​PRESS RELEASE

SIRIM-ST LAUNCH CAMPAIGN TO CURB SALE OF NON-CERTIFIED ELECTRICAL APPLIANCES ONLINE

 

SHAH ALAM, 15 February 2021: In a continuous effort to curb the sale of non-certified electrical and electronic products (E&E) online, a Safety Awareness Campaign has been launched.

Led by SIRIM QAS International, a wholly-owned subsidiary of SIRIM Berhad, in collaboration with the Energy Commission (ST), Malaysian Electrical Appliances Distributors Association (MEADA), and Federation of Malaysian Electrical Appliances Dealers’ Association (FOMEDA), the campaign aims to raise awareness among consumers and industry players of the importance of the SIRIM-ST label on E&E appliances.

The three-month campaign will commence with a video that highlights the importance of purchasing SIRIM-ST certified electrical and electronic products. The video will be released on various social media platforms beginning today.

Speaking during the virtual launch of the SIRIM-ST Safety Awareness Campaign, President and Group Chief Executive of SIRIM, Datuk Ir. Dr. Ahmad Fadzil Mohamad Hani said consumers must be vigilant and only purchase SIRIM-ST approved electrical appliances.

"This is to prevent any accidents or fires that could result in injuries or fatalities. The SIRIM-ST label affirms that a product is safe for consumption, therefore their safety can be guaranteed," he said.

This is especially important as gadgets, sports-related goods, and household appliances are among the top online purchases in Malaysia as revealed in a 2018 survey conducted by the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC), Datuk Ir. Dr. Ahmad Fadzil added.

Findings by the Energy Commission also revealed that the estimated number of electrical accidents averages at 52 cases per year, for the past five years cycle. In 2020, a total of 45 cases were reported which include 28 fatal and 17 non-fatal accidents. The use of uncertified and faulty electrical appliances are among the factors that led to accidents in domestic premises.

CEO of Energy Commission, Abdul Razib Dawood in his speech at the launch of the campaign said: "Before any electrical appliances can be sold in the market, it needs to obtain the Certificate of Approval (COA) from ST and undergo necessary testing and certification conducted by SIRIM. Electrical appliances that have been approved shall be affixed with SIRIM-ST labels or bear the SIRIM Certification Mark."

"ST only issues COA to E&E manufacturers and importers for appliances that meet the relevant standards and safety requirements as prescribed under the Electricity Regulations,1994," he said.

Currently, there are 34 categories (including 199 sub-categories items) of electrical products regulated by ST which include low-voltage household appliances.

Meanwhile, the public is also advised to be wary of any misuse or forgery of the SIRIM-ST label by irresponsible parties. Consumers can easily check whether a product purchased online or in physical stores is certified by SIRIM by entering the product details in the SIRIM QAS free mobile application.

###

             

   
SIARAN AKHBAR

SIRIM-ST LANCAR KEMPEN KAWAL PENJUALAN PERALATAN ELEKTRIK YANG TIDAK DIPERAKUI SECARA ‘ONLINE’

 

SHAH ALAM, 15 Februari 2021: Satu Kempen Kesedaran Keselamatan telah dilancarkan hari ini dalam usaha mengawal penjualan produk elektrik dan elektronik (E&E) yang tidak diperakui, termasuk secara dalam talian atau ‘online’.

Diterajui oleh SIRIM QAS International, anak syarikat milik penuh SIRIM Berhad, dengan kerjasama Suruhanjaya Tenaga (ST), Malaysian Electrical Appliances Distributors Association (MEADA), dan Federation of Malaysian Electrical Appliances Dealers’ Association (FOMEDA), kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran kepada pengguna dan pemain industri tentang kepentingan label SIRIM-ST pada peralatan E&E.

Kempen selama tiga bulan ini akan dimulakan dengan pelancaran sebuah video yang menekankan kepentingan membeli barangan E&E yang diperakui oleh SIRIM-ST. Video berkenaan akan disiarkan di beberapa platform media sosial bermula hari ini.

Bercakap semasa perasmian Kempen Kesedaran Keselamatan SIRIM-ST yang dianjurkan secara maya, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, Datuk Ir. Dr. Ahmad Fadzil Mohamad Hani berkata, pengguna harus berwaspada dan hanya membeli peralatan elektrik yang diluluskan oleh SIRIM-ST.

"Langkah ini bagi mengelakkan kemalangan atau kebakaran yang boleh membawa kecederaan atau kematian. Label SIRIM-ST mengesahkan produk berkenaan selamat untuk digunakan, oleh itu keselamatan mereka dapat dijamin," katanya.

Usaha ini amat penting kerana gajet, peralatan berkaitan sukan dan perkakas rumah adalah antara pembelian online tertinggi di Malaysia seperti yang dinyatakan di dalam tinjauan pada tahun 2018 yang dilakukan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), kata Datuk Ir. Dr. Ahmad Fadzil lagi.

Sementara itu, kajian oleh ST turut mendedahkan dalam tempoh lima tahun lepas, anggaran jumlah kemalangan elektrik secara purata adalah 52 kes setahun. Pada tahun 2020, sebanyak 45 kes telah dilaporkan yang meilbatkan 28 kematian dan 17 kemalangan yang tidak melibatkan kematian. Penggunaan peralatan elektrik yang tidak disahkan dan rosak adalah antara faktor yang menyebabkan kemalangan di premis domestik.

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga, Abdul Razib Dawood di dalam ucapannya semasa perasmian kempen berkenaan berkata, sebelum sebarang peralatan elektrik dapat dijual di pasaran, ia perlu mendapatkan Perakuan Kelulusan (COA) daripada ST dan menjalani ujian dan pensijilan oleh SIRIM. Peralatan elektrik yang telah diluluskan hendaklah dilekatkan dengan label SIRIM-ST atau mempunyai Tanda Pensijilan SIRIM.

"ST hanya mengeluarkan COA kepada pengeluar dan pengimport E&E untuk perkakas yang memenuhi standard dan keperluan keselamatan yang relevan seperti yang ditetapkan di bawah Peraturan Elektrik 1994", katanya.

Pada masa ini, terdapat 34 kategori (termasuk 199 barang sub-kategori) produk elektrik yang dikawal selia oleh ST yang merangkumi peralatan rumah bervoltan rendah.

Sementara itu, masyarakat dinasihatkan untuk berhati-hati dengan penyalahgunaan atau pemalsuan label SIRIM-ST oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Pengguna boleh menyemak dengan mudah produk yang dibeli secara online atau di kedai sama ada ia telah mendapat perakuan daripada SIRIM. Semakan boleh dibuat dengan hanya memasukkan maklumat terperinci produk ke dalam aplikasi mudah alih SIRIM QAS International.

 ###