​ ​
KENYATAAN MEDIA
Keluaran Segera

                            ​ 
​ ​

IKLAN RAYA SIRIM MEMUPUK R​ASA KASIH SAYANG KEPADA SEMUA MAKHLUK

                 

SHAH ALAM, 25 Mac 2025: Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, SIRIM Berhad sekali lagi menambat hati sekali lagi menambat hati rakyat Malaysia dengan iklan raya yang sarat dengan mesej kasih sayang, empati, dan keprihatinan terhadap makhluk lain.


Iklan yang mempaparkan unsur-unsur positif seperti kasih sayang kepada semua makhluk adalah sebahagian daripada usaha SIRIM menyampaikan mesej-mesej bermakna untuk semua orang. Jalan cerita iklan raya tahun ini mengetengahkan SIRIM sebagai peneraju penyelesaian teknologi dan keselamatan di Malaysia yang dipercayai oleh masyarakat Malaysia.

Bertajuk “ Budak Kucing & Teknologi SIRIM, iklan ini yang mengisahkan Adam, seorang kanak-kanak istimewa menempuh sebuah perjalanan bersama seekor kucing jalanan bernama Debok. Berlatarbelakang suasana tenang di bulan Ramadan, Adam menemui seekor kucing terbiar kelaparan. Tergerak oleh rasa simpati, Adam dengan penuh kasih sayang membawa anak kucing itu pulang untuk menjaganya.

Menyedari bahawa dia dan anak kucing itu berkongsi cabaran yang sama dalam kehidupan sebagai individu kurang upaya. Dengan keikhlasan dan kreativiti, Adam mencipta sebuah kerusi roda khas menggunakan teknologi pencetakan 3D yang menggunakan Sistem Pembuatan Tambahan (Additive Manufacturing) adalah salah satu perkhidmatan yang ditawarkan oleh SIRIM.

Perkhidmatan yang ditawarkan melalui Smart Manufacturing Centre, SIRIM Industrial Research SIRIM lengkap merangkumi pengimbasan 3D, reka bentuk, pemodelan dan pencetakan 3D yang telah menghasilkan pelbagai produk inovatif seperti prototaip Prostetik Kaki-Pergelangan yang di pakai oleh Adam dalam iklan raya tahun ini.

Sebelum ini, SIRIM telah berjaya mencipta pelbagai produk perubatan termasuk pendakap pergelangan tangan, implan kranioplasti, serta prostetik bawah lutut. Produk-produk perubatan ini dihasilkan menggunakan teknologi canggih MJF HP580 dan melalui ujian ketat di QAS bagi memastikan integriti bahan dan keserasian biologi, selaras dengan peraturan MDA.

Melalui penerapan teknologi ini memperlihat komitmen SIRIM dalam menyediakan penyelesaian teknologi yang bukan sahaja inovatif tetapi juga mematuhi standard keselamatan tertinggi.

Iklan ini diharapkan dapat menjadi medium pendidikan dan inspirasi kepada masyarakat untuk lebih prihatin terhadap insan kurang upaya dan haiwan yang memerlukan. Iklan “Budak Kucing & Teknologi SIRIM” kini boleh di tonton di youtube.com/SIRIMBerhad dan di semua sosial media SIRIM Berhad.

Untuk makluman, produk prostetik yang dipaparkan dalam iklan ini adalah semata-mata untuk tujuan ilustrasi dan bukan untuk kegunaan perubatan sebenar. Walau bagaimanapun, SIRIM masih menyediakan perkhidmatan reka bentuk dan fabrikasi prostetik yang sebenar melalui kerjasama dengan profesional perubatan bertauliah untuk memastikan keselamatan pesakit dan pematuhan peraturan.

Bagi sebarang pertanyaan mengenai aplikasi kejuruteraan dan prototaip bukan perubatan, sila hubungi enquirysir@sirim.my.


​​MENGENAI SIRIM Berhad​

SIRIM Berhad, anak syarikat Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri adalah organisasi peneraju bagi penyelesaian teknologi dan kualiti yang memberi tumpuan kepada Penyelidikan Perindustrian, Pembangunan Teknologi dan Pengkomersilan; Pensijilan, Pengujian dan Pemeriksaan; Pengukuran dan Penentukuran; Latihan; Penyelidikan dan Pembangunan Standard; Keusahawanan berasaskan Teknologi; dan Perundingan Reka bentuk.

SIRIM Corporate Website

Untuk berita terbaru, ikuti akaun Sosial Media SIRIM Berhad:

Facebook
Instagram
LinkedIn
TikTok
YouTube

Perhubungan Media SIRIM Berhad:

  • Ariff Fahmy, Tel: 03 55446713/ 0174647027 atau email: fahmy@sirim.my

    ​​

SIRIM is an agency under the purview of the Ministry of Investment, Trade and Industry (MITI).

Disclaimer | Privacy Policy

Copyright © 2025 SIRIM BERHAD (Company No. 199501038272). All rights reserved.