​PRESS RELEASE
                           

SIRIM OFFERS MORE TECHNOLOGY EXPERTISE TO SARAWAK INDUSTRY

                 

KUCHING, 6 September 2022: SIRIM Berhad, a leading research and technology agency under the Ministry of International Trade and Industry, today organised the SIRIM-Industry Engagement Programme held here offers various technology applications and services in efforts to enhance the productivity of Sarawak industries and entrepreneurs.

 

More than 200 representatives from government agencies, industry associations as well as local entrepreneurs from various sectors including food & beverage, oil & gas; steel industry, timber, electrical industry in Sarawak attended the half-day programme.

Themed “Bringing SIRIM Closer to Community and Industry”, the SIRIM-Industry Engagement programme emphasised the importance of research and development, energy management, quality, trainings, testing and certification.

The programme was graced by Sarawak Premier, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg, also present SIRIM Berhad Chairman, Tan Sri Ir Dr Ahmad Tajuddin Ali and SIRIM Berhad President and Group Chief Executive, Dato’ Indera Dr Ahmad Sabirin Arshad

Sarawak Premier, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg said Sarawak today has been a forefront player in the renewable energy arena and is opening its frontiers to help traditional industries become more sustainable. Presently, the state government is implementing various initiatives and projects to transform the state to a hydrogen economy.

“Sarawak is currently Malaysia’s largest provider of renewable energy for a population of almost three million for the state and part of Indonesia, where 70 percent of the total generation mix is from hydropower resources, which in turn could be harnessed to produce low carbon hydrogen.

“This provides an ideal setting to enable hydrogen economy in Sarawak and research study was initiated as a pioneering step to explore, innovate and produce green hydrogen as a solution for commercial and public application,” he said. His speech was read by Deputy Minister of Rural Planning, Land Administration and Environment, Datu Len Talif Salleh during the opening ceremony of SIRIM-Industry Engagement Programme.

Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari added he has high hopes on SIRIM to contribute towards the economic growth in Sarawak and collaborate with Sarawak State Government Agencies and Industry Association to boost the manufacturing sector in the state.

Meanwhile, Tan Sri Ir Dr Ahmad Tajuddin said, SIRIM – Industry Engagement Programme is an initiative by the agency to have substantive engagement and communication with current and potential stakeholders, namely the state agencies, industrial players as well as small and medium enterprises.

“Since the implementation of this session nationwide, we have engaged with various kinds of industry players within the Sarawak region, be it the steel industry, timber, or electrical industry, including the oil and gas industry.

“Based on the positive feedbacks and comments we received from participants in the prior session, we have made it a priority to reinvent our services to cater to their needs and requirements,” he added.

During the same event, SIRIM handed over packaging label to four Sarawak entrepreneurs through SIRIM Group’s CSR program. The entrepreneurs are from the food and beverages industry that sells chocolate sago, cheese semperit cookies, chocolate love-letter biscuits or kuih sepit coklat and fried bitter gourd.

Tan Sri Ir Dr Tajuddin said the SIRIM Group’s CSR Program is to improve the quality of product presentation hence to help the entrepreneurs further enhance their sales revenue. The corporate social responsibility programme aims to assist micro, small and medium entrepreneurs that are affected economically due to COVID-19.   
“Most of the entrepreneurs, who are food and beverage operators as well as manufacturers of children’s shoes have received assistance such as brand development, labelling, nutritional content analysis, promotional materials and basics knowledge of digital marketing,” he said.
 SIRIM has selected 30 entrepreneurs from all over Malaysia and the programme has been initiated since last year. At the end of the programme, the entrepreneurs will each receive logo design, label or packaging complete with nutritional facts in accordance with the nutrition regulations. They will also receive promotional material such as buntings.
Participants from other states are from:

  • Pahang (four entrepreneur) - frozen food, dodol, lemang periuk kera dan health juice drink
  • Terengganu (one entrepreneur) – sambal crisp
  • Kelantan (one entrepreneur) – frozen curry paste
  • Melaka (three entrepreneurs) – frozen poppies, fried onions, sambal paste
  • Johor (three entrepreneurs) – bread, asam pedas paste, keropok lekor
  • Perak (two entrepreneurs) – frozen curry puff
  • Penang (two entrepreneurs) – popcorn chicken, mushrooms
  • Kedah (two entrepreneurs) – tualang honey, yellow noodles
  • Perlis (one entrepreneur) – children's shoes
  • Sabah (seven entrepreneurs) – pandan penjaram cake, curry noodle paste, kelulut honey, fish crackers, banana chips, chocolate biscuits and bobba tea
Entrepreneurs were also given basic course on product packaging and branding as well as the basics of digital promotion including on social media and online shopping platforms from SIRIM experts from Packaging and Security Design Centre and SIRIM wholly owned subsidiary, SIRIM Training (STS Sdn Bhd). Nutritional testing services on food and beverage was conducted by another subsidiary, SIRIM QAS International Sdn Bhd. 

             

##

​SIARAN MEDIA
                           

SIRIM TAWAR KEPAKARAN TEKNOLOGI KEPADA INDUSTRI SARAWAK

                 

KUCHING, 6 September 2022: SIRIM Berhad, sebuah agensi kualiti dan penyelidikan industri utama negara di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri hari ini menganjurkan Program Keterlibatan SIRIM-Industri (SIE) menawarkan pelbagai aplikasi dan perkhidmatan teknologi dalam usaha meningkatkan produktiviti industri dan usahawan di Sarawak.

Lebih 200 wakil dari agensi kerajaan, persatuan industri dan usahawan tempatan daripada pelbagai sektor termasuk industri makanan & minuman, industri minyak dan gas, industri keluli, pembalakan, industri elektrikal di Sarawak telah hadir pada program separuh hari tersebut.

