SIARAN MEDIA

​BERSIHKAN PANTAI KITA

SIRIM tingkatkan kesedaran masyarakat, pentingnya pantai bersih

LUMUT, 20 Julai 2019: Seramai 130 orang sukarelawan hari ini bersama  SIRIM, sebuah agensi kualiti dan penyelidikan industri utama negara, dalam program tanggungjawab sosial korporat 'Bersihkan Pantai Kita' di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, Pasir Panjang, Segari, di sini. 
Program bertujuan membantu pemuliharaan kawasan pendaratan penyu untuk bertelur, memandangkan pantai berkenaan dicemari sampah-sarap terutamanya bahan-bahan berasaskan plastik. Program yang julung kali diadakan itu diketuai oleh Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, Prof Ir Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani, Pengarah Perikanan Negeri Perak, Zaki Mokri dan pihak pengurusan kanan SIRIM. . 
Anggota kerja Kumpulan SIRIM dari ibu pejabat di Shah Alam serta pejabat cawangan Perak juga dibantu oleh anggota keluarga mereka, kakitangan Jabatan Perikanan Negeri Perak dan komuniti nelayan di sekitar kawasan berkenaan. Mereka berjaya membersihkan pantai sepanjang tiga kilometer daripada sampah-sarap bagi memudahkan penyu mendarat dan bertelur.
Sukarelawan program turut diberi penerangan berkenaan aktiviti di pusat konservasi. Selain itu, SIRIM turut menyerahkan dua buah papan maklumat mengenai aktiviti penyu untuk dipamerkan kepada pelawat di pusat itu. 
Prof Ir Dr Ahmad Fadzil dalam ucapan beliau menegaskan objektif utama program ini adalah untuk menyemai semangat kerjasama bergotong-royong membersihkan kawasan pantai, di samping meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup yang sihat selain membawa nilai murni sayangkan alam sekitar kepada masyarakat. 
 
“Penganjuran aktiviti seperti ini penting bagi memupuk kesedaran kepentingan penjagaan alam sekitar dan kesan pembuangan sampah di pantai dan terhadap habitat akuatik di sekitarnya,” katanya lagi. 
 
Beliau turut berharap agar program ini dapat memberi pendedahan mengenai peranan yang boleh dimainkan oleh masyarakat, terutama berkaitan pengurusan ekosistem dan biodiversiti pesisiran pantai.
 
Dalam menyokong kelestarian alam sekitar, SIRIM antara lain, menawarkan teknologi pelupusan sisa makanan melalui sistem pencernaan anaerobik (Anaerobic Digester System) yang kini digunapakai di beberapa pusat peniaga makanan antaranya di USJ, Subang; Port Dickson dan Sepang. Sistem itu mampu menjana biogas daripada sisa makanan yang telah dirawat dan seterusnya ditukar kepada tenaga elektrik untuk kegunaan setempat. Perkhidmatan lain termasuklah pensijilan pelabelan eko dan teknologi pembungkusan GreenBlue yang menawarkan pembungkusan mesra alam dan terbiodegradasikan (biodegradable). 

 
Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu adalah pusat tarikan pelancong yang terletak di Pantai Pasir Panjang, Segari, Perak yang ditubuhkan pada 1990. Terdapat dua jenis penyu yang mendarat di kawasan pantai ini untuk menetaskan telur sepanjang bulan Mac hingga Julai iaitu Penyu Agar dan Penyu Lipas.  
 
 

​Seramai 130 sukarelawan menyertai Program Tanggungjawab Sosial Korporat SIRIM, Bersihkan Pantai Kita di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, Pasir Panjang, Segari, Perak pada Sabtu. 
​Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, Prof Ir Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani (empat kiri), bersama sebahagian sukarelawan semasa program CSR Bersihkan Pantai Kita di Pusat  Konservasi dan Penerangan Penyu Pasir Panjang, Segari, Perak.

 

Toll Free: 1-300-88-7035
General Line: 603-5544 6000
Customer Service & Support : 603- 5544 6542 /6518 / 6692/ 6693 /6762
Email: web@sirim.my
Customer Service Operating Hours:
Monday – Thursday: 8:30 am to 5:00 pm
Friday : 8:30 am to 4:45 pm 
Lunch break:
Monday – Thursday : 1.00pm  -  2.00pm
Friday :12:30pm -  2:45pm

For more details, let us hear from you.


Talk To Us

Hello, I'm Nadia.
Got any questions?
Our team is ready to help you.