​ ​
PRESS RELEASE
                           

DATANAM IN COLLABORATION WITH SIRIM BERHAD TO INNOVATE MODULAR PRECISION VERTICAL FARMING SYSTEM FOR FOOD SECURITY

                 

SHAH ALAM, 16 DECEMBER 2022: SIRIM Berhad, leading organisation for technology and quality solutions and Datanam Sdn Bhd announcing their partnership in developing a Mobile and Modular Precision Vertical Farming System which can produce up to 250 kg vegetables with only 320 square feet of space.

 

 

The first prototype called Datanam PVF-C which is located in SIRIM headquarters has officially been launched by President and Group Chief Executive Officer of SIRIM Berhad, Dato’ Indera Dr.Ahmad Sabirin Arshad, today.

Dato’ Indera Dr Ahmad Sabirin said, the smart farming system is the first pilot project of the Vertical Faming solution in SIRIM, the cooperation between two organisations is to provide hardware for the development of vertical farming system which include setting up the hydroponic system, carbon dioxide enrichment system and cabin submain cable wiring works.

 

"The vertical smart farming system which is placed in a 40-foot long container uses multi camera as well as image processing technique to monitor the plant growth, the smart system also includes Internet of Things (IoT) for data collection to provide better effectivity in plant growth and smart monitoring and control system for water condition, all this to make certain that crops can grow in a more controlled and productive manner," he said.

 

Dato’ Indera Dr Ahmad Sabirin Arshad added SIRIM will continue to improve their systems and techniques used in vertical farming by exploring animal feedstock and biomass conversion from Napier grass.

 

"We are also hoping to improve our systems and techniques to enhance traceability for containers used in vertical farming, while innovating effective and efficient non-toxic techniques that fully optimise space. This will enable the farms to run seamlessly easy and effectively.

 

"We will explore opportunities in animal feedstock and biomass conversion from Napier grass. This includes undertaking comprehensive energy audit, implement process and system optimisation and embark on energy efficiency measures for both thermal and electrical energy pertaining to all SIRIM-Datanam projects," he added.

Meanwhile, Chief Executive Officer of Datanam Sdn Bhd, Muhammad Ghazali Muhammad Muhiyuddin said, the idea behind vertical farming system is to support food security as by 2040, the population of Malaysia is going to reach 40 million while the world population is to rise to nine billion which translates to higher demand for food while resources like land and water are going to be limited.

"Even covid-19 pandemic is a huge lesson for everyone to learn on the importance of food security where goods could not move due to impossible logistic situation which resulted in shortage of food, particularly within the urban setting.

"This subsequently led us to provide a sustainable, efficient, and profitable indoor vertical farming system that can provide for the ever-increasing demand for produce, especially in large cities where lands are scarce to do conventional farming," he said.

Muhammad Ghazali added with vertical farming, it can increase the annual productivity of crops per unit of land area, which means more food can be produced with less land. Additionally, in a controlled environment system, threats from pests are eliminated and use of resources are optimized, which is further enhanced through IoT integration.

"Soon, when the technology is more mature, we can employ advanced devices and precision agriculture and robotic systems that will allow farms to be more profitable, efficient, safe, and environmentally friendly. With more farmers opting for vertical farming, the nation can optimize production and reduce food imports to meet local needs sustainably, the future of farming is bright," he continues.

##​#

​ ​
SIARAN MEDIA
                            ​ ​

DATANAM WUJUD KERJASAMA BERSAMA SIRIM BERHAD BANGUNKAN INOVASI SISTEM PERTANIAN MENEGAK KETEPATAN MODULAR BAGI KESELAMATAN MAKANAN

                 

SHAH ALAM, 16 DISEMBER 2022: SIRIM Berhad, peneraju dalam penyelesaian teknologi dan kualiti dan Datanam Sdn Bhd mengumumkan perkongsian dalam membangunkan Sistem Pertanian Menegak Ketepatan Mudah Alih dan Modular yang boleh menghasilkan sehingga 250 kg sayur-sayuran dengan hanya menggunakan ruang seluas 320 kaki persegi.

 

Prototaip pertama iaitu Datanam PVF-C yang terletak di ibu pejabat SIRIM telah dilancarkan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SIRIM Berhad, Dato’ Indera Dr.Ahmad Sabirin Arshad, di sini, hari ini.

