MEDIA STATEMENT

7 DECEMBER  2022

SIRIM STANDARDS TECHNOLOGY SDN. BHD. IS NOW SIRIM CALIBRATION SDN BHD.

              

SIRIM Berhad is pleased to announce that its wholly owned subsidiary, SIRIM Standards Technology Sdn. Bhd. (SIRIM SST) will now have a new name, SIRIM Calibration Sdn. Bhd. The new name takes effect on 10 November 2022. This change also involves the introduction of the company's new logo.

The change of the company's name is part of SIRIM's strategy to reflect its strength, growth and commitment in calibration and measurement services.

Established in 1994, SIRIM Calibration has branches in six strategic locations namely in Shah Alam, Selangor; Permatang Pauh, Penang; Senai, Johor; Kuantan, Pahang; Kuching, Sarawak; and Kota Kinabalu, Sabah. SIRIM Calibration also provides a comprehensive network of calibration and measurement services throughout Malaysia, Singapore, China, Indonesia and the Philippines. 

Having strong technical competence, state-of-the-art calibration capabilities and accredited with ISO/IEC 17025, SIRIM Calibration continues to meet the needs of diverse market sectors, such as oil and gas, manufacturing, aviation, semiconductor or electronics, utilities, education, defence, automotive, telecommunications, agriculture, healthcare and construction. The scope of SIRIM Calibration services  can be accessed through www.sirimcal.my

Moving forward, SIRIM Calibration would like to express its appreciation to customers and business partners for their support and SIRIM Calibration will pursue to provide excellent calibration and measurement services to our customers. Continuous development of the latest technology is the company's priority to ensure SIRIM Calibration remains at the forefront of customer satisfaction.  

 

Dato' Indera Dr. Ahmad Sabirin Arshad

President and Group Chief Executive Officer SIRIM Berhad

             

##

 

​​

          

KENYATAAN MEDIA

7 DISEMBER 2022

SIRIM STANDARDS TECHNOLOGY SDN. BHD. KINI DIKENALI SIRIM CALIBRATION SDN. BHD.

                 

SIRIM Berhad ingin mengumumkan pertukaran nama SIRIM Standards Technology Sdn. Bhd. (SIRIM SST) kepada SIRIM Calibration Sdn. Bhd. berkuatkuasa 10 November 2022. Pertukaran ini turut melibatkan pengenalan kepada logo baharu syarikat.

Strategi pertukaran nama syarikat milik penuh SIRIM Berhad yang telah bertapak di dalam industri sejak 28 tahun lalu adalah sebahagian daripada strategi SIRIM  untuk memperlihatkan kekukuhan, pertumbuhan dan komitmen dalam penyediaan  perkhidmatan tentukuran dan pengukuran.

Ditubuhkan pada 1994, SIRIM Calibration mempunyai cawangan di enam lokasi strategik iaitu di Shah Alam, Selangor;  Permatang Pauh, Pulau Pinang; Senai, Johor; Kuantan, Pahang; Kuching, Sarawak; dan Kota Kinabalu, Sabah. SIRIM Calibration turut menyediakan rangkaian perkhidmatan tentukuran dan pengukuran yang komprehensif di seluruh Malaysia, Singapura, China, Indonesia dan Filipina.

Mempunyai kecekapan teknikal yang kukuh, keupayaan tentukuran yang lengkap dan diakreditasi dengan ISO/IEC 17025, SIRIM Calibration terus memenuhi keperluan sektor pasaran yang pelbagai, seperti minyak dan gas, pembuatan, penerbangan, semikonduktor atau elektronik, utiliti, pendidikan, pertahanan, automotif, telekomunikasi, pertanian, penjagaan kesihatan dan pembinaan. Skop keupayaan tentukuran SIRIM Calibration boleh dicapai melalui laman sesawang www.sirimcal.my

Melangkah ke hadapan, SIRIM Calibration ingin merakamkan penghargaan kepada pelanggan dan rakan perniagaan atas sokongan yang berterusan dan SIRIM Calibration akan terus memberikan perkhidmatan tentukuran dan pengukuran yang cemerlang kepada pelanggan. Pembangunan berterusan teknologi terkini adalah keutamaan syarikat untuk memastikan SIRIM Calibration kekal di barisan hadapan bagi memenuhi kepuasan pelanggan.

 

Dato' Indera Dr. Ahmad Sabirin Arshad

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SIRIM Berhad

             

##