​SIARAN MEDIA
                                                    

SIRIM RAIKAN ANAK YATIM DAN ASNAF PADA MAJLIS IFTAR KUMPULAN

                 

SHAH ALAM, 23 Mac 2024: SIRIM Berhad, organisasi peneraju dalam teknologi perindustrian dan penyelesaian kualiti hari ini menganjurkan Majlis Iftar Kumpulan SIRIM bagi meraikan 50 orang asnaf dan 50 orang anak yatim dari Kawasan parlimen Kota Raja. Majlis ini turut disertai oleh 20 orang anak-anak yatim dan asnaf SIRIM.


Pada majlis itu, sejumlah RM12,000 sumbangan berbentuk duit raya telah diberikan kepada anak-anak yatim dan asnaf yang diraikan. Sumbangan disampaikan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan & Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz. Turut hadir Ketua Setiausaha MITI, Dato' Hairil Yahri Yaacob, Pengerusi SIRIM, Datuk Ir. (Dr.) Khairol Anuar Mohamad Tawi dan Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SIRIM, Dato' Indera Ir. Dr. Ahmad Sabirin Arshad.

 

Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam ucapannya berkata, “Bulan Ramadan sentiasa dinanti-nantikan, bukan sahaja kerana keberkatan di dalamnya, malah ia merupakan bulan di mana umat Islam berlumba-lumba memperbanyakkan amal ibadah dan perbuatan baik."

 

“Saya harap sumbangan yang diberikan dapat menyerikan lagi sambutan bulan Ramadhan ini. Dengan sokongan semua pihak, insya-Allah, kita dapat membantu dan menyokong mereka supaya membesar sebagai pemimpin pada masa hadapan," sambung beliau.

 

Manakala Datuk Ir. (Dr.) Khairol Anuar Mohamad Tawi, turut mengingatkan tentang keistimewaan bulan Ramadan dan ganjaran yang tersedia bagi yang mengerjakan amal soleh. “Usaha ini diharap dapat memberi makna kepada para tetamu yang dijemput khas pada malam ini, terutamanya anak-anak yang diraikan agar lebih bersemangat dalam menjalani ibadah puasa," katanya.

 

 

Pemberian sumbangan di majlis ini diharap dapat meringankan beban anak-anak yatim dan golongan asnaf yang kurang bernasib baik. Bulan Ramadan merupakan bulan yang cukup istimewa, seperti yang dituntut dalam agama, bulan ini perlu diisi dengan banyak perkara seperti bersedekah dan menyantuni gologan yang kurang bernasib baik.

 

Majlis Iftar Kumpulan SIRIM adalah aktiviti tahunan yang diadakan bagi mengimarahkan bulan Ramadan. Selain itu, beberapa program lain turut diadakan sepanjang bulan Ramadan antaranya agihan kurma dan bubur lambuk, ceramah perdana dan solat sunat tasbih serta tazkirah.​

## ​​​

​​MENGENAI SIRIM​

SIRIM Berhad, anak syarikat Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri adalah organisasi peneraju bagi penyelesaian teknologi dan kualiti yang memberi tumpuan kepada Penyelidikan Perindustrian, Pembangunan Teknologi dan Pengkomersilan; Pensijilan, Pengujian dan Pemeriksaan; Pengukuran dan Penentukuran; Latihan; Penyelidikan dan Pembangunan Standard; Keusahawanan berasaskan Teknologi; dan Perundingan Reka bentuk.

SIRIM Corporate Website

Perhubungan Media SIRIM Berhad:

SIRIM is an agency under the purview of the Ministry of Investment, Trade and Industry (MITI).

Disclaimer | Privacy Policy

Copyright © 2025 SIRIM BERHAD (Company No. 199501038272). All rights reserved.