Bertemakan “Merapatkan SIRIM dengan Komuniti dan Industri”, program itu menekankan kepada kepentingan penyelidikan dan pembangunan, pengurusan tenaga, kualiti, latihan, pengujian dan pensijilan.

Program tersebut disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg, hadir sama Pengerusi SIRIM Berhad, Tan Sri Ir Dr Ahmad Tajuddin Ali serta Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM Berhad, Dato’ Indera Dr Ahmad Sabirin Arshad.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg berkata, Sarawak hari ini menjadi pemain utama dalam arena tenaga boleh diperbaharui dan membuka sempadannya untuk membantu industri tradisional menjadi lebih mampan. Pada masa ini, kerajaan negeri sedang melaksanakan pelbagai inisiatif dan projek untuk mengubah negeri ini kepada ekonomi hidrogen.

“Sarawak kini merupakan pembekal tenaga boleh diperbaharui untuk populasi hampir tiga juta bagi negeri ini dan sebahagian Indonesia, di mana 70 peratus daripada jumlah campuran penjanaan adalah daripada sumber kuasa hidro dan seterusnya boleh dimanfaatkan untuk menghasilkan hidrogen karbon rendah.  

“Ini menyediakan persekitaran yang ideal untuk membolehkan ekonomi hidrogen di Sarawak dan kajian penyelidikan telah dimulakan sebagai langkah perintis untuk meneroka, berinovasi dan menghasilkan hidrogen hijau sebagai penyelesaian bagi aplikasi komersial dan awam,” katanya. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datu Haji Len Talif Salleh, semasa perasmian Program Keterlibatan SIRIM-Industri.

Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari berkata lagi, beliau mempunyai harapan yang tinggi ke atas SIRIM untuk menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi di Sarawak dan bekerjasama dengan agensi kerajaan negeri dan persatuan industri untuk merancakkan sektor pembuatan di Bumi Kenyalang itu.

Sementara itu, Tan Sri Ir Dr Ahmad Tajuddin berkata, Program Keterlibatan SIRIM-Industri adalah inisiatif agensi untuk mengadakan penglibatan dan komunikasi substantif dengan pihak berkepentingan sedia ada dan berpotensi, iaitu agensi negeri, penggerak industri serta perusahaan kecil dan sederhana.

“Sejak pelaksanaan sesi ini di seluruh negara, kami telah terlibat dengan pelbagai jenis penggerak industri di Sarawak seperti industri keluli, kayu, industri elektrik, termasuk industri minyak dan gas.

“Melalui maklum balas positif dan ulasan yang kami terima daripada peserta pada sesi lepas, kami telah menjadikan keutamaan untuk mencipta semula perkhidmatan kami untuk memenuhi keperluan mereka,” katanya lagi. 

Pada majlis yang sama, SIRIM menyerahkan label pembungkusan kepada empat usahawan Sarawak melalui program CSR Kumpulan SIRIM. Kesemua usahawan adalah daripada sektor makanan dan minuman yang menjual sago coklat, kuih semperit keju, kuih sepit coklat dan peria goreng.

Tan Sri Ir Dr Ahmad Tajuddin berkata, Program CSR Kumpulan SIRIM adalah untuk meningkatkan kualiti pembentangan produk seterusnya membantu usahawan meningkatkan keuntungan jualan. Program tanggungjawab sosial korporat itu menyasarkan membantu usahawan mikro, kecil dan sederhana yang terjejas ekonomi disebabkan COVID-19. 
“Kebanyakan usahawan adalah pengusaha makanan dan minuman dan juga pembuat kasut kanak-kanak yang telah menerima bantuan seperti pembangunan penjenamaan, pelabelan, analisis kandungan nutrisi makanan, bahan promosi dan pengetahuan asas pemasaran digital,” katanya.
SIRIM telah memilih 30 usahawan dari seluruh  Malaysia dan program itu telah bermula sejak Ogos tahun lalu. Pada akhir program, usahawan akan menerima reka bentuk logo, label atau pembungkusan yang lengkap dengan fakta nutrisi yang mematuhi peraturan nutrisi. Mereka akan turut menerima bahan promosi seperti gegantung. 
Penyertaan lain adalah dari:

  • Pahang (empat usahawan) - makanan sejuk beku, dodol, lemang periuk kera dan jus minuman kesihatan.
  • Terengganu (satu usahawan) – sambal garing
  • Kelantan (satu usahawan) – karipap beku
  • Melaka (tiga usahawan) – popia sejuk beku, bawang goreng, pes sambal
  • Johor (tiga usahawan) – roti, pes asam pedas, keropok lekor
  • Perak (dua usahawan) – karipap sejuk beku
  • Pulau Pinang (dua usahawan) – ayam popcorn, cendawan
  • Kedah (dua usahawan) – madu tualang, mi kuning
  • Perlis (satu usahawan) – kasut kanak-kanak
  • Sabah (tujuh usahawan) – kuih penjaram pandan, pes mi kari, madu kelulut, keropok ikan, kerepek pisang, biskut coklat dan teh bobba

Usahawan turut diberi kursus asas pembungkusan dan penjenamaan produk serta asas promosi digital termasuk di media sosial dan platform beli-belah dalam talian daripada pakar SIRIM dari Pusat Reka Bentuk Pembungkusan dan Keselamatan serta anak syarikat milik penuh SIRIM, SIRIM Training (STS Sdn Bhd). Perkhidmatan ujian pemakanan ke atas makanan dan minuman telah dijalankan oleh anak syarikat lain iaitu SIRIM QAS International Sdn Bhd.

 

## ​​​