SHAH ALAM, 16 Januari 2024: SIRIM Berhad, peneraju dalam penyelesaian teknologi dan kualiti telah berkolabarasi bersama Dewan Mygerak memilih produk usahawan perniagaan kecil sederhana (PKS) untuk di eksport menembusi pasaran China dan melancarkan flag-off kontena pertama ke Shandong, China.
Program Pemilihan Produk ke Pasaran Eksport China dan Pelancaran Flag-Off Kontena Pertama Ke Shandong China yang julung kali diadakan ini telah melibatkan seramai 150 usahawan yang hadir membawa sebanyak 500 SKU dalam usaha menempatkan dan memasarkan produk-produk mereka di pasaran luar negara, terutamanya di pasaran China. Inisiatif program ini adalah salah satu usaha SIRIM dan Mygerak menyokong saranan kerjaaan dalam mewujudkan ekosistem keusahawanan yang bersepadu melalui program-program keusahawanan dan teknopreneur.
Penilaian dan pemilihan produk makanan dan minuman oleh PKS di Malaysia yang berpotensi untuk diketengahkan di pasaran eksport di negara China telah dibuat bersama dengan wakil delegasi dari negara China.
Pn. Rafidah Mokhdar, Ketua Pegawai Strategi Kumpulan, SIRIM Berhad berkata melalui program ini juga, ianya dapat menyediakan satu peluang dan medium bagi mewujudkan dan mengeratkan lagi jaringan perniagaan dan persahabatan dengan pihak industri di China dan juga PKS di Malaysia serta semua pihak-pihak yang berkepentingan.
“SIRIM sentiasa komited dalam usaha membantu usahawan dan PKS di Malaysia dalam melonjakkan dan meluaskan pasaran produk-produk mereka ke pasaran eksport luar negara dapat dicapai seterusnya dapat memenuhi permintaan dari industri terutamanya di negara China yang memerlukan lebih banyak variasi dan bilangan produk dalam pesanan mereka" katanya.
Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Strategi Kumpulan, SIRIM Berhad Pn. Rafidah Mokhdar, Presiden Dewan MyGerak Eksport Malaysia, En. Mohd Fadrol Hishaini Mohd Salleh, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, MATRADE, En. Abu Bakar Yusof, Ketua, Perwakilan MyGerak China, En. James Wu Xian, Director and Party Committee Secretary of Lanshan Business District Management Committee, En. Tian Zongchun dan Chairman of Shandong Lanhua Group, En. Guan Zhaojun.
Program yang diadakan bermatlamat membantu usahawan terutama sektor PKS di Malaysia bagi melonjakkan dan meluaskan pasaran produk-produk mereka ke pasaran eksport luar negara seterusnya dapat memenuhi permintaan dari industri terutamanya di negara China yang memerlukan lebih banyak variasi dan bilangan produk dalam pesanan mereka.
SIRIM sebagai Rakan Kongsi Industri, akan sentiasa bekerjasama dan menawarkan pelbagai perkhidmatan teknikal dengan pihak-pihak yang berkepentingan dan industri dari semasa ke semasa dalam usaha membantu memperkasakan produk-produk usahawan dan PKS Malaysia seterusnya melonjakkan pasaran produk di pasaran lokal mahupun global.
##
MENGENAI SIRIM
SIRIM Berhad, anak syarikat Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri adalah organisasi peneraju bagi penyelesaian teknologi dan kualiti yang memberi tumpuan kepada Penyelidikan Perindustrian, Pembangunan Teknologi dan Pengkomersilan; Pensijilan, Pengujian dan Pemeriksaan; Pengukuran dan Penentukuran; Latihan; Penyelidikan dan Pembangunan Standard; Keusahawanan berasaskan Teknologi; dan Perundingan Reka bentuk.SIRIM Corporate Website
Perhubungan Media SIRIM Berhad: