​PRESS RELEASE
                           

SIRIM TECH VENTURE, DSME ENGINEERING TO COOPERATE ON SOLID WASTE ANAEROBIC DIGESTION SYSTEM TECHNOLOGY

           

  • Business collaboration to implement environmental, social and governance (ESG) practices in the field of sustainable cities and communities
  • Explore the fields of Industry 4.0, machine and equipment fabrication and renewable energy, environmental technology and waste-to-wealth conversion

                  

SHAH ALAM, 17 OCTOBER 2022: SIRIM Tech Venture Sdn Bhd (STV), a wholly owned subsidiary of SIRIM Berhad, today inked a Memorandum of Understanding (MoU) with DSME Engineering Sdn. Bhd. (DSME) to strengthen cooperation in the field of technology based on anaerobic digestion (AD) systems.

 

The cooperation is aimed to solve solid waste management problems as part of the organisation’s effort to implement the environmental, social and governance (ESG) elements in the field of sustainable cities and communities. The MoU will explore the fields of Industry 4.0, machine and equipment fabrication and renewable energy, environmental technology and waste-to-wealth conversion.

 

The MoU was signed in conjunction with Malaysia Urban Forum 2022 (MUF 2022) from 16 until 18 October 2022, here. STV was represented by its Chief Executive Officer, Ts. Ajmain Kasim and DSME was represented by Managing Director, Dato’ Rashedi Ramli. The signing ceremony was witnessed by SIRIM President and Group Chief Executive Officer, Dato’ Indera Dr. Ahmad Sabirin Arshad and DSME Head of Business Development and Public Relations , Asrul Affendi Musanip.

 

Dato’ Indera Dr Ahmad Sabirin Arshad said, STV will offer its capabilities in terms of Technology Transfer, Technology Assessment, Intellectual Property (IP) Assessment, Market Feasibility Study, Market Accessibility through networking with other subsidiaries, and also consultancy and technical assistance to potential local industries in technology.

 

"This effort also allows STV to provide SIRIM technology application recommendations and innovative solutions or the use of other technologies to specific target groups.

 

"DSME at the same time, has linked STV with various industries seeking for technological solutions, market access and other services in the field of renewable energy and solid waste management," he said.

 

Meanwhile, DSME Managing Director, Dato’ Rashedi Ramli said the partnership will give added value to the parties involved, considering the rapid development of the technology and innovation industry in Malaysia.

 

"Both parties will gain knowledge and expertise in the field of engineering technology and solid waste management, to share best practices, experience and expertise through joint initiatives, help improve the speed and readiness of the solid waste management ecosystem and the circular economy to face the challenges of Industrial Revolution 4.0.

 

"The commitment will also act as a factor to boost investment in human capital and research, while simultaneously help to empower quality and sustainable ecosystem," he added.

             

##

​SIARAN MEDIA
                           

SIRIM TECH VENTURE, DSME ENGINEERING JALIN KERJASAMA TEKNOLOGI SISTEM PENCERNAAN ANAEROBIK SISA PEPEJAL

                 

  • Kerjasama perniagaan bagi melaksanakan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam bidang bandar dan komuniti yang mampan
  • Terokai bidang Industri 4.0, fabrikasi mesin dan peralatan serta tenaga boleh diperbaharui, teknologi alam sekitar dan penukaran sisa kepada kekayaan

SHAH ALAM, 17 OKTOBER 2022: SIRIM Tech Venture Sdn Bhd (STV), anak syarikat milik penuh SIRIM Berhad, hari ini mewujudkan usahasama bersama DSME Engineering Sdn. Bhd. (DSME) melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan untuk memupuk kerjasama perniagaan jangka panjang dalam bidang teknologi berasaskan sistem pencernaan anaerobik (AD) bagi menyelesaikan masalah pengurusan sisa pepejal dalam pelaksanaan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam bidang bandar dan komuniti yang mampan.

 

 MoU berkenaan juga akan menerokai penggunaan teknologi dalam bidang Industri 4.0, fabrikasi mesin dan peralatan serta tenaga boleh diperbaharui, teknologi alam sekitar dan penukaran sisa kepada kekayaan.

 

MoU tersebut ditandatangani bersempena Malaysia Urban Forum 2020 (MUF 2022) yang berlangsung pada 16 hingga 18 Oktober 2022 di sini. STV diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ts. Ajmain Kasim dan DSME, diwakili Pengarah Urusannya, Dato’ Rashedi Ramli. Majlis tandatangan tersebut turut disaksikan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SIRIM Berhad, Dato’ Indera Dr. Ahmad Sabirin Arshad dan Ketua Pembangunan Perniagaan dan Perhubungan Awam DSME, Asrul Affendi Musanip.

 

Dato’ Indera Dr Ahmad Sabirin Arshad berkata, STV akan menawarkan keupayaannya dari segi Pemindahan Teknologi, Penilaian Teknologi, Penilaian Harta Intelek (IP), Kajian Kebolehlaksanaan Pasaran, Kebolehcapaian Pasaran melalui rantaian dengan anak syarikat lain dan menyediakan perundingan serta bantuan teknikal kepada industri tempatan yang berpotensi dalam teknologi.

 

"Usaha serampang dua mata ini turut membenarkan STV memberikan cadangan aplikasi teknologi SIRIM dan penyelesaian inovatif atau penggunaan teknologi lain kepada kumpulan sasaran tertentu.

 

"DSME pada masa yang sama, telah menghubungkan STV dengan pelbagai industri yang mencari penyelesaian teknologi, akses pasaran dan perkhidmatan lain dalam bidang tenaga boleh diperbaharui dan pengurusan sisa pepejal," katanya.

 

Sementara itu, Pengarah Urusan DSME, Dato’ Rashedi Ramli berkata kerjasama itu akan memberi nilai tambah kepada pihak yang terlibat dengan mengambil kira perkembangan pesat industri teknologi dan inovasi di Malaysia.

 

"Kedua-dua pihak dapat menimba ilmu pengetahuan dan kepakaran dalam bidang teknologi kejuteraan dan pengurusan sisa pepejal. Selain itu, kerjasama ini untuk berkongsi amalan terbaik, pengalaman dan kepakaran melalui inisiatif bersama membantu meningkatkan kepantasan dan kesiapsiagaan ekosistem pengurusan sisa pepejal dan ekonomi kitaran terutamanya dalam menghadapi era Revolusi Perindustrian 4.0.

 

"Komitmen pertukaran ilmu pengetahuan dan amalan terbaik antara kedua-dua pihak bukan sahaja mampu mempertingkatkan daya saing dan merancakkan pertumbuhan ekonomi kitaran negara malah berupaya bertindak sebagai faktor penaik kepada pelaburan modal insan dan penyelidikan. Hubungan kerjasama ini akan membantu untuk memperkasa ekosistem yang lebih berkualiti dan mampan," katanya.

 

 

##