​ ​

PRESS STATEMENT

For Immediate Release​



                            ​ 
​ ​
​​

SIRIM APPOINTS NIK SAZALI NIK HUSSIN AS PRESIDENT AND GROUP CHIEF EXECUTIVE OFFICER

Appointment reinforces SIRIM's commitment to accelerating industry competitiveness, innovation and market readiness for Malaysian enterprises



SHAH ALAM, 8 June 2026: 8 June 2026 – SIRIM Berhad (SIRIM) announces the appointment of Nik Sazali bin Nik Hussin as its President and Group Chief Executive Officer (PGCEO), effective immediately. The appointment reflects SIRIM’s continued emphasis on strengthening leadership rooted in institutional experience, technical expertise and a deep understanding of the organisation’s role within the national industrial ecosystem.

Nik Sazali brings extensive institutional knowledge of SIRIM and nearly three decades of leadership experience spanning commercial banking, higher education, management consultancy and the government-linked sector. A chartered accountant by training, he has built a distinguished career in organisational transformation, corporate governance, financial sustainability, business growth and talent development.

Prior to this appointment, Nik Sazali served as Acting President and Group Chief Executive Officer of SIRIM Berhad since August 2025. He also previously held the position of Chief Executive Officer of SIRIM Academy Sdn Bhd from March 2023, where he led transformation and growth initiatives that strengthened the organisation’s position as a leading provider of training, consultancy and capability development services. Under his leadership, SIRIM Academy expanded its role in supporting industry advancement in quality, technology, sustainability and Technical and Vocational Education and Training (TVET).

YBhg Datuk Ir (Dr.) Khairol Anuar Mohamad Tawi, Chairman of SIRIM Berhad, said that the appointment of Nik Sazali bin Nik Hussin comes at a pivotal moment as SIRIM enters its sixth decade, with a continued focus on strengthening the capacity of Malaysian industry to innovate, compete and grow. “His appointment reflects the Board’s confidence in leadership that is firmly grounded in SIRIM’s institutional strengths and responsibilities, while remaining responsive to the evolving expectations of industry and government stakeholders,” he said.

He added that throughout his tenure, Nik Sazali has demonstrated the strategic clarity and business acumen required for the role, and that the Board remains fully committed to supporting his leadership as SIRIM advances its mandate.

SIRIM’s technical and quality assurance role has evolved to play an integral part of the regulatory and infrastructure ecosystem, effectively enabling Malaysian industries to strengthen their capabilities at home and compete internationally. The leadership transition comes at an opportune moment as Malaysia advances its industrial transformation agenda under the MADANI framework, signalling SIRIM’s intent to further strengthen its position as a trusted partner to industry, while continuing to uphold standards required in global markets.


###

​​ABOUT SIRIM Berhad

SIRIM Berhad (SIRIM) is Malaysia's national institution for quality, technology and industrial research. As a trusted partner for innovation, SIRIM has been at the centre of Malaysia's industrial development for over five decades. Wholly owned by the Minister of Finance Incorporated and operating under the Ministry of Investment, Trade and Industry (MITI), SIRIM is an enabler of Malaysia's industrial transformation, advancing the aspirations of Ekonomi MADANI and the objectives of the National Industrial Masterplan (NIMP) 2030.

Working closely with government and industry, SIRIM helps Malaysian businesses, particularly SMEs innovate, gain market access and expand beyond domestic borders. Through its integrated capabilities in testing, certification, inspection, applied research and standards-based professional training, SIRIM provides the technical foundation businesses need to grow, compete internationally, and meet the demands of a rapidly evolving global economy. For more information, visit SIRIM Corporate Website

For latest news, follow SIRIM Berhad social media accounts:

Facebook
Instagram
LinkedIn
TikTok
YouTube

Media Contact:

 


 

​ ​

SIARAN MEDIA

Untuk Keluaran Segera​



​ 
​ ​
​​

SIRIM LANTIK NIK SAZALI NIK HUSSIN SEBAGAI PRESIDEN & KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN

Pelantikan perkukuh agenda daya saing industri, inovasi dan kesiapsiagaan pasaran Malaysia



SHAH ALAM, 8 Jun 2026: SIRIM Berhad hari ini mengumumkan pelantikan Nik Sazali bin Nik Hussin sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan. Pelantikan ini menandakan kesinambungan kepimpinan dalaman SIRIM yang berteraskan pengalaman, kepakaran institusi serta pemahaman mendalam terhadap peranan organisasi dalam ekosistem industri negara.

