~Badan Pensijilan Terunggul Malaysia Komited untuk Mengekalkan Standard Tertinggi~
KOTA KINABALU, 19 SEPTEMBER 2023: SIRIM QAS International telah dilantik sebagai badan pengujian untuk semua peralatan berkaitan gas yang akan dikeluarkan, dipasang dan dijual di Sabah oleh Energy Commission of Sabah (ECoS) untuk lima tahun akan datang.
"Melalui matlamat untuk menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan industri gas asli di Sabah, SIRIM komited untuk menyokong pembangunan ini sejajar dengan visi untuk mencapai kelestarian melalui dasar dan pelan induk tenaga yang berkesan dan menyeluruh bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan pasaran kompetitif di Sabah," jelas Datuk Ir. (Dr) Khairol Anuar Mohamad Tawi, Pengerusi SIRIM Berhad.
"SIRIM QAS International berbangga dengan pelantikan ini kerana kredibiliti kami sebagai badan pensijilan terunggul Malaysia diiktiraf oleh ECoS, dan SIRIM QAS International akan memainkan peranan utama dalam memastikan keselamatan pengguna terutamanya berkaitan dengan peralatan gas domestik," kata Nur Fadhilah Muhammad, Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM QAS International.
Tambah beliau, peralatan gas yang rosak atau tidak memenuhi standard boleh menyebabkan kebakaran, kebocoran gas, dan juga letupan, oleh itu pentingnya peralatan gas yang dipasarkan di dalam negara ini menjalani proses pengujian yang ketat bagi mejamin keselamatan pengguna.
SIRIM QAS International juga akan bekerjasama dengan ECoS untuk memperkenalkan label pensijilan yang unik bagi negeri Sabah, yang dikenali sebagai label SIRIM - ECoS. Label ini merangkumi kesemua ciri keselamatan dan keaslian yang juga terdapat pada barangan lain yang telah menjalani proses pengujian yang ketat dan bersistematik di SIRIM.
"ECoS yakin dengan keupayaan, kepakaran dan pengalaman SIRIM dalam memperakukan barangan dan perkhidmatan berkaitan pengguna sejak 40 tahun lepas. Kerjasama ini adalah jaminan bahawa kami bersungguh-sungguh untuk membangunkan ekosistem yang lebih mampan untuk industri gas asli kami," tambah Datuk Ir. Abdul Nasser Abdul Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif ECoS.
Beliau menegaskan betapa pentingnya kesemua peralatan berkaitan gas diuji, diperakui dan diluluskan oleh badan pengujian yang telah dilantik oleh ECoS selaras dengan Subperaturan 115 (1) Peraturan-Peraturan Bekalan Gas 2023, di mana kegagalan untuk mematuhi Subperaturan tersebut, apabila disabitkan kesalahan akan didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit, dan sekiranya kesalahan masih diteruskan, jumlah denda tambahan yang akan dikenakan adalah tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripada hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Tambahnya lagi, individu atau syarikat yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai perkara ini boleh menghantar e-mel ke careline@ecos.gov.my atau menghubungi 088-205574 untuk membuat temu janji dengan pegawai ECoS yang bertanggungjawab.
###
MENGENAI SIRIM QAS INTERNATIONAL
SIRIM QAS International adalah anak syarikat milik penuh SIRIM Berhad yang merupakan badan peneraju utama di Malaysia dalam menawarkan perkhidmatan pensijilan, pemeriksaan dan pengujian yang setanding dengan amalan antarabangsa. Kami membantu pihak industri dalam menyediakan perkhidmatan dan barangan berkualiti melalui perkhidmatan pensijilan, pemeriksaan dan pengujian di samping menjaga kepentingan pengguna serta alam sekitar. Pengiktirafan dan akreditasi yang diperoleh daripada badan seperti Jabatan Standard Malaysia (STANDARDS MALAYSIA) dan United Kingdom Accreditation Service (UKAS) membuktikan kredibiliti perkhidmatan kami. SIRIM QAS International Website
MENGENAI SIRIM Berhad
SIRIM Berhad, anak syarikat Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri adalah organisasi peneraju bagi penyelesaian teknologi dan kualiti yang memberi tumpuan kepada Penyelidikan Perindustrian, Pembangunan Teknologi dan Pengkomersilan; Pensijilan, Pengujian dan Pemeriksaan; Pengukuran dan Penentukuran; Latihan; Penyelidikan dan Pembangunan Standard; Keusahawanan berasaskan Teknologi; dan Perundingan Reka bentuk.SIRIM Corporate Website
MENGENAI ECoS
Sebuah badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Enakmen Suruhanjaya Tenaga Sabah 2023, dengan kuasa untuk mengawal selia aktiviti bekalan tenaga di Sabah serta menguatkuasakan undang-undang bekalan tenaga. Sejak penubuhannya pada 10 Januari 2023, ECoS bertanggungjawab untuk mengawal selia semua aktiviti bekalan gas darat di Sabah di bawah Enakmen Bekalan Gas 2023 dan Peraturan-Peraturan Bekalan Gas 2023. Pengambilalihan kuasa untuk mengawal selia bekalan elektrik daripada Suruhanjaya Tenaga Malaysia (ST) dijangka akan berlaku pada Januari 2024. ECoS Website
Perhubungan Media SIRIM Berhad & SIRIM QAS International:
~ Malaysia's Premier Certification Body Committed to Maintain High Standards ~
KOTA KINABALU, 19 SEPTEMBER 2023: SIRIM QAS International has been officially appointed by the Energy Commission of Sabah (ECoS) as its authorized testing partner for all gas-related equipment that will be produced, installed, and sold in Sabah for the next five years.
