SIARAN MEDIA

              
PELANCARAN KEMPEN KESELAMATAN PERALATAN ELEKTRIK YANG DILULUSKAN SIRIM-ST

​                       Meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan label SIRIM-ST pada peralatan elektrik di kalangan pengguna, pengilang dan pengimport.

 

 

KUALA LUMPUR, 22 Oktober 2019: Kempen Kesedaran Keselamatan untuk meningkatkan kepentingan peralatan elektrik yang telah diluluskan oleh SIRIM-ST dalam kalangan pengguna, pengilang dan pengimport telah dilancarkan hari ini oleh pihak yang berkepentingan di dalam industri.

 

Kempen Kesedaran Keselamatan yang berlangsung selama 9 bulan akan diterajui oleh anak syarikat milik penuh SIRIM Berhad, SIRIM QAS International Sdn. Bhd., sebuah badan yang bertanggungjawab dalam menjalankan pengujian dan pensijilan produk bagi peralatan elektrik, dengan kerjasama Suruhanjaya Tenaga (ST), Malaysian Electrical Appliances Distributors Association (MEADA) dan Federation of Malaysian Electrical Appliances Dealers' Association (FOMEDA).

 

Kempen ini dilancarkan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dr.Ong Kian Ming di Menara MITI, Kuala Lumpur. Majlis pelancaran juga disaksikan oleh Pengerusi SIRIM Academician Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali;Timbalan Pengarah Pembangunan Keselamatan, Suruhanjaya Tenaga, Iffah Hannah Muluk; dan Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM QAS International, Mohd Azanuddin Mohd Salleh. Turut hadir Presiden MEADA, Vincent Chew dan Presiden FOMEDA Gan Cheng Swee.

 

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat; SIRIM QAS International (SIRIM), Suruhanjaya Tenaga (ST), Malaysian Electrical Appliances Distributers Association (MEADA), dan Federation of Malaysian Electrical Appliances Dealers' Association (FOMEDA) kerana turut sama menerajui kempen ini dengan matlamat meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan peralatan elektrik yang telah diluluskan oleh SIRIM-ST dan memastikan pengimport hanya mengedarkan peralatan elektrik yang diluluskan oleh SIRIM melalui label SIRIM-ST," kata Dr. Ong.

 

“Inisiatif yang dijalankan oleh SIRIM, ST, MAEDA dan FOMEDA adalah selaras dengan aspirasi kerajaan dalam menyokong kerjasama kukuh di antara badan penguatkuasa dan penggiat industri bagi memastikan tanggungjawab bersama yang lebih meluas," tambah Dr. Ong dalam ucapan ketika pelancaran kempen.

 

Dr. Ong yang membuat penampilan khas di dalam iklan kempen untuk tayangan televisyen juga menegaskan semua pihak terlibat terutamanya pembuat polisi dan penggiat industri perlu memainkan peranan mereka untuk memastikan hanya peralatan elektrik yang mendapat kelulusan, berada di pasaran. 

 

Kempen ini juga diperluaskan melalui semua saluran media termasuk media sosial dan akan bekerjasama dengan pasar raya besar, stor barangan dan juga kedai barangan elektrik di seluruh negara.

 


 

PRESS RELEASE

SAFETY AWARENESS CAMPAIGN ON SIRIM-ST APPROVED ELECTRICAL APPLIANCES LAUNCHED

               Aims to Increase Awareness on Importance of SIRIM-ST Labels on Electrical Appliances Amongst Consumers, Manufacturers and Importerss

KUALA LUMPUR, 22 October 2019: A Safety Awareness Campaign to drive the importance of SIRIM-ST approved electrical appliances amongst consumers, manufacturers, and importers has been launched today by key stakeholders in the industry.

The 9-month long campaign, led by SIRIM QAS International Sdn Bhd, a wholly-owned subsidiary of SIRIM Berhad, responsible for testing and product certification of electrical appliances, was also in collaboration with the Energy Commission (ST), Malaysian Electrical Appliances Distributers Association (MEADA) and Federation of Malaysian Electrical Appliances Dealers' Association (FOMEDA).


SIRIM is an agency under the purview of Ministry of International Trade and Industry.

 

Deputy Minister of International Trade and Industry (MITI), Dr. Ong Kian Ming launched the campaign at Menara MITI, Kuala Lumpur. The event was also witnessed by the Chairman of SIRIM, Academician Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali; Chief Executive Officer of SIRIM QAS International, Mohd Azanuddin Mohd Salleh and Deputy Director of Safety Development, Energy Commission Iffah Hannah Muluk. Also present were President of MEADA, Vincent Chew and President of FOMEDA, Gan Cheng Swee.

 

“I would like to congratulate all parties involved; SIRIM QAS International (SIRIM), Energy Commission (ST), the Malaysian Electrical Appliances Distributors Association (MEADA) and the Federation of Malaysian Electrical Appliances Dealers' Association (FOMEDA) for coming together to initiate this campaign with the objective to increase awareness on the importance of SIRIM-ST approved electrical appliances and to make sure importers only distribute electrical appliances that are SIRIM approved with SIRIM-ST labels," said Dr. Ong.

 

“The initiative undertaken by SIRIM, ST, MEADA and FOMEDA is in line with the government's aspiration to support greater collaboration between regulatory bodies and industry players to ensure a broader shape of responsibility," said Dr. Ong in his speech during the launch.

 

Dr. Ong, who will also make a cameo appearance in the campaign's TV commercial, stressed the need for all parties involved; policy makers and industry players to play their part to ensure only approved electrical appliances products are made available in the market.

 

The campaign will utilise all media platforms including social media, and will be activated nationwide in collaboration with hypermarkets, departmental stores, as well as electrical appliances outlets.