​ ​
SIARAN MEDIA
                           

PENGUJIAN SELIMUT KEBAKARAN BARU SIRIM MENUNJUKKAN KOMITMEN PRO-KESELAMATAN KERAJAAN DALAM PEMBANGUNAN EKOSISTEM EV

                 

SHAH ALAM, 2 FEBRUARI: SIRIM QAS International Sdn Bhd memperkenalkan perkhidmatan pensijilan dan pengujian yang terbaru untuk Selimut Kebakaran (Fire Blanket) Kenderaan Elektrik (EV). Majlis pelancaran hari ini meraikan satu lagi kejayaan SIRIM QAS International, anak syarikat milik penuh SIRIM Berhad, sebuah organisasi perintis yang telah diiktiraf oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan pihak berkuasa serantau yang lain.

 

Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz melancarkan perkhidmatan pensijilan dan pengujian tersebut semasa demonstrasi kebakaran yang diadakan secara langsung di ibu pejabat SIRIM di Shah Alam.


Perkhidmatan pengujian dan pensijilan yang terkini adalah sebahagian daripada komitmen SIRIM dalam menyokong Garis Panduan Perancangan Petak Pengecasan Kenderaan Elektrik oleh kerajaan, sebagaimana yang ditetapkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).


Menurut panduan ini, pembekal stesen cas kenderaan elektrik harus memastikan selimut kebakaran kenderaan elektrik sentiasa tersedia dengan mudah di premis atau lokasi mereka sebagai sebahagian daripada kesiapsiagaan untuk mengawal sebarang kejadian yang melibatkan kebakaran.


Pelancaran itu turut dihadiri oleh Timbalan Menteri MITI, YB Liew Chin Tong, Ketua Setiausaha MITI, Dato' Hairil Yahri Yaacob, Pengerusi SIRIM, Datuk Ir. (Dr) Khairol Anuar Mohamad Tawi, dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SIRIM, Dato' Indera Ir. Dr. Ahmad Sabirin Arshad.


Antara manfaat utama Selimut Kebakaran Kenderaan Elektrik (EV) berupaya untuk mengawal kebakaran serta mengurangkan pelepasan gas dan asap beracun. Penyebaran emisi berbahaya dapat dibendung untuk memastikan persekitaran yang lebih selamat. Pengawalan kebakaran dapat mencegah penyebaran emisi berbahaya dan memastikan persekitaran yang lebih selamat. Antara lain Selimut Kebakaran Kenderaan Elektrik (EV) juga mampu mengawal kebakaran dari merebak dan dapat memberi masa kepada pihak Bomba untuk sampai ke tempat kejadian.


Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, "Ekosistem yang kukuh bagi kenderaan elektrik (EV) adalah salah satu faktor bagi menarik lebih banyak pelaburan berkaitan kenderaan elektrik EV ke Malaysia, ini sejajar dengan misi Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 untuk meningkatkan kompleksiti ekonomi kita. Walau bagaimanapun, MITI tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna dan pembangunan pensijilan dan pengujian selimut kebakaran yang baru oleh SIRIM adalah salah satu komitmen Kerajaan dalam memastikan keselamatan pengguna"'


Dato' Indera Ir. Dr. Ahmad Sabirin Arshad berkata, "Sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan, dan Industri, SIRIM tertumpu untuk mencapai misi di bawah NIMP. Perkembangan industri EV ini adalah sebahagian daripada misi NIMP - Dorongan untuk karbon sifar akan dibantu oleh penyelarasan standard. SIRIM akan terus membantu agensi dan industri yang berkaitan dengan keupayaan yang ada untuk mengurangkan dan mengatasi risiko yang berkemungkinan muncul."


"SIRIM STS Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh SIRIM kini dalam proses membangunkan Standard Industri SIRIM untuk Selimut Kebakaran Kenderaan Elektrik (EV). SIRIM merupakan peneraju utama dalam standard dan kualiti sejak 1966, di mana Malaysia mempunyai peluang besar untuk menjadi peneraju dalam pengujian kebakaran dan pensijilan di rantau ini. Saya yakin, dalam masa yang terdekat, kita boleh menempatkan diri sebagai pusat pengujian kebakaran di rantau ini," tambah beliau.


