​SIARAN MEDIA
                                                    

SIRIM Perkukuh Komitmen Pelihara Kesihatan Awam Melalui Kawalan Kualiti Pelitup Muka Bukan Perubatan

                 

SHAH ALAM, 12 April 2022: Pada 7 April, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengumumkan bermula 1 Januari 2023, pelitup muka bukan perubatan memerlukan pensijilan dan label SIRIM sebelum dijual di Malaysia.

 

Arahan ini adalah selaras dengan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Pelitup Muka Bukan Perubatan) 2022 dan bertujuan memastikan pelitup muka bukan perubatan, sama ada keluaran tempatan atau yang diimport, mematuhi standard keselamatan yang ditetapkan. Pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan adalah mandatori memohon pensijilan MS SIRIM daripada SIRIM QAS International.

 

Keputusan ini dibuat susulan daripada kajian mendalam dan sesi dialog oleh KPDNHEP bersama Kementerian Kesihatan, Perbadanan Produktiviti Malaysia, Jabatan Standard Malaysia, Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Peguam Negara. Perintah ini juga telah dimaklumkan kepada anggota Jawatankuasa Halangan Teknikal kepada Perdagangan (TBT) Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan tidak mendapat bantahan daripada 164 negara anggota WTO.

 

Pelitup muka bukan perubatan merangkumi pelitup muka fabrik yang boleh diguna semula, pelitup muka pakai buang, pelitup muka tiga lapis dan pelitup muka kegunaan industri, manakala pelitup muka perubatan adalah pelitup muka yang diguna oleh pengamal perubatan profesional dan pesakit untuk melidungi mereka daripada pendedahan kepada jangkitan, darah dan cecair badan. Pelitup muka perubatan ini dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) di bawah Akta Peranti Perubatan (Akta 737).

 

Selain itu, bagi tujuan mencegah penjualan pelitup muka bukan perubatan yang tidak memenuhi standard, KPDNHEP akan menguatkuasakan denda kepada pengilang dan pengimport yang gagal mematuhi peraturan ini.

 

Sebagai contoh, syarikat boleh dikenakan denda sehingga RM200,000 bagi kesalahan kali pertama, yang boleh ditingkatkan sehingga RM500,000 bagi kesalahan-kesalahan berikutnya. Manakala individu (pengilang/pengimport) boleh didenda sehingga RM100,000 bagi kesalahan kali pertama atau dipenjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan-kesalahan seterusnya, mereka boleh dikenakan denda sehingga RM250,000 atau dipenjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

 

Kesemua denda ini tidak terpakai kepada pengguna.

 

Badan penilaian pematuhan utama Malaysia, SIRIM QAS International terus komited untuk melindungi pengguna. SIRIM QAS International, anak syarikat milik penuh SIRIM Berhad menjalankan ujian, pemeriksaan dan pensijilan bagi produk yang dijual di pasaran bagi memastikan produk tersebut terjamin dari sudut kualiti dan keselamatan.

 

SIRIM QAS International menjalankan ujian ini bagi semua jenis pelitup muka bukan perubatan yang diuji berdasarkan standard SIRIM 40, CWA 17553, AFNOR SPEC S76-001, MS 2323 atau BS EN 149. Setelah menjalani audit pensijilan dan lulus kesemua ujian ini, produk itu akan diberikan label MS SIRIM yang diyakini pengguna selain jaminan produk itu berkualiti dan selamat untuk digunakan.

 

SIRIM QAS International telah mula melakukan pengujian dan pensijilan ke atas pelitup muka bukan perubatan sejak tahun 2016.

 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM QAS International, Nur Fadhilah Muhammad, "Pada ketika ini, terdapat banyak pelitup muka bukan perubatan yang dijual di pasaran. Pengguna berhak untuk tahu bahawa produk yang dibeli adalah berkualiti tinggi, selamat dan berfungsi dengan baik. Ujian yang kami jalankan akan menentukan sama ada pelitup muka tersebut melindungi pemakai daripada sebarang jangkitan, serta selesa untuk dipakai selain membolehkan pemakai bernafas dengan mudah.

 

"SIRIM QAS International sentiasa mengutamakan keselamatan pengguna. Ini merupakan objektif setiap ujian dan pensijilan yang kami jalankan ke atas setiap produk atau perkhidmatan. Kami membawa dedikasi dan penelitian sama untuk pelitup muka yang bukan sahaja berperanan penting dalam melindungi rakyat daripada Covid-19, tetapi juga akan terus diperlukan bagi tujuan kesihatan dan kebersihan awam," kata Nur Fadhilah.

