​PRESS RELEASE
                           

SIRIM OFFERS MORE TECHNOLOGY EXPERTISE TO SELANGOR INDUSTRY

                 

 

SHAH ALAM, 25 August 2022 : SIRIM Berhad, a leading research and technology agency under the Ministry of International Trade and Industry, today organised the SIRIM-Industry Engagement Programme held here offers various technology applications and services in efforts to enhance the productivity of Selangor industries and entrepreneurs.

More than 300 representatives from government agencies, industry associations as well as local entrepreneurs from various sectors including food & beverage, oil & gas; agriculture; packaging; aerospace; aviation, automotive and cosmetic industry in Selangor attended the half-day programme.

 

Themed “Bringing SIRIM Closer to Community and Industry", the SIRIM-Industry Engagement programme emphasised the importance of research and development, energy management, quality, trainings, testing and certification.

 

The programme was graced by SIRIM Berhad Chairman, Tan Sri Ir Dr Ahmad Tajuddin Ali, also present SIRIM Berhad President and Group Chief Executive, Dato' Dr Ahmad Sabirin Arshad.

 

Tan Sri Ir Dr Ahmad Tajuddin said, SIRIM a research and technology institution is responsible to promote a culture of research and innovation in this country.

 

“This is the third SIE organised after Kedah and Sabah, the SIE Programme today received more than 300 entries. Through SIRIM's entrepreneur development programme, a total of 2,704 entrepreneurs and Small & Medium Enterprises (SMEs) were mentored since 2007 until today, while more than 3,800 products have been successfully improved through the product packaging quality improvement program (Innopack) from 2016 until now," he added.

 

During the same event, SIRIM made an exchange of Memorandum of Understanding (MoU) with three agencies namely Petronas, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) and National Association of Women Entrepreneurs of Malaysia  (NAWEM).

 

SIRIM and Petronas will collaborate in developing research programme and development of certification technology and standards that include research in biodegradable based on petroleum, plastic and packaging. The MoU will focus on renewable energy such as solar, wind, energy storage, nano material, coral and more.

 

Meanwhile, MDEC together with SIRIM will bring the transformation of digital programs in industry standards and training. Collaboration is also focused on research and development of the digital economy as well as the development of entrepreneurs.

 

SIRIM also sees NAWEM's potential as a leader of entrepreneurs in training, entrepreneurship, commercial development, printing and packaging to attract more women entrepreneurs in an effort to develop better quality businesses and productivity.

 

During the exchange of the MoUs SIRIM was  represented by its President and Group Chief Executive, Dato'  Dr Ahmad Sabirin Arshad, witnessed by , Tan Sri Ir Dr Ahmad Tajuddin while  Petronas was represented by Senior Vice President, Project Delivery and Technology,  Bacho B Pilong @ Pelu.

 

While MDEC was represented by Director of Digital Industry Development, Yvonne Yong Chuan Yin and NAWEM was represented by its President, Sarojini Ruth.



 

             

##

​SIARAN MEDIA
                           

SIRIM TAWAR KEPAKARAN TEKNOLOGI DI SELANGOR

                 

SHAH ALAM, 25 Ogos 2022: SIRIM Berhad, sebuah agensi kualiti dan penyelidikan industri utama negara di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri hari ini menganjurkan Program Keterlibatan SIRIM-Industri (SIE) yang menawarkan pelbagai aplikasi dan perkhidmatan teknologi dalam usaha meningkatkan produktiviti industri dan usahawan di Selangor.

Lebih 300  wakil dari agensi kerajaan, persatuan industri dan usahawan tempatan daripada pelbagai sektor termasuk industri makanan & minuman, industri minyak dan gas, pertanian, pembungkusan, aeroangkasa, penerbangan, automotif dan industri kecantikan di Selangor telah hadir pada program tersebut.

 

Bertemakan “Merapatkan SIRIM dengan Komuniti dan Industri", program yang berlangsung selama tiga hari itu menekankan kepada kepentingan penyelidikan dan pembangunan, pengurusan tenaga, kualiti, latihan, pengujian dan pensijilan.

 

Program tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi SIRIM Berhad, Tan Sri Ir Dr Ahmad Tajuddin Ali, hadir sama Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM Berhad, Dato' Dr Ahmad Sabirin Arshad.

 

Tan Sri Ir Dr Ahmad Tajuddin Ali berkata, SIRIM sebagai sebuah institusi penyelidikan perindustrian, memikul tanggungjawab untuk menggalakkan budaya penyelidikan serta inovasi dalam negara ini. 

 

“Ini adalah SIE ketiga diadakan selepas Kedah dan Sabah, Program SIE hari ini telah menerima lebih 300 penyertaan.  Melalui program pembangunan usahawan yang dijalankan oleh SIRIM pula, sejumlah 2,704 usahawan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) telah dibimbing dari tahun 2007 hingga kini, manakala lebih 3,800 produk telah berjaya dipertingkatkan dan ditambah baik melalui program peningkatan kualiti pembungkusan produk (Innopack) dari tahun 2016 hingga kini," katanya.

 

Pada majlis yang sama, SIRIM membuat pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) bersama  tiga agensi iaitu Petronas, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Persatuan Kebangsaan Usahawan Wanita Malaysia (NAWEM).

 

SIRIM dan Petronas akan bekerjasama dalam membangunkan program penyelidikan dan pembangunan teknologi pensijilan serta standard yang merangkumi penyelidikan dalam  biodegradasi berdasarkan petroleum, plastik dan pembungkusan. MoU tersebut akan memfokuskan kepada tenaga boleh diperbaharui seperti solar, angin, penyimpanan tenaga, material nano, terumbu karang dan sebagainya.

 

Sementara itu, MDEC bersama SIRIM akan membawa transformasi program digital di dalam piawaian industri dan juga latihan. Kerjasama turut ditumpukan kepada penyelidikan dan pembangunan ekonomi digital serta pembangunan usahawan.

 

SIRIM juga melihat potensi NAWEM sebagai peneraju usahawan di dalam latihan, keusahawanan, pembangunan komersial, percetakan dan pembungkusan bagi menarik lebih ramai lagi usahawan wanita dalam usaha membangunkan perniagaan yang berkualiti dan produktiviti yang lebih cemerlang.

 

Pada majlis pertukaran MoU tersebut, SIRIM diwakili oleh Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM Berhad, Dato' Indera Dr Ahmad Sabirin Arshad, disaksikan oleh Pengerusinya, Tan Sri Ir Dr Ahmad Tajuddin Ali manakala Petronas diwakili oleh Naib Pengerusi Kanan, Bahagian Pelaksanaan Projek dan Teknologi, Bacho B Pilong @ Pelu.

 

Sementara itu MDEC diwakili oleh Pengarah Pembangunan Industri Digital, Yvonne Yong Chuan Yin manakala NAWEM diwakili oleh Presidennya, Sarojini Ruth.

 

 

## ​​​