"With the aim to contribute to the growth and expansion of Sabah's natural gas industry, SIRIM is committed to supporting this development that is aligned with its vision to achieve sustainability via an effective and all-inclusive energy policy and masterplan to stimulate the economic growth and competitive markets in Sabah," assured Datuk Ir. (Dr) Khairol Anuar Mohamad Tawi, Chairman of SIRIM Berhad.
"We at SIRIM QAS International are honoured by this appointment as ECoS acknowledges our credibility as Malaysia's premier certification body, and SIRIM QAS is enthusiastic to play a major role in ensuring the safety of the consumers related to the gas domestic equipment," said Nur Fadhilah Muhammad, Chief Executive Officer of SIRIM QAS International.
She added that defective or improper gas appliances can cause fire, gas leaks, and even explosions, which is why it is important for gas appliances marketed in the country to undergo tests to ensure safety.
SIRIM QAS International will also collaborate closely with ECoS to introduce a unique certification label for the state, known as the SIRIM - ECoS label. This label will incorporate all the security and authenticity features currently associated with other products and services that have undergone its rigorous testing process.
"ECoS is confident of SIRIM's capability, expertise, and experience in certifying consumer-based products and services for the last 40 years. This collaboration is an assurance that we are serious about developing a more sustainable ecosystem for our natural gas industry," added Datuk Ir. Abdul Nasser Abdul Wahid, Chief Executive Officer of ECoS.
He reiterated the importance of having all gas-related equipment to be tested, certified and approved by an ECoS authorized testing partner in compliance with Subregulation 115 (1) Gas Supply Regulations 2023, failing which such non-compliance, on conviction, will result in a fine not exceeding five hundred thousand ringgit, and in the case of a continuing offence, to a further fine not exceeding ten thousand ringgit for every day or part of a day during which the offence continues after conviction.
Additionally, he added, individuals or companies wishing to seek clarification on this matter can send emails to careline@ecos.gov.my or call 088-205574 to set up an appointment with the relevant ECoS officials.
###
ABOUT SIRIM QAS INTERNATIONAL
SIRIM QAS International is Malaysia’s leading conformity assessment body with over 40 years of experience in providing certification, inspection and testing services in Malaysia and overseas. It is a wholly owned subsidiary of SIRIM Berhad. The various accreditations and recognitions from Malaysian and international bodies not only attest to its impartiality and competence in conformity assessment but also facilitates the acceptance of its certificates and test reports worldwide. SIRIM QAS International Website
ABOUT SIRIM Berhad
A wholly-owned company of the Malaysian Government under the Ministry of Investment, Trade & Industry. SIRIM Berhad is a leading organisation for technology and quality solutions specialising in: Industrial Research, Technology Development and Commercialisation; Certification, Testing and Inspection; Measurement and Calibration; Training; Standards Research and Development; Technology-based Entrepreneurship; and Design Advisory.SIRIM Corporate Website
ABOUT ECoS
A statutory body governed under the Energy Commission of Sabah Enactment 2023, with powers to regulate the energy supply activities in Sabah and to enforce the energy supply laws. Following its establishment on 10 January 2023, ECoS is responsible for regulating all onshore gas supply activities in Sabah under the Gas Supply Enactment 2023 and Gas Supply Regulations 2023. The takeover of power to regulate electricity supply from Suruhanjaya Tenaga Malaysia (ST) is expected to happen in January 2024.ECoS Website
Media Contact SIRIM Berhad & SIRIM QAS International: