​PRESS RELEASE
                           

SIRIM STS, OUM INKS MEMORANDUM OF UNDERSTANDING IN PROFESIONAL LEARNING

                 

SHAH ALAM, 27 May 2022: SIRIM STS Sdn Bhd, wholly owned subsidiary of SIRIM Berhad, signed a Memorandum of Understanding (MoU) with Open University Malaysia (OUM) recently to establish strategic cooperation in the field of professional training.

 

Both parties will develop training modules of certified professional programs; collaborate in selected areas of research as well as hold expertise exchanges and staff development. SIRIM STS will also work with OUM to implement corporate social responsibility activities while conducting synergistic and diverse relationships in higher education and workforce training opportunities.

 

SIRIM STS will also introduce new areas in addition to the current products between OUM and SIRIM STS, namely certified programs for Facility Management Systems, Lean Management and Halal.

 

President and Group Chief Executive of SIRIM Berhad, Dato’ Dr Ahmad Sabirin Arshad said, SIRIM STS and OUM have been working together since 2014 and will continue to work together to provide added value and continuous benefits for both parties.

 

"This MoU provides an opportunity for SIRIM STS to provide training packages in various courses, especially certified programs. Meanwhile, OUM as a sustainable university always strives to take various initiatives to complete the excellence program in its institution," he said in his opening speech at the MoU Signing Ceremony, here.

 

The MoU was signed by President and Group Chief Executive of SIRIM Berhad, Dato’ Dr Ahmad Sabirin Arshad and witnessed by Chief Executive Officer of SIRIM STS, Raja Yahya Raja Ariffin. Whereas, OUM was represented by its President/ Vice Chancellor, Associate Professor Dr Ahmad Izanee Awang and witnessed by the Chief Commercial Officer, METEOR Group OUM, Muhammad Nurhadi Zainol.

 

Dato’ Dr Ahmad Sabirin added, through this strategic alliance, SIRIM STS is able to provide professional recognition to individuals who successfully complete the programs offered.

 

"It is hoped that this group can develop local expertise in quality practices to meet industry demand as well as support efforts to produce value-added graduates as certified professionals and help the national growth, human capital of local industries to be more competitive globally," he said.

 

OUM is a leading open learning institution in Malaysia. The consortium-owned university consists of 11 leading public universities in the country, various academic programs are offered and accredited by the Malaysian Qualifications Agency (MQA).

##

​SIARAN MEDIA
                           

SIRIM STS, OUM METERAI MOU JALIN KERJASAMA STRATEGIK LATIHAN PROFESIONAL

 

SHAH ALAM, 27 Mei 2022: SIRIM STS Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh SIRIM Berhad, memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Open University Malaysia (OUM) baru-baru ini bagi mewujudkan kerjasama strategik dalam bidang latihan profesional.

 

Melalui persefahaman tersebut, kedua-dua pihak akan membangunkan modul latihan program profesional yang diperakui, bekerjasama dalam bidang penyelidikan terpilih, selain mengadakan pertukaran kepakaran dan pembangunan kakitangan. SIRIM STS juga akan bekerjasama dengan OUM untuk melaksanakan aktiviti tanggungjawab sosial korporat di samping menjalankan hubungan sinergistik dan kepelbagaian dalam peluang pengajian tinggi dan latihan tenaga kerja.

 

Selain itu, SIRIM STS akan memperkenalkan bidang baru sebagai tambahan kepada produk semasa di antara OUM dan SIRIM STS, iaitu program diperakui untuk Sistem Pengurusan Fasiliti, Lean Management dan Halal.

 

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM Berhad, Dato’ Dr Ahmad Sabirin Arshad berkata, SIRIM STS dan OUM telah menjalinkan kerjasama sejak 2014 dan akan meneruskan usaha sama bagi memberi nilai tambah dan faedah berterusan kepada kedua-dua pihak.

 

"MoU ini memberi peluang kepada SIRIM STS untuk menyediakan pakej latihan dalam pelbagai kursus terutamanya program yang diperakui. Manakala OUM sebagai universiti mapan sentiasa berusaha mengambil pelbagai inisiatif untuk melengkapkan program kecemerlangan bidang pengajiannya," katanya ketika berucap di Majlis Menandatangani MoU berkenaan, di sini.

 

Memorandum tersebut ditandatangani oleh Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM Berhad, Dato’ Dr Ahmad Sabirin Arshad dan disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM STS, Raja Yahya Raja Ariffin. Manakala, OUM diwakili Presiden/Naib Canselornya, Prof Madya Dr Ahmad Izanee Awang dan disaksikan oleh Ketua Pegawai Komersial, Kumpulan METEOR OUM, Muhammad Nurhadi Zainol.

 

Dato’ Dr Ahmad Sabirin berkata lagi, melalui jalinan strategik ini SIRIM STS dapat menyediakan pengiktirafan profesional kepada individu yang berjaya menamatkan program yang ditawarkan.

 

"Diharapkan kumpulan ini dapat membangunkan kepakaran tempatan dalam amalan kualiti untuk memenuhi permintaan industri selain menyokong usaha melahirkan siswazah yang mempunyai nilai tambah sebagai profesional diperakui seterusnya membantu pertumbuhan nasional, modal insan industri tempatan agar lebih kompetitif dan berdaya saing di peringkat global," katanya.

 

OUM merupakan sebuah institusi pembelajaran terbuka terulung di Malaysia. Universiti tersebut yang dimiliki konsortium terdiri daripada 11 universiti awam ulung negara, pelbagai program akademik ditawarkan dan diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

##