​ ​

SIARAN MEDIA

Untuk Keluaran Segera



                            ​ 
​ ​
​​

4,000 WARGA SIRIM & KELUARGA BERSAMA RAI JUBLI EMAS KE-50 MELALUI ‘GOLDEN KARNIVAL’

                 

SHAH ALAM, 17 Januari 2026: Lebih 4,000 warga dan ahli keluarga SIRIM telah membanjiri Ibu Pejabat SIRIM, Shah Alam pada hari ini bagi menyertai Hari Keluarga SIRIM yang bertemakan “SIRIM Golden Karnival” dalam menyemarakkan sambutan Jubli Emas organisasi itu yang ke-50.

Karnival ini berjaya menghimpunkan ‘keluarga besar’ SIRIM dari seluruh Semenanjung Malaysia dalam suasana penuh meriah dan muhibah. Ia dianjurkan khas sebagai tanda penghargaan kepada warga SIRIM dan sokongan padu keluarga mereka, yang menjadi tulang belakang di sebalik kejayaan organisasi itu selama lima dekad. Sementara itu sambutan yang sama akan juga dilaksanakan di Sabah dan Sarawak dalam masa terdekat ini.

Hari Keluarga tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran Datuk Ir. (Dr.) Khairol Anuar Mohamad Tawi, Pengerusi SIRIM Berhad, Encik Nik Sazali Nik Hussin, Pemangku Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SIRIM, Ahli Lembaga Pengarah serta Pengurusan Kanan. Penyertaan mereka dalam aktiviti karnival menggambarkan semangat kekeluargaan dan kebersamaan selaras dengan tema ‘Satu Pasukan, Satu Keluarga Besar SIRIM’.

Nik Sazali Nik Hussin dalam ucapannya menyatakan, sejak ditubuhkan, SIRIM telah memainkan peranan penting dalam memacu industri negara, khususnya sebagai badan pensijilan kebangsaan yang dipercayai. Kejayaan ini disokong oleh dedikasi ribuan ahlinya yang bekerja tanpa mengenal penat bagi memastikan kualiti, keselamatan dan daya saing produk serta perkhidmatan di Malaysia.

“Setiap sijil yang dikeluarkan, setiap standard yang dibangunkan dan setiap inovasi yang dihasilkan SIRIM untuk masyarakat dan industri, adalah hasil titik peluh, kepakaran dan integriti warga SIRIM” tambahnya lagi.

Hari Keluarga ini menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan sukan keluarga, permainan tradisional, jualan makanan dan persembahan hiburan, bertujuan mengukuhkan ikatan kekeluargaan dalam kalangan warga SIRIM. Program seumpama ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang bagi merapatkan lagi hubungan antara seluruh warga organisasi.


###

​​MENGENAI SIRIM

SIRIM Berhad, anak syarikat Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri adalah organisasi peneraju bagi penyelesaian teknologi dan kualiti yang memberi tumpuan kepada Penyelidikan Perindustrian, Pembangunan Teknologi dan Pengkomersilan; Pensijilan, Pengujian dan Pemeriksaan; Pengukuran dan Penentukuran; Latihan; Penyelidikan dan Pembangunan Standard; Keusahawanan berasaskan Teknologi; dan Perundingan Reka bentuk.

SIRIM Corporate Website

FoUntuk berita terbaru, ikuti akaun Sosial Media SIRIM Berhad:

Facebook
Instagram
LinkedIn
TikTok
YouTube

Perhubungan Media SIRIM:

  • Ariff Fahmy, Tel: 03 55446713/ 0174647027 atau email: fahmy@sirim.my

SIRIM is an agency under the purview of the Ministry of Investment, Trade and Industry (MITI).

Disclaimer | Privacy Policy

Copyright © 2025 SIRIM BERHAD (Company No. 199501038272). All rights reserved.