​SIARAN MEDIA
                                                    

KUMPULAN SIRIM RAIKAN PELANGGAN SEMPENA AIDILFITRI

                 

SETIA ALAM, 3 Mei 2024: Kumpulan SIRIM meraikan 2,000 pelanggan, rakan niaga dan pemegang kepentingan pada Majlis Hari Raya Aidilfitri Kumpulan SIRIM 2024, yang berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) hari ini.


Majlis yang bertemakan Warna Warni Aidilfitri ini bermula dari jam 2:30 hingga 7:00 petang dihadiri oleh wakil-wakil kementerian, agensi kerajaan, peneraju syarikat korporat, usahawan dan persatuan industri daripada pelbagai sektor yang sentiasa bekerjasama rapat dengan SIRIM Berhad dan anak-anak syarikatnya.


Tetamu majlis yang hadir diraikan oleh Pengerusi SIRIM, Datuk (Dr) Ir. Khairol Anuar Tawi dan Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SIRIM, Dato' Indera Ir. Dr. Ahmad Sabirin Arshad selaku tuan rumah.


“Kami di SIRIM amat menghargai kerjasama dan sokongan oleh para pelanggan dan agensi berkaitan. Majlis seumpama ini membolehkan kami berinteraksi dalam suasana lebih santai dan sekaligus merapatkan hubungan sedia ada." Ahmad Sabirin berkata.


Penganjuran majlis ini bertujuan untuk mengukuhkan jaringan kerjasama yang terjalin di antara SIRIM dan pelanggan, rakan niaga dan pemegang kepentingan. Mengenakan busana tradisi Malaysia yang berwarna-warni, para tetamu menikmati pelbagai juadah tempatan dan dihiburkan oleh barisan persembahan istimewa termasuk dari artis tempatan Haziq Rosebi.


Kumpulan SIRIM terdiri daripada 5 anak syarikat iaitu SIRIM QAS International, SIRIM Academy, SIRIM Calibration, SIRIM Tech Venture dan National Precision Tooling. SIRIM juga diperkukuhkan dengan bahagian penyelidikan dan pembangunan bagi teknologi perindustrian iaitu SIRIM Industrial Research, National Metrology Institute of Malaysia sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab ke atas kebolehkesanan pengukuran di Malaysia dan Majlis Rekabentuk Malaysia sebagai badan yang bertanggungjawab mempromosi dan memantau aktiviti rekabentuk di Malaysia.​



## ​​​

​​MENGENAI SIRIM​

SIRIM Berhad, anak syarikat Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri adalah organisasi peneraju bagi penyelesaian teknologi dan kualiti yang memberi tumpuan kepada Penyelidikan Perindustrian, Pembangunan Teknologi dan Pengkomersilan; Pensijilan, Pengujian dan Pemeriksaan; Pengukuran dan Penentukuran; Latihan; Penyelidikan dan Pembangunan Standard; Keusahawanan berasaskan Teknologi; dan Perundingan Reka bentuk.

SIRIM Corporate Website

Perhubungan Media SIRIM Berhad:

SIRIM is an agency under the purview of the Ministry of Investment, Trade and Industry (MITI).

Disclaimer | Privacy Policy

Copyright © 2025 SIRIM BERHAD (Company No. 199501038272). All rights reserved.