ir. Dr. Ahmad Fadzil Mohamad Hani said SIRIM's Board and management are committed to implementing and enforcing effective policies and procedures throughout SIRIM for the prevention, monitoring and elimination of any form of bribery and corrupt practice amongst all employees and within the organisation's activities, which include relationships with stakeholders.

“By implementing and obtaining the ABMS certification from a third-party certification body (CB), it is evidence that SIRIM has put in place adequate procedures," he said at the opening of the ABMS verification audit, here. The two-week verification audit began on 4 November and will end on 18 November.

According to Datuk Ir. Dr Ahmad Fadzil, SIRIM has put in place adequate procedures based on   the T.R.U.S.T principles to prevent, detect and respond to the occurrence of corrupt practices in relation to its business.

The T.R.U.S.T principles are based on Top level commitment, Risk assessment, Undertake control measures, Systematic review, monitoring and enforcement; and Training and communication.

Datuk Ir Dr Ahmad Fadzil said currently, SIRIM QAS International is the only accredited CB for ABMS in Malaysia.

“However, since SIRIM QAS International is our subsidiary, it is not appropriate for it to certify SIRIM. This is to ensure independence of the certification. This ABMS verification audit by SIRIM QAS International will prepare SIRIM for the audit by a third-party Certification Body next year," he added.

ISO 37001 Anti-Bribery Management System (ABMS) is designed to help companies prevent, detect and respond to bribery incidences. The standard also includes compliance to laws, regulations and other voluntary commitments.

Bribery is one of the significant risks faced by organisations of all sizes, sectors and business nature. The act often results in the loss of customers' confidence, negative backlash and subsequently, may lead to the organisation's closure.

The certification includes requirements and guidance for establishing, implementing, maintaining and improving an anti-bribery management system. It is a universal standard applicable to organisations of any size or sector, either independently or integrated into an existing quality management system.

The Corporate Liability provision under the new Section 17A of the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) (Amendment) Act 2018 has been enforced by the Malaysian government effective 1 June 2020.

With the enforcement of the Act, company directors and senior management will be held personally liable for acts of corruption committed by the company, either by their own personnel or by parties acting on behalf of the organization. 

If found guilty, Section 17A imposes a heavy penalty of:

  1. A fine not less than 10 times the value of the gratification or RM 1 million, whichever is higher, or
  2. Imprisonment for a term not exceeding 20 years, or
  3. Both.

However, commercial organisations can present the defence of having “adequate procedures" in place, to prove the necessary measures are taken to prevent the incidence occurring and therefore those in charge should not be held liable.

 

###

 

SIRIM MENGGUNAKAN PENDEKATAN TOLERANSI SIFAR TERHADAP SEMUA BENTUK RASUAH DAN PENYELEWENGAN

Bersedia untuk Pensijilan Sistem Pengurusan Antirasuah di seluruh Kumpulan

SHAH ALAM, 13 Nov: SIRIM, sebuah organisasi teknologi perindustrian dan kualiti yang utama, menggunakan pendekatan toleransi sifar terhadap semua bentuk rasuah dan penyelewengan dalam semua urusan dan hubungan perniagaannya.

Kumpulan ini memulakan pelaksanaan audit verifikasi sebagai persediaan untuk diperakui di bawah Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS) berdasarkan standard MS ISO 37001: 2016.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, Datuk Ir. Dr. Ahmad Fadzil Mohamad Hani berkata, Lembaga Pengarah dan pengurusan SIRIM komited untuk melaksanakan dan menguatkuasakan dasar dan prosedur yang berkesan di seluruh SIRIM untuk pencegahan, pemantauan dan penghapusan segala bentuk amalan rasuah dan penyelewengan di kalangan semua pekerja dan dalam aktiviti organisasi, yang merangkumi hubungan dengan pihak berkepentingan.

"Dengan melaksanakan dan mendapatkan pensijilan ABMS daripada badan pensijilan pihak ketiga (CB), itu membuktikan bahawa SIRIM telah menerapkan prosedur yang memadai," katanya pada pembukaan audit verifikasi ABMS, di sini. Audit verifikasi dua minggu itu bermula pada 4 November dan akan berakhir pada 18 November.

Menurut Datuk Ir. Dr Ahmad Fadzil, SIRIM telah menetapkan prosedur yang memadai berdasarkan prinsip T.R.U.S.T untuk mencegah, mengesan dan bertindak balas terhadap berlakunya amalan rasuah yang berkaitan dengan perniagaannya.

Prinsip-prinsip T.R.U.S.T didasarkan pada komitmen pengurusan tinggi, penaksiran risiko, menjalankan langkah kawalan, tinjauan sistematik, pemantauan dan penguatkuasaan; serta latihan dan komunikasi.

Datuk Ir Dr Ahmad Fadzil berkata pada masa ini, SIRIM QAS International adalah satu-satunya CB yang diiktiraf untuk ABMS di Malaysia.

"Namun, oleh kerana SIRIM QAS International adalah anak syarikat kami, maka tidak wajar untuk ia mengesahkan SIRIM. Ini untuk memastikan kebebasan pensijilan. Audit verifikasi ABMS oleh SIRIM QAS International akan mempersiapkan SIRIM untuk audit oleh Badan Pensijilan pihak ketiga tahun depan," tambahnya.

Sistem Pengurusan Antirasuah ISO 37001 (ABMS) direka untuk membantu syarikat mencegah, mengesan dan bertindak balas terhadap kejadian rasuah. Standard ini juga meliputi pematuhan terhadap undang-undang, peraturan dan komitmen sukarela lain.

Rasuah adalah salah satu risiko besar yang dihadapi oleh organisasi daripada pelbagai saiz, sektor dan perniagaan. Perbuatan tersebut sering mengakibatkan hilangnya keyakinan pelanggan, reaksi negatif dan seterusnya, boleh menyebabkan organisasi ditutup.

Pensijilan tersebut merangkumi keperluan dan panduan untuk mewujudkan, melaksanakan, memelihara dan memperbaiki sistem pengurusan antirasuah. Ini adalah standard universal yang boleh digunakan oleh organisasi daripada pelbagai saiz atau sektor, sama ada secara bebas atau disepadukan ke dalam sistem pengurusan kualiti sedia ada.

Peruntukan Tanggungjawab Korporat di bawah Seksyen 17A, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) (Pindaan) 2018 yang baru, telah dikuatkuasakan oleh kerajaan Malaysia berkuatkuasa pada 1 Jun 2020.

Dengan penguatkuasaan Akta ini, pengarah syarikat dan pengurusan kanan akan bertanggungjawab secara peribadi atas tindakan rasuah yang dilakukan oleh syarikat, sama ada oleh kakitangan mereka sendiri atau oleh pihak yang bertindak bagi pihak organisasi.

Sekiranya didapati bersalah, Seksyen 17A menjatuhkan hukuman berat:

(i) Denda tidak kurang dari 10 kali nilai suapan atau RM 1 juta, mana yang lebih tinggi, atau

(ii) Pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun, atau

(iii) Kedua-duanya.

Akan tetapi, organisasi komersial boleh membentangkan pembelaan dengan memiliki "prosedur yang memadai", untuk membuktikan langkah-langkah yang diperlukan telah diambil untuk mencegah kejadian itu daripada terjadi dan oleh itu, mereka yang bertanggungjawab tidak boleh dipertanggungjawabkan.

 

###