Menurut Nur Fadhilah Muhammad, Ketua Pegawai Eksekutif, SIRIM QAS International Sdn. Bhd., "SIRIM komited untuk memastikan Selimut Kebakaran Kenderaan Elektrik (EV) yang tersedia di pasaran memenuhi kriteria pengujian yang diperlukan dalam Standard EN 13501-1, khususnya untuk pengujian bahan, Kelas A1. Standard klasifikasi ini merujuk kepada EN ISO 1182 dan EN ISO 1716, yang dapat diuji oleh SIRIM."


"EN ISO 1182 direka khas untuk menguji tindak balas produk terhadap kebakaran, di mana ujian ini digunakan untuk produk binaan, manakala EN ISO 1716 mengkaji keupayaan produk untuk menahan jumlah pembakaran yang berterusan dan diukur dalam kalorimeter bom. Ujian prestasi selimut mampu menahan suhu dari 1000 °C dan berperanan sebagai langkah kawalan kebakaran yang penting untuk mengurangkan risiko dengan mencegah penyebaran api atau pelepasan asap yang berbahaya," tambah beliau.​

 

##​#

​​MENGENAI  SIRIM QAS INTERNATIONAL​

SIRIM QAS International adalah anak syarikat milik penuh SIRIM Berhad yang merupakan badan peneraju utama di Malaysia dalam menawarkan perkhidmatan pensijilan, pemeriksaan dan pengujian yang setanding dengan amalan antarabangsa. Kami membantu pihak industri dalam menyediakan perkhidmatan dan barangan berkualiti melalui perkhidmatan pensijilan, pemeriksaan dan pengujian di samping menjaga kepentingan pengguna serta alam sekitar. Pengiktirafan dan akreditasi yang diperoleh daripada badan seperti Jabatan Standard Malaysia (STANDARDS MALAYSIA) dan United Kingdom Accreditation Service (UKAS) membuktikan kredibiliti perkhidmatan kami.

SIRIM QAS International Website


​​MENGENAI SIRIM Berhad​

SIRIM Berhad, anak syarikat Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri adalah organisasi peneraju bagi penyelesaian teknologi dan kualiti yang memberi tumpuan kepada Penyelidikan Perindustrian, Pembangunan Teknologi dan Pengkomersilan; Pensijilan, Pengujian dan Pemeriksaan; Pengukuran dan Penentukuran; Latihan; Penyelidikan dan Pembangunan Standard; Keusahawanan berasaskan Teknologi; dan Perundingan Reka bentuk.

SIRIM Corporate Website


Perhubungan Media SIRIM Berhad & SIRIM QAS International:

​ ​
PRESS RELEASE
                           

SIRIM’S NEW FIRE BLANKET SHOWS GOVERNMENT’S PRO-SAFETY COMMITMENT IN EV ECOSYSTEM DEVELOPMENT

                 

SHAH ALAM, 2 FEBRUARY: SIRIM QAS International Sdn Bhd unveils its latest certification and testing services for Electric Vehicle (EV) Fire Blanket today. The unveiling marks yet another milestone for SIRIM QAS International, a wholly-owned subsidiary of SIRIM Berhad, a pioneer organisation recognised by the Fire and Rescue Department of Malaysia and other regional authorities.

 

Minister of Investment, Trade and Industry (MITI), Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz officially launched the certification and testing services during a live fire demonstration at SIRIM headquarters in Shah Alam.


The demonstration was held to showcase that a fire can be extinguished within seconds using the blanket.


The latest testing and certification services are part of SIRIM's commitment to support the government's Electric Vehicle Charging Planning Guidelines, as stipulated by the Ministry of Housing and Local Government.


According to these guidelines, EV charging station providers must ensure that EV car fire blankets are readily available on their premises or location as part of their preparedness to contain any fire-related incidents.


