​SIARAN MEDIA
                                                    

PROGRAM IBADAH QURBAN SIRIM ERAT SILATURRAHIM ANGGOTA KERJA

                 

SHAH ALAM, 20 JUN 2024: Program Ibadah Qurban SIRIM sempena Aidiladha 1445H telah disempurnakan di tapak korban Ibu Pejabat SIRIM Berhad, Shah Alam hari ini. Program tahun ini melibatkan 15 ekor lembu, dengan pembahagian 105 bahagian, melibatkan anggota kerja Kumpulan SIRIM.


Bagi menggalakkan dan memudahkan anggota kerja, SIRIM memperkenalkan Skim Potongan Gaji Ibadah Korban. Dengan skim ini, anggota kerja berpeluang menabung untuk tujuan menjalankan ibadah korban, tanpa perlu mengeluarkan wang yang banyak pada satu masa.


​“Aktiviti ibadah korban tahun ini yang dilaksanakan secara gotong royong, atau rewang, melibatkan 400 sukarelawan yang terdiri dari kalangan anggota kerja Kumpulan dan alumni SIRIM serta ahli keluarga mereka.” Dato’ Indera Ir. Dr. Hj. Ahmad Sabirin Arshad, selaku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SIRIM berkata. 


Jumlah sukarelawan tahun ini merupakan jumlah terbanyak sejak program tahunan ini dimulakan pada tahun 1991. Program ini memberi peluang kepada anggota kerja SIRIM untuk mengimarahkan sambutan Aidiladha dan salah satu kaedah melaksanakan aktiviti penglibatan anggota kerja atau employee engagement yang menjadi salah satu teras pembangunan modal insan SIRIM. 


​Daging korban diagihkan kepada anggota kerja SIRIM, serta penduduk kawasan sekitar Shah Alam, termasuk penduduk seksyen 16, Seksyen 2, Padang Jawa, Kampung Sijangkang dan Kampung Telok Menegon. Sebahagian dari daging qurban turut dimasak khas untuk menjamu anggota kerja yang mengambil bahagian dalam majlis ini. 


Program Ibadah Qurban SIRIM tahun ini memilih tema Solidariti Palestin bagi memperingati pengorbanan umat Islam di bumi Palestin. Ia turut dihadiri Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan Tertinggi Kumpulan SIRIM. 


​​Berlangsung pada hari yang sama, Program Ibadah Qurban SIRIM Johor turut diadakan di Johor Bahru.​​


## ​​​

​​MENGENAI SIRIM​

SIRIM Berhad, anak syarikat Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri adalah organisasi peneraju bagi penyelesaian teknologi dan kualiti yang memberi tumpuan kepada Penyelidikan Perindustrian, Pembangunan Teknologi dan Pengkomersilan; Pensijilan, Pengujian dan Pemeriksaan; Pengukuran dan Penentukuran; Latihan; Penyelidikan dan Pembangunan Standard; Keusahawanan berasaskan Teknologi; dan Perundingan Reka bentuk.

SIRIM Corporate Website

For latest news, follow SIRIM Berhad social media accounts:

Perhubungan Media SIRIM Berhad:

SIRIM is an agency under the purview of the Ministry of Investment, Trade and Industry (MITI).

Disclaimer | Privacy Policy

Copyright © 2025 SIRIM BERHAD (Company No. 199501038272). All rights reserved.