​SIARAN MEDIA
                                                    

SIRIM BANTU MANGSA BANJIR DENGAN SISTEM PENAPISAN AIR MUDAH ALIH UNTUK BEKALAN AIR BERSIH

                 

KOTA TINGGI, 9 Januari 2024: SIRIM Berhad, peneraju dalam penyelesaian teknologi dan kualiti hari ini telah menyerahkan Sistem Penapisan Air Mudah Alih (Mobile Water Filtration System) kepada mangsa banjir bagi kegunaan air bersih di Pusat Pemindahan Sementara, Kota Tinggi, Johor.


Sistem yang dibangunkan oleh SIRIM Berhad ini  memberi manfaat kepada masyarakat yang terjejas dengan bekalan air bersih, khususnya mangsa banjir di pusat pemindahan sementara.


Sistem ini menggunakan teknologi membran yang mengandungi 'filtration media' mengikut kesesuaian sumber air yang digunakan untuk menghasilkan 2,000 liter air sejam bagi kegunaan 1,000 orang pengguna. Air yang dihasilkan ini dijamin bersih dan selamat serta setanding dengan air bersih yang dibekalkan oleh operator perkhidmatan bekalan air di negara ini.

Sebanyak tiga unit Sistem Penapisan Air Mudah Alih telah diserahkan kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia bagi kegunaan mangsa banjir di pusat pemindahan sementara. Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.


Majlis ini turut dihadiri oleh Menteri Besar Johor, Dato' Onn Hafiz Ghazi, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dato Dr Haji Azmi Rohani, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SIRIM Berhad, Dato' Indera Ir. Dr. Ahmad Sabirin Arshad dan Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Datuk KPj. (PA) Aminurrahim Mohamed,


Dato' Indera Ir. Dr. Ahmad Sabirin berkata SIRIM sentiasa cakna dengan kesejahteraan dan keperluan rakyat. Dalam memperjuangkan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus, SIRIM memberi penekanan kepada teknologi yang memberi manfaat kepada masyarakat yang terjejas terutamanya mangsa banjir dan masyarakat luar bandar.


“Sistem ini dibangunkan untuk menapis air dari sumber-sumber air di permukaan seperti air sungai, air parit, mahupun air banjir bagi menghasilkan air bersih untuk kegunaan memasak, mandi dan membasuh. Kualiti air yang terhasil daripada penapisan rawatan air terakhir juga telah dihantar ke makmal pengujian dan mengikut standard yang ditetapkan dengan jumlah pepejal terlarut di bawah 100," katanya.


Pembangunan sistem ini tidak hanya tertumpu kepada mangsa banjir tetapi kepada masyarakat luar bandar yang sukar mendapat bekalan air bersih, selamat dan terawat dalam  membantu meningkatkan kualiti hidup mereka. SIRIM sentiasa komited dalam membangunkan teknologi dan inovasi yang akan dinikmati dan dimanfaatkan oleh komuniti dan masyarakat di seluruh negara.


## ​​​

​​MENGENAI SIRIM​

SIRIM Berhad, anak syarikat Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri adalah organisasi peneraju bagi penyelesaian teknologi dan kualiti yang memberi tumpuan kepada Penyelidikan Perindustrian, Pembangunan Teknologi dan Pengkomersilan; Pensijilan, Pengujian dan Pemeriksaan; Pengukuran dan Penentukuran; Latihan; Penyelidikan dan Pembangunan Standard; Keusahawanan berasaskan Teknologi; dan Perundingan Reka bentuk.

SIRIM Corporate Website

Perhubungan Media SIRIM Berhad:

SIRIM is an agency under the purview of the Ministry of Investment, Trade and Industry (MITI).

Disclaimer | Privacy Policy

Copyright © 2025 SIRIM BERHAD (Company No. 199501038272). All rights reserved.