​PRESS RELEASE
                           

SIRIM TECH VENTURE AND MIDA FIRMS UP LONG-TERM BUSINESS COLLABORATION

MoU signed to foster collaboration in technology-driven projects


SHAH ALAM, 06 SEPTEMBER 2021: SIRIM Tech Venture Sdn Bhd (STV), a subsidiary company of SIRIM Berhad, today formalised its partnership with the Malaysian Investment Development Authority (MIDA) through a Memorandum of Understanding aimed at fostering long-term business collaboration.

 

With the MoU, STV hopes to tap into MIDA’s business connections with investors, Local Large Companies and Small and Medium Enterprises seeking innovation; while MIDA will facilitate business leads to STV on technology-driven projects. MIDA will also provide advisory to STV with regards to funding and government incentives.

 

Meanwhile, STV is offering its capabilities in terms of Technology Assessment, IP Valuation, Market Feasibility Study, Market Accessibility via linking up with other subsidiaries, among others.

 

The MoU was signed at a virtual ceremony with STV represented by Chief Executive Officer Ajmain Kasim and MIDA, by its Deputy Chief Executive Officer Sivasuriyamoorthy Sundara Raja. The signing was witnessed by President & Group Executive of SIRIM Berhad, Dato’ Dr Ahmad Sabirin Arshad and MIDA Chief Executive Officer, Arham Abdul Rahman.

 

"This collaboration, among other things, will provide MIDA with direct access on available technology solutions in SIRIM to be utilised by the industries, as well as investment on new and future technology through various financing for product or technology adoption in order to achieve technology-led growth. Industries will be the direct beneficiaries in this collaboration," said Dato’ Dr Ahmad Sabirin Arshad at the signing ceremony.

 

He said, with the MoU, technology adoption that can be explored include in the areas of Industry 4.0, fabrication of machinery and equipment and renewable energy, medical devices, environmental technology and waste-to-wealth.

 

"Through MIDA, we hope that STV is able to work with medium-size industries. STV is able to provide consultancy and technical assistance to potential local industry in technology, recommending proposals for the application of SIRIM’s technology, innovative solution or adoption of other technology to a specific target group," he added.

 

The engagements between MIDA and STV has commenced since year 2019, with MIDA linking STV to several industries and STV played active roles in bridging them to other relevant technology centre or subsidiary of SIRIM.

 

STV Chief Executive Officer, Ajmain Kasim said that STV and MIDA had previously recorded business exploration and linkages for projects such as the distribution of energy gas through virtual pipeline system, pilot test for production of BioNatural Gas from Biogas plants, adaptation of IoT/IR4.0 in tracing and tracking of Durian orchard management system and others.

##

​SIARAN MEDIA
                           

SIRIM TECH VENTURE DAN MIDA PERKUKUH KERJASAMA PERNIAGAAN JANGKA MASA PANJANG

MoU dimeterai pupuk kerjasama projek berasaskan teknologi


SHAH ALAM, 06 SEPTEMBER 2021: SIRIM Tech Venture Sdn Bhd (STV), anak syarikat milik penuh SIRIM Berhad, hari ini mewujudkan usahasama bersama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) melalui Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan memupuk kerjasama perniagaan jangka panjang.

 

Melalui MoU tersebut, STV berharap dapat memanfaatkan hubungan perniagaan MIDA bersama pelabur, syarikat besar tempatan dan perusahaan kecil dan sederhana yang ingin meneroka inovasi; sementara MIDA akan memudahkan petunjuk perniagaan kepada STV bagi projek yang berasaskan teknologi, selain memberikan nasihat kepada STV mengenai pembiayaan dan insentif kerajaan.

 

Sementara itu, STV menawarkan keupayaannya dari segi Penilaian Teknologi, Penilaian Harta Intelek (IP), Kajian Kelayakan Pasaran, Kebolehcapaian Pasaran dengan menghubungkan anak syarikat lain.

 

MoU tersebut telah ditandatangani dalam sebuah majlis yang diadakan secara maya yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif STV, Ajmain Kasim dan MIDA diwakili oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sivasuriyamoorthy Sundara Raja. Majlis tandatangan tersebut turut disaksikan oleh Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM Berhad, Dato’ Dr Ahmad Sabirin Arshad dan Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Arham Abdul Rahman.

 

"Kerjasama ini antara lain, akan memberikan MIDA akses langsung kepada penyelesaian teknologi yang terdapat di SIRIM untuk dimanfaatkan oleh industri, serta pelaburan ke atas teknologi baru dan masa depan melalui pelbagai pembiayaan untuk penggunaan produk atau teknologi bagi mencapai pertumbuhan yang dipacu dengan teknologi. Industri akan menjadi penerima manfaat langsung dalam kolaborasi ini," kata Dato’ Dr Ahmad Sabirin Arshad pada majlis menandatangani perjanjian itu.

 

Beliau berkata, melalui MoU itu penggunaan teknologi yang boleh diterokai meliputi bidang Industri 4.0, pembuatan mesin dan peralatan dan tenaga boleh diperbaharui, peranti perubatan, teknologi persekitaran dan waste-to-wealth.

 

"Melalui MIDA, kami berharap STV dapat bekerja bersama industri berskala sederhana. STV mampu menyediakan khidmat nasihat dan bantuan teknikal kepada industri tempatan yang berpotensi dalam teknologi, mengesyorkan cadangan untuk penerapan teknologi SIRIM, penyelesaian inovatif atau penggunaan teknologi lain kepada kumpulan sasaran tertentu," tambahnya lagi.

 

Kerjasama antara MIDA dan STV telah wujud sejak tahun 2019, dengan MIDA menghubungkan STV ke beberapa industri dan STV memainkan peranan aktif dalam menghubungkannya ke pusat teknologi lain atau anak syarikat SIRIM.

 

Ketua Pegawai Eksekutif STV, Ajmain Kasim berkata STV dan MIDA sebelum ini pernah meneroka perniagaan dan penghubung bagi projek seperti pengedaran gas tenaga melalui sistem saluran paip maya, ujian rintis untuk pengeluaran BioNatural Gas dari loji Biogas, adaptasi IoT / IR4.0 dalam penelusuran dan pengesanan sistem pengurusan ladang durian dan lain-lain.