​SIARAN MEDIA
                                                    

SIRIM JOHOR RAIKAN PELANGGAN SEMPENA AIDILFITRI

                 

JOHOR BAHRU, 28 Mei 2024: Kumpulan SIRIM hari ini meraikan pelanggan, rakan niaga dan pemegang kepentingan pada Majlis Sambutan Aidilfitri SIRIM Bersama Pelanggan Negeri Johor yang berlangsung di Sunway Hotel, Sunway Iskandar Puteri, Johor Bahru.


Majlis ini diserikan dengan kehadiran Tuan Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan & Industri, Tuan Lee Ting Han, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan & Hal Ehwal Neg. Johor dan Dato' Indera Ir. Dr. Ahmad Sabirin Arshad, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM Berhad.

 

Majlis rumah terbuka yang bermula dari jam 11 pagi hingga 4 petang dihadiri oleh wakil-wakil agensi kerajaan negeri Johor, peneraju syarikat korporat, usahawan dan persatuan industri daripada pelbagai sektor, dan anak-anak syarikatnya. SIRIM sentiasa komited dalam mengukuhkan hubungan bersama pihak kerajaan negeri dan industri, bagi memastikan kerjasama perlbagai pihak sentiasa terjalin.​


## ​​​

​​MENGENAI SIRIM​

SIRIM Berhad, anak syarikat Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri adalah organisasi peneraju bagi penyelesaian teknologi dan kualiti yang memberi tumpuan kepada Penyelidikan Perindustrian, Pembangunan Teknologi dan Pengkomersilan; Pensijilan, Pengujian dan Pemeriksaan; Pengukuran dan Penentukuran; Latihan; Penyelidikan dan Pembangunan Standard; Keusahawanan berasaskan Teknologi; dan Perundingan Reka bentuk.

SIRIM Corporate Website

Perhubungan Media SIRIM Berhad:

SIRIM is an agency under the purview of the Ministry of Investment, Trade and Industry (MITI).

Disclaimer | Privacy Policy

Copyright © 2025 SIRIM BERHAD (Company No. 199501038272). All rights reserved.