​SIARAN MEDIA
                                                    

SIRIM ANJUR MAJLIS MENGHARGAI SETIAUSAHA SEMPENA MINGGU SETIAUSAHA 2024

                 

KUALA LUMPUR, 18 APRIL 2024: SIRIM Berhad, buat julung kalinya menganjurkan Majlis Minggu Setiausaha 2024 di Hotel DoubleTree by Hilton, Kuala Lumpur hari ini. Majlis hi-tea yang dihadiri oleh hampir 200 orang setiausaha daripada agensi dan syarikat berkaitan SIRIM ini dianjurkan bersempena dengan sambutan “World Administrative Professional Day” yang disambut seluruh dunia setiap April.


Turut hadir ke majlis ini, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SIRIM Berhad, Dato' Indera Ir. Dr. Ahmad Sabirin Arshad dan Encik Faisal Shukor, selaku Ketua Pegawai Pemasaran SIRIM, yang turut beramah mesra dengan setiausaha yang hadir.

 

Ketika berucap, Dato' Indera Ir. Dr. Ahmad Sabirin Arshad berkata, “Saya amat gembira melihat kehadiran ramai setiausaha ke majlis ini. Saya pasti, tugasan sebagai setiausaha bukanlah kerja yang mudah dan memerlukan nilai integriti dan amanah yang tinggi, di samping kecekapan mengendali tugasan harian pihak pengurusan."

 

“Semoga sambutan sebegini menjadi pembakar semangat para setiausaha untuk terus berbakti. Saya percaya, di belakang setiap pemimpin yang berjaya, berdiri seorang setiausaha yang cekap dan amanah."

 

Majlis gilang-gemilang ini turut dimeriahkan dengan persembahan bertenaga daripada Hazama dan dikemudi oleh pengacara terkenal, Fadzli Fuad.


## ​​​

​​MENGENAI SIRIM​

SIRIM Berhad, anak syarikat Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri adalah organisasi peneraju bagi penyelesaian teknologi dan kualiti yang memberi tumpuan kepada Penyelidikan Perindustrian, Pembangunan Teknologi dan Pengkomersilan; Pensijilan, Pengujian dan Pemeriksaan; Pengukuran dan Penentukuran; Latihan; Penyelidikan dan Pembangunan Standard; Keusahawanan berasaskan Teknologi; dan Perundingan Reka bentuk.

SIRIM Corporate Website

Perhubungan Media SIRIM Berhad:

SIRIM is an agency under the purview of the Ministry of Investment, Trade and Industry (MITI).

Disclaimer | Privacy Policy

Copyright © 2025 SIRIM BERHAD (Company No. 199501038272). All rights reserved.