​ ​
PRESS RELEASE
                           

SIRIM QAS INTERNATIONAL SPREAD ITS WING TO CHINA, SET UP HUNAN SIRIM HUASHENG CERTIFICATION AND INSPECTION CO LTD

                 

KUALA LUMPUR, 1 DEC 2022: SIRIM Berhad, leading organisation for technology and quality solutions expands its wing in China when SIRIM QAS International and Hunan Huasheng International Trade Consultancy set up Hunan SIRIM Huasheng Certification and Inspection Co Ltd, a joint- venture company to provide certification services particularly on the International Automotive Task Force (IATF)16949 standard.

 

The joint venture company located in Hunan province will begin its operations in January next year that will provide certification services, particularly IATF 16949 standard, inspection and training activities.

 

Chairman of SIRIM, Academician Tan Sri Dr. Ir Ahmad Tajuddin Ali, said the IATF 16949 standard is an international standard for automotive quality management system developed by the International Automotive Task Force, SIRIM QAS International a wholly owned subsidiary of SIRIM Berhad is the only certification body in Southeast Asia recognised by the IATF.

 

"With this joint-venture company, SIRIM QAS International now has a foothold in China, chiefly in the China automotive manufacturing sector. China is the world’s largest manufacturer of automobiles, accounting for the production of 21 million passenger cars in 2021 and has more than half the IATF certified sites in the world," he said.

 

The launch of Hunan SIRIM Huasheng Certification and Inspection Co Ltd was organised in conjunction with Majlis SIRIM Industri 2022. The auspicious event was graced by the Ministry of International Trade and Industry Deputy Secretary General (Investment), Datuk Bahria Mohd Tamil. Also present, were Chairman of SIRIM, Academician Tan Sri Dr. Ir Ahmad Tajuddin Ali; President & Group Chief Executive Officer of SIRIM Berhad, Dato’ Indera Dr Ahmad Sabirin Arshad and Chief Executive Officer of SIRIM QAS International, Nur Fadhilah Muhammad.

 

Meanwhile, Majlis SIRIM Industri with its theme Environmental, Social and Governance (ESG) is an annual event to strengthen the relationship and collaboration between SIRIM, the industry and government agencies, as well as to acknowledge organisations and companies that received certifications from SIRIM QAS International from January 2020 to December 2021.

 

During this period, about 1,000 organisations were certified under SIRIM QAS International’s Management System Certification Schemes, while more than 1,200 products were certified under its various Product Certification Schemes.

 

Tan Sri Dr. Ir Ahmad Tajuddin said, SIRIM Berhad and its subsidiaries are committed to facilitating the growth of local industries by promoting and encouraging Malaysian organisations to adopt ESG.

"We assist industries to incorporate ESG initiatives through calculating carbon footprint and emissions, verifying ESG performance and sustainability reports and applying frontier technologies to aid in the reduction of greenhouse gas emission, encourage waste management and promote green initiatives," he added.

##​#

​ ​
SIARAN MEDIA
                           

SIRIM QAS INTERNATIONAL MELEBARKAN SAYAPNYA KE CHINA, TUBUHKAN HUNAN SIRIM HUASHENG CERTIFICATION AND INSPECTION CO LTD

                 

KUALA LUMPUR, 1 DIS 2022: SIRIM Berhad, organisasi terkemuka untuk penyelesaian teknologi dan kualiti mengembangkan sayapnya di China apabila SIRIM QAS International dan Hunan Huasheng International Trade Consultancy menubuhkan Hunan SIRIM Huasheng Certification and Inspection Co Ltd, sebuah syarikat usaha sama untuk menyediakan perkhidmatan pensijilan, khususnya bagi standard IATF 16949.

 

 

Syarikat usaha sama yang terletak di wilayah Hunan itu akan memulakan operasinya pada Januari tahun depan yang akan menyediakan perkhidmatan pensijilan, khususnya standard IATF 16949, aktiviti pemeriksaan dan latihan.

 

Pengerusi SIRIM,- Academician Tan Sri Dr. Ir Ahmad Tajuddin Ali, berkata standard IATF 16949 adalah standard antarabangsa untuk sistem pengurusan kualiti automotif yang dibangunakan oleh Pasukan Petugas Automotif Antarabangsa (IATF), SIRIM QAS International, anak syarikat milik penuh SIRIM Berhad, adalah satu-satunya badan pensijilan di Asia Tenggara yang diiktiraf oleh IAFT.

 

"Melalui syarikat usaha sama ini, SIRIM QAS International kini bertapak di China, terutamanya dalam sektor pembuatan automotif China. China ialah pengeluar kereta terbesar di dunia, menyumbang kepada pengeluaran 21 juta kereta penumpang pada 2021 dan memiliki lebih separuh daripada lokasi diperakui IATF di dunia," katanya.

 

Pelancaran Hunan SIRIM Huasheng Certification and Inspection Co Ltd dianjurkan bersempena Majlis SIRIM Industri 2022. Majlis itu dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pelaburan) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Bahria Mohd Tamil. Hadir sama, Pengerusi SIRIM, Academician Tan Sri Dr Ir Ahmad Tajuddin Ali; Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SIRIM Berhad, Dato’ Indera Dr Ahmad Sabirin Arshad dan Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM QAS International, Nur Fadhilah Muhammad.

 

Sementara itu, Majlis SIRIM Industribertemakan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) merupakan acara tahunan bagi mengeratkan hubungan dan kerjasama antara SIRIM, industri dan agensi kerajaan, serta mengiktiraf organisasi dan syarikat yang menerima pensijilan daripada SIRIM QAS International, dari Januari 2020 hingga Disember 2021.

 

Dalam tempoh tersebut, kira-kira 1,000 organisasi telah diperakui di bawah Skim Pensijilan Sistem Pengurusan SIRIM QAS International, manakala lebih daripada 1,200 produk telah diperakui di bawah pelbagai Skim Pensijilan produknya.

 

Tan Sri Dr Ir Ahmad Tajuddin berkata, SIRIM Berhad dan anak syarikatnya komited untuk memudahkan pertumbuhan industri tempatan dengan mempromosi dan menggalakkan organisasi Malaysia mengguna pakai ESG.

 

"Kami membantu industri untuk menerapkan inisiatif ESG melalui pengiraan jejak karbon dan pelepasan karbon, mengesahkan prestasi ESG dan laporan kelestarian serta menggunakan teknologi terkini untuk membantu dalam pengurangan pelepasan gas rumah hijau, menggalakkan pengurusan sisa dan menggalakkan inisiatif hijau," tambahnya.

##​#