SIRIM ESTABLISHES STRATEGIC PARTNERSHIP WITH KPOWER BERHAD
Enters Share Sale Agreement to Enhance Medical Device Commercialisation Activities

 

SHAH ALAM, 5 Jan 2021:  SIRIM Tech Venture Sdn Bhd, a subsidiary of SIRIM Berhad today has completed a share sale agreement of its subsidiary, GranuLab Sdn Bhd with KPower Berhad as part of its smart partnership arrangements to enhance its commercialisation activities in medical device.

GranuLab Sdn Bhd is a Bio-Nexus status medical device manufacturing company for synthetic bone graft, GranuMas®. Through the share sale agreement, KPower Berhad has acquired 70 per cent share of GranuLab Sdn Bhd while the remaining shares will be owned by SIRIM Tech Venture Sdn Bhd (STV).

The signing ceremony for the Share Sale Agreement was held at SIRIM headquarters, here, today. SIRIM Tech Venture was represented by Chief Executive Officer, Ajmain Kassim and SIRIM President and Group Chief Executive, Datuk Ir Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani; while KPower Berhad was represented by Group Managing Director, Mustakim Mat Nun and Chairman, Dato' Dr. Ir. Ts. Mohd Abdul Karim Abdullah. SIRIM Berhad Chairman, Academician Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali witnessed the ceremony via online.

Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin in his speech at the ceremony said, the future marketing with KPower is an excellent way to gain competitive advantage besides growing the business during the tough economic condition the world is facing right now because of Covid19.

“As marketing resources may not be huge at GranuLab, the partnership marketing is a creative way to do more with less with leveraging on the core strengths of both parties.

“With KPower, the ever - evolving consumer needs for future medical devices will be catered through innovative technologies by utilising the Industry 4.0 technologies throughout the whole product value chain. The digital revolution is increasing the connectivity worldwide and this creates new business opportunity which benefits both parties," he added.

Datuk Ir Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani, President & Group Chief Executive of SIRIM said with the strategic partnership, Granulab which is equipped with trained knowledge workers will be able to put more products into development pipelines and achieve certain economies of scale in combining research and development efforts with additional market share.

“We hope that this partnership will be beneficial to public, as well as enabling the medical device products to be made locally and more affordable," he said.

 

“We are aware that KPower has strong interest and presence in the healthcare and medical products, and we believe that Granulab will fit in this new eco-system and will able to support KPower's technology applications and solutions," he added.

 

Meanwhile, Dato' Dr. Ir. Ts. Mohd Abdul Karim Abdullah said, healthcare and technology have always been an area of interest to KPower.

 

“The numerous opportunities that lie within this sector is a huge appeal to us. However, the most important factor that cemented our decision to venture onto this path was the contribution and value that KPower can offer to the healthcare segment," he said.

 

“Partnering with SIRIM Tech Venture, we are confident to mark our maiden move into the healthcare segment via the acquisition of Granulab," he added.

###

                 

 

 

 

                  SIRIM WUJUDKAN KERJASAMA STRATEGIK DENGAN KPOWER BERHAD

                  Memasuki Perjanjian Penjualan Saham Untuk Tingkatkan Aktiviti Pengkomersialan Peranti Perubatan

 

 

SHAH ALAM, 5 Jan 2021:  SIRIM Tech Venture Sdn Bhd, anak syarikat SIRIM Berhad hari ini menyelesaikan perjanjian penjualan saham bagi anak syarikatnya, Granulab Sdn Bhd dengan KPower Berhad, sebagai sebahagian daripada kerjasama pintar untuk meningkatkan aktiviti pengkomersialan dalam bidang peranti perubatan.

GranuLab Sdn Bhd sebuah syarikat pembuatan peranti perubatan berstatus Bio-Nexus yang menghasilkan produk tulang tiruan, GranuMas®. Melalui perjanjian penjualan saham, KPower Berhad memiliki 70 peratus saham GranuLab Sdn Bhd manakala selebihnya dimiliki oleh SIRIM Tech Venture Sdn Bhd.

Majlis menandatangani perjanjian penjualan saham berlangsung di ibupejabat SIRIM di sini, hari ini. SIRIM Tech Venture diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ajmain Kassim dan Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, Datuk Ir Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani; manakala KPower Berhad diwakili oleh Pengarah Urusan Kumpulan, Mustakim Mat Nun dan Pengerusinya, Dato' Dr. Ir. Ts. Mohd Abdul Karim Abdullah. Pengerusi SIRIM Berhad, Academician Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali menyaksikan majlis itu secara dalam talian.

Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin dalam ucapannya pada majlis itu berkata, pemasaran pada masa hadapan dengan KPower adalah kaedah terbaik untuk meningkatkan daya saing di samping mengembangkan perniagaan dalam keadaan ekonomi semasa yang mencabar disebabkan oleh COVID-19.

 “Oleh kerana sumber pemasaran yang tidak cukup besar di GranuLab, perkongsian pemasaran adalah kaedah kreatif untuk melakukan lebih lagi dengan memanfaatkan kekuatan teras yang ada pada kedua-dua pihak.

“Dengan KPower, keperluan pengguna yang sentiasa berubah untuk peranti perubatan pada masa hadapan akan dipenuhi melalui teknologi inovatif, dengan menggunakan teknologi Industri 4.0 dalam keseluruhan rantaian nilai produk. Revolusi digital meningkatkan kesalinghubungan di seluruh dunia dan ini mewujudkan peluang perniagaan baru yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak," katanya.

Datuk Ir Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SIRIM berkata, dengan kerjasama strategik ini, GranuLab yang dilengkapi dengan pekerja berpengetahuan terlatih akan dapat membangunkan lebih banyak produk dan mencapai skala ekonomi yang tertentu dalam menggabungkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan saham pasaran tambahan.

“Kami berharap, kerjasama ini akan memberi faedah kepada orang ramai, selain membolehkan produk peranti perubatan lebih mudah diperoleh pada harga yang mampu dibayar," katanya.

 

“Kami juga sedar bahawa KPower mempunyai minat dan kehadiran yang kukuh di dalam produk penjagaan kesihatan dan perubatan, dan kami percaya bahawa GranuLab akan sesuai dengan eko-sistem baru ini dengan akan dapat menyokong aplikasi teknologi dan penyelesaian KPower," katanya.

 

Sementara itu, Dato' Dr. Ir. Ts. Mohd Abdul Karim Abdullah berkata, penjagaan kesihatan dan teknologi adalah bidang yang sentiasa menjadi tumpuan KPower.

 

“Pelbagai peluang yang ada dalam sektor ini menarik minat kami. Walaubagaimanapun, faktor paling penting yang membuatkan kami mengambil keputusan untuk menyertai bidang ini adalah sumbangan dan nilai yang KPower boleh tawarkan kepada segmen penjagaan kesihatan," katanya.

 

“Kami yakin terhadap kerjasama dengan SIRIM Tech Venture ini dalam membuat langkah sulung untuk memasuki segmen penjagaan kesihatan melalui perolehan GranuLab ini," katanya.

 

###