 

"Kami bersedia untuk membantu pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan untuk mematuhi peraturan ini selain menunjukkan kepentingan serta keselamatan pengguna adalah keutamaan mereka. Saya menyeru semua pihak terlibat untuk menghubungi SIRIM QAS International bagi sebarang pencerahan lanjut dan nasihat berkaitan ujian dan proses pensijilan," kata Nur Fadhilah lagi.

 

Bagi sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Khidmat Pelanggan SIRIM QAS International melalui saluran berikut +603-5544 6400; atau WhatsApp +6019-2332511; atau email cserviceqas@sirim.my

 

 

##

​PRESS RELEASE
                                                    

SIRIM Reaffirms Commitment to Public Safety with Stringent Quality Controls of Non-Medical Face Masks

                 

SHAH ALAM, 12 April 2022: On 7 April, the Ministry of Domestic Trade and Consumer Affairs (KPDNHEP) announced that effective 1 January 2023, non-medical face masks need to have SIRIM certification and labelling before they are sold in Malaysia.

 

This order is in line with the gazetting of the Trade Descriptions (Certification and Marking of Non-Medical Face Mask) Order 2022 and is to ensure that non-medical face masks, whether produced locally or imported, comply with set safety standards. The manufacturers and importers of non-medical face masks must apply for MS SIRIM certification and marking from SIRIM QAS International.

 

This decision comes after extensive research and dialogue by KPDNHEP with The Ministry of Health, Malaysia Productivity Corporation, Department of Standards Malaysia, Royal Malaysian Customs and Attorney General’s Office. This order was also notified to the World Trade Organisation (WTO) Technical Barrier to Trade Committee and received no objections from the 164 WTO members.

 

Non-medical face masks, which include reusable fabric face masks, single-use masks, three ply masks and industrial face masks, are used by the general public, whereas medical face masks are used by healthcare professionals and patients to protect them from exposure to infections, blood and bodily fluids. The latter are regulated by the Medical Device Authority (MDA) under Act 737 of the Medical Devices Act.

 

Also, in order to deter the sale of sub-standard non-medical face masks, KPDNHEP will impose very strict penalties on manufacturers and importers who fail to comply.

 

For instance, companies will face a fine of up to RM200,000 for their first offence, which may increase to not more than RM500,000 for subsequent offences. As for individuals (manufacturers/importers), first time offenders may be fined up to RM100,000 or imprisoned for up to three years or both. Repeat offenders may be fined up to RM250,000 or imprisoned for up to five years or both.

 

These penalties do not apply to consumers.

 

Malaysia’s leading conformity assessment body, SIRIM QAS International has long been committed to protecting consumers. A subsidiary of SIRIM Berhad, it performs stringent testing, inspection and certification of products sold in the market to ascertain their quality and safety.

 

SIRIM QAS International is doing this for all types of non-medical face masks, which are tested according to SIRIM 40, CWA 17553, AFNOR SPEC S76-001, MS 2323 or BS EN 149 standards. Only after undergoing certification audit and passing all tests will a product be given the MS SIRIM label, which is recognised by consumers as an assurance that it is fit for purpose and safe to use. SIRIM QAS International has been testing and certifying non-medical face masks since 2016.

 

Chief Executive Officer of SIRIM QAS International, Nur Fadhilah Muhammad, said, "These days, there are so many non-medical face masks in the market. Consumers need to know that the ones they buy are of good quality, are safe and perform their function well. Our tests determine whether they protect users from infectious agents and whether they are comfortable to use as well as allow the users to breathe easily.

 

"At SIRIM QAS International, we have the safety of the consumers utmost in our minds. This has always been the end objective of all our testing and certifications, on any product or service. We bring that same diligence and scrutiny to face masks, which not only play an important role in protecting the rakyat from Covid-19, but will also continue to be needed for general public health and hygiene," Nur Fadhilah added.

 

"We are ready to help non-medical face masks manufacturers and importers demonstrate compliance with regulations and show that they have the interests and safety of consumers in mind. I urge all relevant parties to contact SIRIM QAS International for any further clarification and advice on the testing and certification processes," Nur Fadhilah concluded.

 

For further information, please contact SIRIM QAS International Customer Service at +603-5544 6400; or WhatsApp +6019-2332511 ; or email cserviceqas@sirim.my

 

 

##