The launch was also attended by Deputy Minister of MITI, YB Liew Chin Tong, Secretary General of MITI, Dato' Hairil Yahri Yaacob, SIRIM's Chairman, Datuk Ir. (Dr) Khairol Anuar Mohamad Tawi and SIRIM's President and Group Chief Executive Officer, Dato' Indera Ir. Dr. Ahmad Sabirin Arshad.


One of the key benefits of the EV Fire Blanket is its ability to contain the fire and reduce the release of toxic gases and fumes. By containing the fire, it prevents the spread of harmful emissions and promotes a safer environment for both emergency responders and bystanders. Its efficiency in controlling vehicle fires ensures a swift and effective response, mitigating the potential for catastrophic consequences. Additionally, it significantly aids in damage control, limiting smoke damage and preventing the spread of fire to adjacent vehicles and property. This means that the potential for collateral damage is greatly reduced.


Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz said, 'A solid ecosystem on EVs is key to attracting more EV-related investments into Malaysia, in line with the New Industrial Master Plan (NIMP) 2030's mission to increase our economic complexity. However, MITI will not compromise on consumer safety and the development of SIRIM's new fire blanket shows the government's pro-safety commitment in the EV ecosystem development.'


Dato' Indera Ir. Dr. Ahmad Sabirin Arshad said, “As an agency under the Ministry of Investment, Trade and Industry, SIRIM is focused on achieving the missions under the NIMP. The growth of the EV industry as part of the NIMP's mission — Push for Net Zero will be assisted by the harmonisation of standards. SIRIM continues to assist related agencies and the industry with the capabilities available to reduce and mitigate possible risks."


“SIRIM STS Sdn Bhd, SIRIM's wholly-owned subsidiary is now in the process of developing the SIRIM Industry Standard for EV Fire Blanket. With SIRIM having been a strong advocate of standards and quality since 1966, Malaysia has a great opportunity to take the lead in fire testing and certification in this region. In the near future, I am confident we can position ourselves as this region's fire testing hub," he added.


According to Nur Fadhilah Muhammad, Chief Executive Officer, SIRIM QAS International Sdn. Bhd, “SIRIM is committed to ensuring that the EV fire blankets that are available on the market meet the required testing criteria of the EN 13501-1 standard, specifically to Class A1, for material testing. This classification standard cross-references to EN ISO 1182 and EN ISO 1716, which SIRIM is capable of testing."


“The EN ISO 1182 is specifically designed to test any product's reaction to fire, a test which is currently applied to building products whilst the EN ISO 1716 examines the product's ability to withstand constant combustion volume, measured in bomb calorimeter. The performance test of the blanket is capable of withstanding temperatures from 1000 °C and acts as a crucial fire containment measure to minimize risks by preventing the fire from spreading or releasing harmful fumes," she added.​

##​#
​​​​​​​​

​​ABOUT  SIRIM QAS INTERNATIONAL​

SIRIM QAS International is Malaysia’s leading conformity assessment body with over 40 years of experience in providing certification, inspection and testing services in Malaysia and overseas. It is a wholly owned subsidiary of SIRIM Berhad. The various accreditations and recognitions from Malaysian and international bodies not only attest to its impartiality and competence in conformity assessment but also facilitates the acceptance of its certificates and test reports worldwide.

SIRIM QAS International Website


​​ABOUT SIRIM Berhad​

A wholly-owned company of the Malaysian Government under the Ministry of Investment, Trade & Industry. SIRIM Berhad is a leading organisation for technology and quality solutions specialising in: Industrial Research, Technology Development and Commercialisation; Certification, Testing and Inspection; Measurement and Calibration; Training; Standards Research and Development; Technology-based Entrepreneurship; and Design Advisory.

SIRIM Corporate Website


Media Contact SIRIM Berhad & SIRIM QAS International:

SIRIM is an agency under the purview of the Ministry of Investment, Trade and Industry (MITI).

Disclaimer | Privacy Policy

Copyright © 2025 SIRIM BERHAD (Company No. 199501038272). All rights reserved.