Nik Sazali membawa hampir tiga dekad pengalaman kepimpinan merentas perbankan komersial,pendidikan tinggi, perundingan pengurusan serta sektor berkaitan kerajaan. Beliau merupakan seorang akauntan bertauliah dan berpengalaman luas dalam transformasi organisasi, tadbir urus korporat, kelestarian kewangan, pertumbuhan perniagaan dan pembangunan bakat.

Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SIRIM Berhad sejak Ogos 2025. Beliau turut pernah menerajui SIRIM Academy Sdn Bhd sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bermula Mac 2023, di mana beliau memacu agenda transformasi yang memperkukuh kedudukan organisasi sebagai penyedia utama latihan, perundingan dan pembangunan keupayaan. Di bawah kepimpinannya, SIRIM Academy memperluas peranan dalam memperkukuh ekosistem industri merangkumi kualiti, teknologi, kelestarian serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

YBhg Datuk Dr. Khairol Anuar Mohamad Tawi, Pengerusi SIRIM Berhad, berkata bahawa pelantikan Nik Sazali bin Nik Hussin hadir pada detik penting ketika SIRIM memasuki dekad keenam operasinya, dengan tumpuan berterusan untuk memperkukuh keupayaan industri Malaysia dalam aspek inovasi, daya saing dan pertumbuhan. Beliau menjelaskan bahawa pelantikan ini mencerminkan keyakinan Lembaga terhadap kepimpinan yang berteraskan kekuatan dan tanggungjawab institusi SIRIM, di samping keupayaan untuk memahami serta memenuhi jangkaan pihak industri dan kerajaan yang sentiasa berkembang.

Beliau turut menambah bahawa sepanjang tempoh perkhidmatannya, Nik Sazali telah membuktikan kejelasan hala tuju strategik serta ketajaman pengurusan yang diperlukan bagi memikul amanah tersebut, dan Lembaga kekal komited untuk terus menyokong kepimpinan beliau dalam meneruskan mandat SIRIM.

Peranan teknikal dan jaminan kualiti SIRIM terus berkembang sebagai komponen penting dalam ekosistem kawal selia dan infrastruktur negara, yang menyokong usaha industri Malaysia memperkukuh keupayaan di dalam negara serta meningkatkan daya saing di peringkat antarabangsa. Peralihan kepimpinan ini hadir pada masa yang tepat ketika Malaysia memperkukuh agenda transformasi industri di bawah kerangka MADANI, sekali gus menzahirkan hasrat SIRIM untuk terus memperkukuh kedudukannya sebagai rakan strategik industri yang dipercayai, di samping terus memartabatkan standard yang diperlukan dalam pasaran global.


###

​​MENGENAI SIRIM

SIRIM Berhad, anak syarikat Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri adalah organisasi peneraju bagi penyelesaian teknologi dan kualiti yang memberi tumpuan kepada Penyelidikan Perindustrian, Pembangunan Teknologi dan Pengkomersilan; Pensijilan, Pengujian dan Pemeriksaan; Pengukuran dan Penentukuran; Latihan; Penyelidikan dan Pembangunan Standard; Keusahawanan berasaskan Teknologi; dan Perundingan Reka bentuk.

SIRIM Corporate Website

Untuk berita terbaru, ikuti akaun Sosial Media SIRIM Berhad:

Facebook
Instagram
LinkedIn
TikTok
YouTube

Perhubungan Media SIRIM:

SIRIM is an agency under the purview of the Ministry of Investment, Trade and Industry (MITI).

Disclaimer | Privacy Policy

Copyright © 2025 SIRIM BERHAD (Company No. 199501038272). All rights reserved.