Dato’ Indera Dr Ahmad Sabirin, berkata, sistem pertanian pintar ini adalah projek perintis agensi berkenaan yang bekaitan dengan penyelesaian pertanian menegak, kerjasama antara dua organisasi berkenaan untuk menyediakan perkakasan bagi pembangunan sistem pertanian menegak, ia termasuk menyediakan sistem hidroponik, sistem produktiviti karbon dioksida dan kerja-kerja pendawaian kabel submain kabin.

 

"Sistem pintar pertanian menegak di dalam kontena seluas 40 kaki ini menggunakan beberapa kamera dan teknik pemprosesan imej untuk memantau pertumbuhan tumbuhan, sistem pintar itu juga menggunakan Internet Kebendaan (IoT) untuk pengumpulan data bagi memberikan keberkesanan yang lebih baik dalam pertumbuhan tumbuhan selain menggunakan sistem pemantauan dan kawalan pintar untuk memantau keadaan air. Sistem berkenaan digunapakai untuk memastikan tanaman dapat membesar dalam keadaan yang lebih terkawal dan produktif," katanya.

 

Dato’ Indera Dr Ahmad Sabirin berkata lagi, SIRIM akan terus menambah baik sistem dan teknik yang digunakan dalam pertanian menegak dengan menerokai stok makanan haiwan dan penukaran biojisim daripada rumput Napier.

 

"Kami juga berharap untuk menambah baik sistem dan teknik untuk meningkatkan kebolehkesanan bagi bekas yang digunakan dalam pertanian menegak, sambil menginovasi teknik bukan toksik yang berkesan dan cekap yang mengoptimumkan ruang sepenuhnya. Ini akan membolehkan ladang berjalan dengan lancar dengan mudah dan berkesan.

 

"Kami juga akan meneroka peluang dalam stok makanan haiwan dan penukaran biojisim daripada rumput Napier. Ini termasuk menjalankan audit tenaga yang komprehensif, melaksanakan proses dan pengoptimuman sistem; dan memulakan langkah kecekapan tenaga untuk kedua-dua tenaga haba dan elektrik yang berkaitan dengan semua projek SIRIM-Datanam," katanya.

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Datanam Sdn Bhd, Muhammad Ghazali Muhammad Muhiyuddin berkata, idea di sebalik sistem pertanian menegak untuk menyokong keselamatan makanan kerana menjelang 2040, populasi Malaysia akan mencecah 40 juta manakala penduduk dunia akan meningkat kepada sembilan bilion yang diterjemahkan kepada permintaan yang lebih tinggi untuk makanan manakala permintaan sumber seperti tanah dan air semakin meningkat dan sumber tersebut akan menjadi terhad.

 

"Malah pandemik covid-19 menjadi pengajaran besar untuk semua berkenaan kepentingan keselamatan makanan di mana barangan tidak dapat bergerak kerana keadaan logistik yang mengakibatkan kekurangan makanan, terutamanya di persekitaran bandar.

 

"Ini seterusnya membawa kami untuk menyediakan sistem pertanian menegak dalaman yang mampan, cekap dan menguntungkan yang boleh menyediakan permintaan yang semakin meningkat untuk hasil, terutamanya di bandar-bandar besar di mana tanah adalah terhad untuk melakukan pertanian konvensional," katanya.

 

Muhammad Ghazali berkata lagi dengan penanaman menegak, ia dapat meningkatkan produktiviti tahunan tanaman seunit keluasan tanah, bermakna lebih banyak makanan dapat dihasilkan dengan tanah yang kurang. Selain itu, dalam sistem persekitaran terkawal, ancaman daripada perosak dapat dihapuskan dan penggunaan sumber dioptimumkan yang dipertingkatkan lagi melalui penyepaduan IoT.

 

"Lama-kelamaan apabila teknologi semakin matang, kami boleh menggunakan peranti canggih dan pertanian ketepatan serta sistem robotik yang akan membolehkan ladang menjadi lebih menguntungkan, cekap, selamat dan mesra alam, dengan lebih ramai petani memilih untuk pertanian menegak, negara boleh mengoptimumkan pengeluaran dan mengurangkan import makanan untuk memenuhi keperluan tempatan secara mampan, masa depan pertanian adalah cerah," katanya lagi.

 

##​#